Sepertinya harapan para peminat untuk menyaksikan pertarungan semula antara Conor McGregor menentang Khabib Nurmagomedov bakal tidak kesampaian.
Selain menanti pertemuan beliau dengan Khabib para peminat juga sangat mahu melihat pertarungan McGregor menentang Tony Ferguson dan mungkin ia juga tidak akan menjadi kenyataan.
Hal ini selepas petarung UFC dari Ireland tersebut mengumumkan persaraannya daripada dunia suka MMA.
Conor McGregor appears to have once again announced his retirement on Twitter (via @TheNotoriousMMA) pic.twitter.com/AFn55Rxr9e
— ESPN MMA (@espnmma) June 7, 2020
Conor McGregor dalam satu kenyataan menerusi laman Twitter miliknya telah menyatakan:
“Hai gais, saya telah memutuskan untuk bersara daripada dunia pertarungan.”
“Terima kasih atas semua memori yang luar biasa. Ianya merupakan satu perjalanan yang hebat.”
“Ini adalah gambar saya bersama ibu saya ketika di Las Vegas selepas salah satu perlawanan melibatkan kejuaraan dunia saya.”
“Bawalah impian kamu ke rumahmu Mat. Saya sayangkan kamu, tak kira apa sahaja yang kamu mahukan, ianya milik kamu.”
Hey guys I’ve decided to retire from fighting.
Thank you all for the amazing memories! What a ride it’s been!
Here is a picture of myself and my mother in Las Vegas post one of my World title wins!
Pick the home of your dreams Mags I love you!
Whatever you desire it’s yours ❤️ pic.twitter.com/Dh4ijsZacZ— Conor McGregor (@TheNotoriousMMA) June 7, 2020
Tetapi ini bukanlah kali pertama Conor McGregor membuat pengumuman berkaitan persaraannya, sebelum ini juga beliau pernah melakukan hal yang sama namun tetap kembali semula ke octagon.
Sebelum ini Dana White telah menyatakan bahawa beliau sedang mempertimbangkan untuk memberikan lawan yang terbaik kepada McGregor.
Dana White akan mempertemukan Conor McGregor dengan pemenang antara Khabib Nurmagomedov menentang Gaethje.
McGregor dikatakan sedikit kecewa kerana perlu terus menunggu jadual pertarungannya. Hal ini terjadi selepas Justin Geathje telah dipilih untuk menggantikan Khabib Nurmagomedov dalam acara UFC249 menentang Tony Ferguson.
McGregor sejak kembalinya dalam gelanggang selepas berehat panjang telah bertarung dengan Donald Cowboy Cerrone di UFC 246 pada Januari lalu dan beliau menang mudah dalam perlawanan tersebut.
Harus diakui bahawasanya Conor McGregor telah menjadi antara nama yang banyak memberikan publisiti yang tinggi kepada UFC ketika zaman kemuncaknya.
Hmmm , should we believe this time? pic.twitter.com/Pg3gJybmq3
— ، (@f59tin) June 7, 2020
Beliau juga pernah terlibat dalam beberapa kontroversi termasuk ketika perseteruannya dengan Khabib Nurmagomedov.
Tidak pasti sejauh mana kebenaran pengumuman persaraan beliau kali ini, jika beliau benar-benar bersara selamat menjalani persaraan untuknya.
Jika tidak, kita mungkin akan dapat untuk melihat kembali beliau bertarung dalam gelanggang octagon.