Conte: Chelsea Perlukan Permainan Sempurna Untuk Halang Barcelona Dan Messi

Pengurus Chelsea, Antonio Conte mengakui pasukannya perlu menampilkan persembahan ‘sempurna’ jika mereka mahu menewaskan pasukan gergasi daru Catalan, Barcelona dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.

Bekas pengurus Itali dan Juventus ini sedar cabaran getir yang bakal menantinya beberapa hari lagi, tetapi Conte percaya pasukan sehebat Barcelona masih mempunyai beberapa kelemahan yang boleh diambil kesempatan.

Conte berharap pemainnya mampu menghasilkan permainan penuh sempurna

Chelsea akan melayan kunjungan Barcelona Selasa ini di Stamford Bridge dalam perlawanan pertama pusingan kalah mati Liga Juara-Juara. Kedua-dua pasukan hadir dalam perlawanan ini dengan moral yang tinggi selepas masing-masing mencatatkan kemenangan  hujung minggu ini.

Bagi Conte pula, Chelsea boleh dikatakan mengalami sedikit penuruna dari segi prestasi musim ini selepas tersadai di tangga ke-4 Liga Perdana Inggeris. Posisi Conte selaku pengurus Chelsea menjadi tanda tanya selepas Chelsea tewas dua perlawanan liga berturut-turut sebelum ini, tetapi mereka kembali bangkit dengan mencatatkan kemenangan ke atas West Brom dah Hull City,

Conte menyedari Chelsea bakal berhadapan dengan pasukan yang masih belum tewas dalam liga musim ini, dan sama seperti Manchester City di England, Barcelona juga selesa di persada liga dengan kelebihan 10 mata mengatasi pencabar terdekat, Atletico Madrid.

Rekod Messi menentang Chelsea sangat buruk

“Kami menyedari mereka adalah salah sebuah pasukan terbaik di dunia ketika ini, dan mungkin juga calon utama untuk memenangi pertandingan [Liga Juara-Juara] musim ini.”

“Bagi Chelsea pula, kami berasa sangat teruja kerana berpeluang menentang pasukan yang sangat kuat dan kami juga mampu mengukur sejauh mana kekuatan pasukan kami.”

“Sudah tentu kita sedang bercakap mengenai salah sebuah pasukan terhebat di dunia ketika ini. Kami akan cuba untuk menampilkan persembahan yang sempurna. Untuk menghasilkan permainan sempurna, kami perlu mengambil keputusan yang tepat untuk berhadapan pasukan seperti Barcelona.”

“Mereka amat selesa bermain dengan bola tetapi mereka mempunyai kelemahan apabila bola tiada di kaki mereka. Kami perlu mengambil peluang ini untuk menghukum mereka.”

Jika Chelsea mahu mendapatkan keputusan positif dari pertemuan Selasa ini, mereka perlu merantai pergerakan Pemain Terbaik Dunia 5 kali, Lionel Messi. Messi setakat ini telah menjaringkan 20 gol dalam La Liga.

Man-marking Messi hanya akan membuatkan keadaan menjadi lebih berbahaya

Tetapi Conte percaya Chelsea bakal berdepan masalah andainya mereka terlalu mengfokuskan perhatian mereka terhadap Messi. Untuk rekod, Messi masih lagi gagal menjaringkan gol apabila berhadapan Chelsea.

“Saya berharap mampu mengekalkan tradisi ini [Messi gagal menjaringkan gol menentang Chelsea]. Tetapi kita bercakap mengenai pemain terbaik dunia dan kami perlu hormat dengan perkara tersebut.”

“Kami perlu bekerja bersama-sama dan bermain dalam satu pasukan, dan bukannya fokus terhadap seorang pemain lawan sahaja. Kerana pada pendapat saya, jika kami memberikan fokus terhadap seorang pemain sahaja, Messi akan menjadi pemain yang lebih berbahaya.”

BACA:  Premier League 2020/21: West Bromwich Albion 3-3 Chelsea