Conte Dan Tuchel Dilayangkan Kad Merah Kerana Cubaan Bertumbuk

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel dan pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte yang terkenal dengan kepala gilanya telah dilayangkan kad merah selepas tamat perlawanan kerana kedua-dua pengurus ini hampir bertumbuk.

London Derby yang menemukan Chelsea dan Tottenham Hotspur yang berlangsung di Stamford Bridge telah menjadi satu perlawanan yang sedap dan menarik serta diserikan drama tepi padang yang menambah lagi kepanasan.

Keputusan berakhir dengan seri 2-2 di mana Harry Kane menjaringkan gol penyamaan penuh dramatik buat Tottenham Hotspur pada detik-detik akhir permainan.

Selepas wisel penamat ditiup pengadil perlawanan, kedua-dua pengurus pasukan telah bersalaman namun masing-masing tidak mahu mengalahkan dengan melepaskan genggaman salaman itu.

Apabila dua tangan bersatu dan masing-masing tidak mahu melepaskannya maka terjadi aksi tarik menarik dan segera kem kedua-dua pasukan datang untuk meroyale rumble.

Namun sebelum kejadian tidak diingini terjadi dan sebelum sempat tumbukan dilepaskan mana-mana pihak, staf kelab kedua-dua pasukan datang meleraikan.

Selepas kedua-dua pengurus itu berjaya dilepaskan gerembolan pemain yang meraikan penyokong bergegas lari ke tempat kejadian untuk menambahkan huru-hara.

Suasana hanya menjadi kelam kabut dan kalut sahaja tiada pergaduhan berlangsung, mereka berjaya mengawal emosi dan perasaan masing-masing.

Lantaran itu, Antonio Conte dan Thomas Tuchel telah dilayangkan kad merah oleh pengadil, Anthony Taylor.

Secara profesionalnya perlawanan derby yang sedap ini dianggap telah dicemari oleh insiden melibatkan kedua-dua pengurus ini tetapi bagi penonton ini satu hiburan yang jarang dapat disaksikan.

Menurut wartawan Sky Sports, Ben Grounds, Antonio Conte telah memberitahu Thomas Tuchel ‘Apa yang kau mahu?’ Berulang kali ketika kekecohan tercetus ketika bersalaman.

Ketika ada yang terhibur dengan gelagat kedua-dua pengurus ini ada peminat yang tidak gembira dengan perangai kebudak-budakan dari orang tua yang bakal menjadi warga emas.

“Kedua-dua pengurus ini sangat memalukan. Mereka sepatutnya digantung selama seminggu. Kamu tak boleh buat macam tu dalam masa yang sama kamu mahu pemain dan peminat untuk menjadi sopan dan berakhlak?”

“Thomas Tuchel umur 48 tahun. Antonio Conte pula 53 tahun. Perangai mereka ni sangat teruk.”

Harry Kane dalam temuramah selepas perlawanan telah ditanya mengenai kad merah pengurus pasukannya dan telah berkata:

“Sangat mengecewakan melihat kad merah dilayangkan. Aku tak nampak apa terjadi. Yang nyata, ini merupakan perlawanan penuh emosi, London Derby.”

“Keghairahan dari kedua-dua pasukan, kedua-dua pasukan mahu menang. Kadang-kala ini terjadi dalam permainan ini.”

Thomas Tuchel pula menyatakan bahawa semasa bersalaman dia berharapan akan ada pandangan mata ke mata tetapi tidak terjadi.

“Aku fikir bila kita berjabat tangan kau akan saling memandang antara satu sama lain. Tapi dia (Conte) mempunyai pandangan yang berbeza.”

“Ia tidak perlu tetapi banyak perkara yang tidak perlu.”

Perlawanan Chelsea dan Tottenham Hotspur ini berlangsung dengan penuh sedap dengan aksi menarik dan mendebarkan. Dengan permainan sama handal disajikan tanpa.

Kalidou Koulibaly telah membuka tirai jaringan pada minit ke-19 dengan satu voli teramat padu dari seorang pemain pertahanan yang merembat deras sepakan penjuru Marc Cucurella.

Dua pemain baharu Chelsea yang diikat di jendela musim panas ini bergandingan menghasilkan gol dan mencipta bantuan gol menjadikan satu pembelian yang berbaloi-baloi.

Jaringan Kalidou Koulibaly itu kekal hingga tamat tempoh 45 minit pertama.

Pada minit ke-68, Pierre Hojbjerg telah berjaya mengikat kembali kedudukan perlawanan dengan satu penyudah tenang menyempurnakan umpanan Ben Davies.

Selepas gol dari Pierre Hojbjerg ini telah terjadi kekecohan apabila Antonio Conte meraikan jaringan itu diluar kawasan teknikal dan menjerit kepada tempat duduk pasukan Chelsea.

Tuchel terus datang bersemuka dengan Conte namun pantas pegawai pasukan masing-masing meleraikan keadaan.

Chelsea kembali mendahului 11 minit kemudian melalui rembatan depan muka dari Reece James yang langsung tidak dikawal.

Pada minit ke-96 kegilaan menjadi-jadi apabila Harry Kane menjaringkan gol penyamaan detik akhir dengan sundulan jahat dari sepakan penjuru Ivan Perisic.

Pergaduhan Thomas Tuchel dan Antonio Conte selepas perlawanan tamat telah menambahkan lagi rencah menyemarakkan London Derby ini.

Chelsea menguasai perlawanan dengan 64 peratus penguasaan tetapi Tottenham Hotspur pula lebih efektif dalam menghasilkan ancaman kepada lawan.

Chelsea (3-4-3): Mendy; Silva, Koulibaly, Cucuerella; James, Kante, Jorginho, Loftus-Cheek; Mount, Sterling, Havertz.

Pemain Simpanan: Kepa, Pulisic, Chalobah, Broja, Ziyech, Gallagher, Hudson-Odoi, Chilwell.

Tottenham Hotspur (3-4-3): Lloris; Romero, Dier, Davies; Royal, Bentancur, Hojbjerg, Sessegnon; Kulusevski, Kane, Son.

Pemain Simpanan: Forster, Doherty, Sanchez, Gil, Perisic, Richarlison, Moura, Tanganga, Bissouma.

Referee: Anthony Taylor (Wythenshawe)

BACA:  Geram Lihat Ronaldo Pecah Rekod, Lukaku Turut Sama Cipta Sejarah Baru