Conte: Isu Pembaharuan Kontrak Courtois Bukan Lagi Dalam Kawalan Saya

Pengurus Chelsea, Antonio Conte menegaskan beliau berharap Thibaut Courtois akan terus kekal bersama The Blues tetapi mengakui beliau tidak mempunyai kuasa untuk menerima permintaan pihak Courtois bagi menyambung kontraknya yang bakal tamat tidak lama lagi.

Conte mengakui beliau tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mempengaruhi keputusan akhir mengenai kontrak Courtois, dan menurut beliau lagi, tiada sebarang kemajuan yang berlaku setakat ini dalam isu tersebut.

Walaubagaimanapun, Conte masih berharap penjaga gol antarabangsa Belgium ini kekal di Stamford Bridge kerana berpendapat Courtois mampu menjadi pengaga gol terbaik dunia.

Courtois hanya mempunyai baki setahun setengah dalam kontraknya bersama Chelsea dan baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa sebarang perbincangan megenai lanjutan kontrak hanya akan dilakukan selepas musim ini selesai.

Terdapat laporan mengatakan Courtois meminta gajinya dinaikkan sebanyak dua kali ganda, iaitu dari £100,000 seminggu menjadi £200,000 seminggu. Beliau mahu menerima jumlah yang sama seperti diterima penjaga gol Manchester United, David De Gea.

Individu yang mempunyai kuasa untuk meluluskan permintaa Courtois adalah Direktor Chelsa, Marina Graniskovaia. Marina tahu perbincangan harus dilakukan dengan kadar segera kerana Courtois telah menarik minat Real Madrid bagi mendapatkan khidmat penjaga gol ini untuk menggantikan tempat Kevlar Navas dalam kesebelasan utama pasukan. Dalam satu temubual, Conte telah memberitahu kepada umum mengenai situasi semasa berkenaan kontrak Courtois.

“Saya mesti jujur disini kerana soalan mengenai kontrak Courtois mesti diajukan kepada kelab, bukan kepada saya. Saya berbesar hati untuk memberikan pendapat dari sudut teknikal mengenai isu kontrak Courtois, tetapi kelab mesti menyelesaikan masalah ini secepat yang mungkin.”

“Courtois adalah antara pemain terbaik saya, mungkin juga penjaga gol terbaik dunia dan pemain penting dalam pasukan Chelsea. Urusan untuk menyambung kontrak Courtois kini terletak di tangan kelab. Saya ulangi sekali lagi yang setiap pemain adalah penting dan saya mahu bekerjasama dengan mereka. Tetapi umum mengetahui sesetengah inidividu mungkin akan mengambil keputusan yang berbeza.”

“Saya mahu terus bekerjasama dengan pemain seperti Courtois tetapi saya juga mahu pemain berasa gembira untuk kekal bermain dengan Chelsea. Courtois tidak memerlukan pendapat saya apabila beliau mengambil keputusan untuk menyertai Chelsea. Beliau tahu pendapat saya terhadapnya. Saya menganggap beliau sebagai penjaga gol terbaik dunia.”

“Sudah tentu, Courtois akan menjadi penjaga gol terbaik dunia pada masa akan datang. Mungkin juga beliau sudah menjadi yang terbaik pada masa kini tetapi saya pasti pada masa hadapan, beliau akan menjadi yang terbaik. Courtois tahu pendapat dan perasaan saya terhadapnya.”

Chelsea akan menyambung aksi Liga Perdana Inggeris dengan membuat kunjungan ke Anfield untuk berhadapan dengan Liverpool yang masih terluka dengan apa yang berlaku pertengahan minggu lalu ketika menentang Sevilla.

The Blues kini menduduki tangga ke-3 liga, ketinggalan 9 mata di belakang pendahulu liga Manchester City dan hanya dipisahkan 1 mata dengan penghuni tangga kedua, Manchester United. Conte sedar pasukannya tidak mampu keciciran mata lagi andainya mereka mahu mempertahankan gelaran juara liga yang dimenangi mereka musim lepas.

Baca Juga

Baca Juga