Conte Mengeluh Jadual Perlawanan yang Memberi Kelebihan Kepada Liverpool

Pengurus Chelsea, Antonio Conte telah melahirkan rasa tidak puas hati dan mengeluh dengan jadual padat yang perlu dilalui Chelsea yang bakal memberi kelebihan kepada Liverpool dalam pertemuan kedua-dua pasukan itu minggu hadapan.

Bekas pengurus pasukan kebangsaan Italy itu telah menjulang kejuaraan Premier League musim lalu yang merupakan musim pertamanya namun bergelut dengan kesukaran musim ini dan ketinggalan 9 mata di belakang pendahulu ligA, Manchester City.

Chelsea dan Liverpool bakal bermain di Champions League pertengahan minggu ini, di mana pasukan Liverpool bakal bermain pada hari selasa dan Chelsea pula akan beraksi 24 jam kemudian pada jari Rabu.

The Blues yang akan menentang Qarabag terpaksa mengharungi perjalanan sejauh 5800 batu atau 9334 kilometer ke Baku Azerbaijan dan Liverpool hanya akan berkelana ke Sepanyol sahaja menentang Sevilla.

Conte

Jumlah masa perjalanan yang perlu dilalui pemain Chelsea adalah lebih kurang 6 jam berbanding pemain Liverpool yang hanya memakan masa 3 jam dengan menggunakan penerbangan, jika berkereta Chelsea mengambil masa 55 jam dan Liverpool 24 jam.

Conte menyifatkan dan percaya perbezaan 24 jam waktu perlawanan dan tempoh masa perjalanan yang terpaksa Chelsea lalui akan memberi kelebihan yang tidak adil kepada kelab Merseyside Red itu.

“Sudah pasti mereka yang mengatur jadual perlawanan ini perlu memberi perhatian yang penuh.”

“Jangan lupa, sekarang kami mempunyai masalah lain kerana kami perlu bermain di Qarabag pada hari rabu dan kembali ke London pada pukul 5 atau 6 dan kami mempunyai perlawanan yang penting menentang Liverpool pada Sabtu.”

Aku tahu sape buat jadual memang aku rembat.

“Adakah ini normal? Aku tidak fikir begitu.”

“Jika seseorang itu mahu lebih keseimbangan dalam liga ini, aku rasa mereka patut memberi lebih perhatian sebelum membuat jadual perlawanan.”

Nasib baik Conte tidak menerima tawaran Kelantan dua tahun yang lalu, jika tidak sudah tentu Conte akan menangis di bucu katil memikirkan jadual liga sambil mendengar lagu dikir barat nyanyian Cikgu Sulizi.

‘Hatiku hancur relai…’

Baca Juga

Baca Juga