Petarung Ultimate Fighting Championship (UFC) yang sensasi lagi kontroversi, Conor McGregor telah menyatakan buah fikirannya yang mahu membeli kelab terhebat bola sepak dunia, Manchester United.
Melalui ciapan laman Twitter rasmi beliau, Conor McGregor telah bertanya pendapat kepada pengikutnya yang seramai 8.6 tentang hajatnya mahu membeli Manchester United.
“Hey gais, Aku fikir nak beli Manchester United! Apa pendapat korang?”
Hey guys, I’m thinking about buying Manchester United!
What do you think?— Conor McGregor (@TheNotoriousMMA) April 20, 2021
Conor McGregor ternyata tidak mahu melepaskan peluang untuk turut sama menyelit dalam berita menggemparkan bola sepak apabila idea pembentukan European Super League mahu dilaksanakan dengan segera.
Figura paling dibenci di Manchester United yang sebaris dengan Mino Raiola, Ed Woodward telah melepaskan jawatan beliau sebagai Executive vice-chairman yang berkuatkuasa pada hujung tahun 2021.
Selepas berita gembira itu, peminat Manchester United masih tidak berputus asa selepas sekian lama mahukan keluarga Glazers berambus dari kelab dan Conor McGregor boleh menjadi pembeli yang berpotensi.
Kaya sangat ke McGregor sampai nak beli Manchester United? Secara kasarnya kekayaan McGregor hanya sekitar $120 bilion sahaja dan pendapatan pada tahun lepas $37 juta.
Sumber kekayaan McGregor ni datang dari MMA, penajaan, jual minuman keras, pakaian lelaki dan pengurusan sukan.
Setakat nak beli beberapa peratus saham lepas la, nak jadi owner gadai semua tak cukup lagi ni.
Perjalanan Karier Conor McGregor Di UFC
Seorang fighter ‘wajib’ dibelasah pada perlawanan pertama mereka di dalam UFC. Perkara ini seolah seperti satu tradisi untuk mereka meraih pengalaman dan kekuatan sehingga kemudiannya bangkit mencipta kegemilangan sendiri.
Nama-nama seperti Michael Bisping, Luke Rockhold, Tyron Woodley, Dan Henderson dan Dominick Cruz kesemua mereka telah mendapat ‘ubat’ pada kali pertama mereka menjejakkan kaki ke dalam gelanggang heksagon. Hanya fighter yang benar-benar istimewa sahaja yang mampu menghadapi tekanan lalu berjaya keluar sebagai pemenang pada perlawanan pertama.
Pada tahun 2015, di kejohanan UFC FUEL 9 Stockholm, seorang fighter mengumumkan ketibaannya dalam UFC pada debut menentang seorang lagi fighter yang sangat berpengalaman, Marcus Brimage.
Marcus yang ketika itu sudah berkecimpung selama lapan tahun di dalam arena pertarungan ditewaskan secara TKO dengan masa hanya 1:09 minit! Khalayak yang pada ketika itu tidak mengenali siapakah fighter ini kebingungan seketika sebelum bersorak melaungkan namanya dengan gegak gempita.
“McGregor!”
“McGregor!”
“McGregor!”
Ya, dia adalah Conor McGregor, seorang fighter yang berasal daripada Ireland. Perlawanan dimulakan dengan Marcus menyerang Conor bertubi-tubi, tetapi Conor tidak gentar dan menunggu untuk Marcus melakukan kesilapan.
Pada satu kesempatan ketika kelemahan Marcus terdedah, Conor melancarkan satu uppercut padu yang menyebabkan Marcus terhuyung-hayang. Kesempatan ini diambil Conor untuk melepaskan dua lagi uppercut yang menyebabkan Marcus tumbang di gelanggang.
Kemudian beliau menerkam Marcus yang sedang terbaring dan melancarkan beberapa lagi serangan sebelum pengadil merempuh untuk menghalang kegilaan Conor lalu mengumumkan kemenangan beliau. Dan selebihnya adalah sejarah.
Latar Belakang
Conor McGregor lahir pada 14 Julai 1988 di Dublin, Ireland. Memulakan kariernya di Straight Blast Gym Ireland sebelum meneruskan langkah kepahlawanannya ke dalam UFC. Beliau menguasai beberapa teknik martial art seperti Jeet Kun Do, Karate, Capoeira dan sebagainya.
McGregor banyak memenangi pertarungan dengan tumbukan padunya secara K.O ataupun T.K.O. Memulakan karier dengan MMA pada tahun 2008, beliau memegang rekod pay per view termahal dalam sejarah MMA membuatkan beliau menjalani kehidupan yang sangat bergaya.
Pada tahun 2016 beliau disenaraikan dalam Forbes Top 100 Highest Paid Athlete menjadikannya sebagai fighter pertama dari UFC yang berjaya menduduki senarai itu. Sehingga hari ini, beliau cuma pernah kalah bertarung sebanyak tiga kali sahaja.
Selepas memenangi kejuaraan Lightweight, beliau mengumumkan untuk berehat sebentar atas kelahiran anak pertamanya pada Mei 2017.
Karier
1. Pada 17 Februari 2007, McGregor memulakan debutnya di dalam MMA for The Irish Ring Of Truth di Dublin. Ia adalah kejohanan amatur dan McGregor berjaya mengalahkan Kieran Campbell. Selepas kemenangan itu McGregor telah ditandatangani oleh Irish Cage Of Truth.
2. Tahun seterusnya berlatih di bawah pengawasan John Kavanagh di Straight Blast Gym.
3. 9 Mac 2008, beliau bertarung perlawanan MMA professional pertamanya di mana beliau berjaya menewaskan Gary Morris. Perlawanan seterusnya beliau berjaya mengalahkan Mo Taylor pula.
4. Pada debut featherweight menentang Aremij Sitenkov, beliau telah tewas tetapi kemudian bangkit menewaskan Stepehen Bailey dan Connor Dillon pada perlawanan seterusnya. Beliau kemudian kembali semula kepada lightweight tetapi kalah pula kepada Joseph Duffy.
5. Antara tahun 2011 dan 2012 beliau telah memenangi gelaran CWFC Featherweight dan Lightweight Championship menjadikannya fighter eropah pertama yang berjaya memegang dua gelaran serentak.
6. UFC telah datang memberikan kontrak kepadanya pada februari 2013. Debutnya di dalam UFC menyaksikan beliau mengalahkan Marcus Brimage.
7. Pada UFC Fight Night 26, McGregor telah berjaya memenangi pertarungan menentang Max Holloway, tetapi beliau telah mengalami kecederaan serius pada lututnya yang memaksa beliau untuk berehat selama 10 bulan.
8. Pulang dari kecederaan, McGregor kembali bertarung pada UFC Fight Night 46 dan berhasil mengalahkan Diego Brandao di bandar kelahirannya, Dublin. Pada perlawanan itu beliau telah memenangi anugerah Performance Of The Night pertama dalam kariernya.
9. Pada 27 September 2014, McGregor telah menandatangani kontrak keduanya dengan UFC. Beliau kemudiannya menentang Dustin Poirier pada UFC 178. McGregor berjaya mengalahkan Poirier, ia merupakan kekalahan pertama sepanjang kariernya di UFC. McGregor kemudian memenangi anugerah Performance Of The Night yang kedua.
10. McGregor memenangi anugerah Performance Of The Night yang ketiga mengalahkan Dennis Siver di hadapan 13,000 penonton pada UFC Fight Night 59.
11. MgGregor dijangka bertemu dengan Jose Aldo pada UFC 189 untuk pertarungan featherweight championship kerana UFC telah melaburkan wang yang besar untuk mempromosi pertarungan ini, tetapi terpaksa dibatalkan pada saat akhir kerana Aldo mengalami kecederaan. McGregor kemudian diaturkan bertemu dengan Chad Mendes di hadapan 16,000 penonton dan berhasil memenangi perlawanan, seterusnya merangkul anugerah Performance Of The Night yang keempat.
12. McGregor kemudian bertemu juga dengan Aldo pada UFC 194 di Las Vegas. Pertarungan ini memecah rekod kehadiran penonton yang teramai dalam sejarah MMA. Ia juga adalah pertarungan terpantas dalam rekod UFC yang dimenangi oleh McGregor. Beliau juga telah berjaya mendapat anugerah Performance Of The Night yang kelima.
13. Seterusnya McGregor diaturkan bertemu Rafael Dos Anjos untuk gelaran Lightweight Championship, tetapi Dos Anjos terpaksa menarik diri kerana patah kaki. Ramai fighter menolak untuk menggantikan Dos Anjos kerana gerun dengan McGregor. Akhirnya bekas pencabar utama kejuaraan Lightweight Championship, Nate Diaz tampil untuk mencabar McGregor.
14. Pertarungan dengan Nate berlangsung sengit dengan 28-23 memihak kepada McGregor, pada satu kesempatan Nate berjaya memerangkap McGregor dan melancarkan submission untuk memaksa McGregor mengaku kalah. Ia adalah kekalahan pertama McGregor di UFC dan ketiga secara keseluruhan. Kedua-duanya kemudian menerima bayaran bonus Fight Of The Night yang tinggi. McGregor pula menjadi penerima bayaran tertinggi dalam sejarah UFC pada perlawanan itu.
15. Pertarungan semula dengan Nate Diaz diaturkan pada Ogos 2016, McGregor berjaya memenangi pertarungan ini dan mendapat kehormatan Fight Of The Night. Pada UFC 205 November 2016, McGregor telah berjaya mengalahkan Eddie Alvarez untuk memenangi kejuaraan Lightweight Championship.
16. Pada November 2016 juga McGregor telah menerima lesen tinju professional daripada California State Athletic Comission. Beliau kemudian telah memprovok Floyd Mayweather untuk bertarung dengannya. Pertarungan itu diaturkan pada September 2017.
17. Selepas memenangi Lightweight Championship pada UFC 205, McGregor kemudiannya mengumumkan untuk berehat sementara menanti kelahiran anaknya yang dijangka lahir pada May 2017.
18. Conor McGregor dianggarkan memiliki kekayaan sebanyak 120 juta dollar.
19. Kemuncak kepada karier Conor McGregor selepas dibelasah oleh Flyod Mayweather di gelanggang tinju dan dikepit sehingga mengaku tewas kepada Khabib Nurmagomedov. Kalau bukan sebab McGregor, Khabib tak popular sehingga diluar komuniti peminat UFC dan MMA.
Kenangan Terindah
Pada 9 Mac 2008, Conor McGreggor telah membuat penampilan pertamanya dalam MMA dengan mengalahkan Gary Morris di Cage Of Truth 2. Beliau memenangi pertarungan pada pusingan kedua secara TKO. Beliau telah mencipta rekod MMA 10-2 secara keseluruhan sebelum mendapat gelaran yang pertama.
Pada 2 Jun 2012, McGregor telah mengalahkan David Hill pada kejohanan Cage Warriors Fighting Championship 47 untuk memenangi gelaran Featherweight Championship.
Pada perlawanan seterusnya di Cage Warriors Fighting Championship 51, beliau telah mengalahkan Ivan Buchinger dengan K.O pada pusingan pertama untuk memenangi gelaran Lightweight Strap pula, menjadikan beliau sebagai fighter pertama dari Ireland yang berjaya memenangi dua gelaran dalam dua kategori yang berlainan.
Ketika itulah pihak UFC telah datang untuk melamarnya.
Conor McGregor mengalahkan Jose Aldo dengan K.O di pusingan pertama pada kejohanan UFC 194. Aldo memulakan pertarungan dengan sangat agresif dan berjaya melancarkan beberapa tumbukan yang melukakan McGregor.
McGregor seperti kebiasaannya kelihatan tenang menafsir pergerakan Aldo untuk menunggu masa yang tepat sebelum melancarkan serangan balas melalui tumbukan tangan kiri yang menyebabkan Aldo tumbang. Kemenangan ini merupakan antara yang terpantas dalam sejarah UFC.
Pada pertarungan UFC 189, McGregor mengalahkan Chad Mendes di pusingan kedua secara TKO. McGregor dijatuhkan oleh Mendes pada awalnya. Beberapa perkara dramatik berlaku selepas itu, pertama McGregor berjaya keluar dari submission atas lantai dan bangkit berdiri sebelum kemudiannya berjaya melancarkan beberapa tumbukan dan tendangan pada badan Mendes.
Mendes yang terkejut dengan kebangkitan McGregor cuba melawan tapi akhirnya tumbang juga untuk memberikan kemenangan kepada McGregor. Dengan kemenangan itu, McGregor telah membawa pulang tali pinggang interim.
Gaya Pertarungan
McGregor ialah seorang fighter yang menarik untuk disaksikan, beliau memiliki pelbagai skill pertarungan dan menguasai berbagai jenis martial arts.
Beliau biasa menggunakan teknik spinning back kick dalam Tae Kwan Do, beberapa pergerakan Muay Thai, dan berkebolehan untuk melancarkan tumbukan seperti seorang peninju professional.
Dalam kata lain, beliau sangat berbahaya dan efektif menggunakan kaki. Jika terpaksa bertarung di bawah, beliau berkebolehan menggunakan Brazilian Jiu Jitsu.
Kata Mutiara
“Saya ingin belajar kesemua jenis seni bela diri yang ada. Saya sentiasa ingin mempelajari perkara baru. Saya menghabiskan hari-hari dengan melihat pelbagai jenis video seni bela diri dari seluruh dunia sebelum mempraktikkannya di dalam gym.
Pada awalnya saya bermula dengan boxing dan kickboxing, kemudian diadun dengan sedikit teknik Capoeira, Tae Kwan Do, dan Karate. Badan manusia boleh melakukan apa sahaja jika dilatih, dan itulah apa yang saya cuba lakukan.
Saya ingin diri saya supaya boleh menguasai pelbagai gerakan dan teknik untuk membantu saya ketika menyerang dan bertahan. Perhatikan gaya bertarung saya dahulu dan sekarang, ia sentiasa berubah. Saya sentiasa ingin mempelajari teknik yang baru.”
“Saya menerima segalanya dengan fikiran terbuka, dengan minda yang sentiasa ingin belajar. Anda tidak akan berhenti untuk belajar selagi anda berfikir segalanya akan berhasil. Segala usaha dan kerja keras hari ini akan memberikan hasil yang baik pada hari esok.
Sentiasa ada masa dan tempat untuk sesuatu yang baru, dan jika anda berusaha keras ia pasti berjaya. Inilah yang sentiasa ditekankan oleh jurulatih saya, jika segalanya berjalan lancar, setiap jurus dan pergerakan akan menjadi efektif.”
“Saya sangat agresif untuk mempelajari segalanya. 24 jam sehari tidak cukup untuk saya, dan kerana itu tidur malam saya sentiasa tersentak disebabkan tangan saya yang sentiasa ingin menghayun menumbuk angin. Saya tidak tidur, saya menunggu.”
“Pada saya, perkara paling penting sekali ialah menjadi kreatif dan spontan serta tidak takut untuk menerima serangan tanpa perancangan. Bertarung tanpa perancangan, tanpa pergerakan yang dirancang, biarkan ia mengalir secara semulajadi. Lakukan perkara yang tidak pernah dilakukan, percayalah, saya ada teknik tumbukan yang tidak pernah dipertontonkan dan saya bersedia untuk menunjukkannya nanti.”
“Saya adalah artis di gelanggang, saya terbuka kepada semua jenis pertarungan, jika seseorang ingin bergusti, mari bergusti. Ke mana pun akan saya pergi, saya sentiasa bersedia, saya tidak takut, selagi anda bernafas menghirup oksigen, saya tidak takut!”