Conte Kurang Yakin Chelsea Bakal Menjuarai Liga

Antonio Conte hari ini nampaknya telah mula bermain perang saraf dengan mengatakan bahawa dia tidak berapa yakin bahawa Chelsea bakal menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini, meskipun telah mencatatkan lapan kemenangan dalam sepuluh perlawanan yang lalu.

Conte bercakap kepada Gary Lineker dalam Football Focus,  yang bertanya kepada bekas pengurus Juventus itu sama ada pasukannya kini sudah pun mengesahkan kejuaraan.

Lineker menerangkan bahawa tidak pernah ada pasukan yang mampu mengejar pendahulu liga yang mempunyai perbezaan mata yang cukup selesa seperti Chelsea sekarang, dan dia membuat kesimpulan bahawa Conte sudah pun bergelar juara.

Tetapi pengurus berbangsa Itali itu enggan terlalu yakin dan mengatakan bahawa persaingan untuk kejuaraan liga masih lagi terbuka.

Conte berkata,”Sekarang kami di puncak liga. Gayat la jugak en en en. Kau hado? Haaaa. Tapi liga ni sangat susah dan bagi saya sekarang ni amatlah penting untuk kami kekalkan semangat dan momentum sedia ada.

The Blues kini mempunyai kelebihan sembilan mata berbanding pasukan di tangga kedua, Tottenham dan tidak pernah kalah sejak pertengahan Januari. Anak buah Conte bakal bertemu Burnley pada hari Ahad ini, dan dengan prestasi semasa, sukar untuk lihat Chelsea tewas.

Tapi apapun, kepada haters Chelsea dah boleh minta lagu, kot boleh guna nanti.

Baca Juga

Baca Juga