Conte Dedahkan Sebab Kenapa David Luiz Tidak Bermain

David Luiz tiba di Stamford Bridge dengan mengenakan pakaian biasa telah membuatkan pihak media berteka-teki kenapa Luiz Tidak diturunkan atau sekurang-kurangnya sekadar mereput di bangku simpanan ibarat melukut di tepi gantang.

Dalam dua perlawanan sebelum menentang Manchester United Luiz telah bermain dengan keadaan kaki kanannya yang berbalut menyebabkan ramai menganggap Luiz mengalami kecederaan.

Tetapi dalam khabar angin yang tersebar Luiz sebenarnya tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi telah digugurkan oleh pengurus Chelsea, Antonio Conte.

David Luiz digugurkan oleh pengendali dari Italy itu sebagai hukuman kerana mempersoalkan taktik Conte yang mengeluarkan beliau dalam perlawanan yang lalu.

https://twitter.com/101greatgoals/status/927195117055873030

Namun selepas perlawanan Conte telah mendedahkan perkara sebenar kenapa Luiz digugurkan. Bercakap kepada Telegraph alasan Luiz keguguran adalah kerana taktikal yang digunakan.

Keputusan Don Conte menggugurkan Luiz seolah-olah mahu mengecewakan pemilik Chelsea, Roman Abramovich yang merupakan peminat Luiz dan kerana itulah Luiz telah diikat kembali pada musim lalu.

“Tidak, tidak. Keputusan taktikal. Andreas Christensen berada dalam prestasi terbaik dan kami juga mempunyai Ethan Ampadu yang merupakan pemain muda yang bagus. Kelab gemar untuk bermain menggunakan pemain muda.”

Kemudian Conte telah memberi bayangan akan masa depan pemain pertahanan Brazil tersebut seperti mana yang terjadi kepada Diego Costa.

“Aku tidak tahu (masa depan Luiz bersama Chelsea), Luiz harus bekerja keras bersama yang lain melainkan mereka mahu berada di bangku simpanan atau tempat duduk penonton.”

Luiz juga diarahkan supaya tidak perlu turun berlatih pada hari jumaat lalu dan telah berlatih sendirian. Musim lalu Diego Costa vs Conte akhirnya Costa ke Atletico Madrid. Musim ini Conte vs Luiz. Bagaimana kesudahan Luiz?

Imbas kembali Costa yang terpaksa berlatih sendirian selepas bergaduh dengan Conte.

Baca Juga

Baca Juga