Conte Mungkin Menyesal Tak Tunggu United Dan Terima Tawaran Spurs

Antonio Conte mungkin akan sangat menyesal menerima tawaran dari Tottenham Hotspur dan tidak menunggu tawaran rasmi dari Manchester United.

Menurut bekas pemain kedua-dua kelab, Manchester United dan Tottenham Hotspur, Conte kini sudah terperangkap untuk menguruskan kelab yang sangat teruk.

Dan beliau mungkin sudah menyesal menerima tawaran dari Spurs sedangkan United sebelum ini bersungguh-sungguh mahu mendapatkan khidmatnya.

Pengurus yang pernah memenangi gelaran Premier League dan Serie A itu sebelum ini dianggap calon kegemaran untuk menggantikan Ole Gunnar Solskjaer.

Para peminat sangat berharap yang beliau akan dilantik sebagai pengurus kelab, seterusnya menyelamatkan Man Utd dari terus merundum dibawah pimpinan Solskjaer.

Solskjaer terselamat dari dipecat selepas setan merah dibelasah teruk oleh Liverpool di Old Trafford sebelum ini, dan tidak lama selepas itu, Conte disahkan sebagai pengurus United.

Conte menerima tawaran dari Tottenham Hotspur selepas kelab memecat Nuno Espirito Santo yang dipecat ekoran dari kekalahan 3-0 bertemu Manchester United.

Selepas dari kejayaan Solskjaer menyingkirkan Conte dari menjadi pencabar beliau, pengurus dari Norway itu berdepan dengan dua lagi kekalahan memalukan di tangan Manchester City dan Watford.

Beliau secara rasminya telah dipecat oleh kelab selepas kekalahan memalukan 4-1 bertemu pasukan yang sedang bergelut di zon penyingkiran itu.

Walau bagaimanapun, ketika Solskjaer dipecat, Conte sudah pun memimpin Tottenham Hotspur dan mengikat perjanjian jangka masa panjang.

Kini, selepas beliau mengendalikan beberapa perlawanan, Conte tentunya sangat menyesal menerima tawaran dari Tottenham, apa lagi selepas skuadnya diaibkan oleh NS Mura dalam saingan Europa Conference League.

Ia merupakan kekalahan yang sangat memalukan memandangkan NS Mura sebelum ini tidak pernah mencatatkan sebarang kemenangan dalam saingan Eropah.

Antonio Conte sendiri ketika ini mula sedar yang beban bakal beliau pikul tersangatlah berat.

“Pada ketika ini, Tottenham Hotspur sebenarnya berada di tahap yang tidak begitu tinggi.”

Jelas Conte ketika tamat aksi kekalahan bertemu NS Mura itu.

Bekas bintang Spurs dan Manchester United, yang juga merupakan legenda pengulas talkSPORT, Alan Brazil percaya Conte ketika ini sangat menyesal menerima tawaran jadi pengurus Tottenham Hotspur.

“Conte, dia tidak akan pernah mengaku ini, tapi dia mesti akan tanya pada diri dia sendiri kenapa dia tidak tunggu sahaja.”

Jelas Brazil.

“Dia mesti fikir, ‘mengapa tidak tunggu. Kalau tidak sekarang saya sudah berdiri di tepi padang di Old Trafford.”

“Ia sangat jelas yang Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini sudah memang diambang bahaya.”

Solskjaer akhirnya dilepaskan oleh pihak kelab selepas tiga tahun mengendalikan kelab tanpa memenangi sebarang kejuaraan.

Ralf Rangnick kini dilaporkan bakal menjadi calon pengganti Solskjaer dengan beliau ditawarkan untuk menjadi pengurus interim selama enam bulan.

Rakan penyampai Alan Brazil, Ray Parlour tidak bersetuju dengan kenyataan beliau, dan menyatakan yang Conte tidak akan pernah fikirkan benda itu.

“Kamu tak boleh fikirkan hal itu sekarang.”

Jelas legenda Arsenal itu.

“Solskjaer memang berada di ambang bahaya pada ketika itu, tapi mereka mungkin boleh kalahkan Watford dan dia akan terus mengendalikan kelab.”

“Mereka mungkin akan teruskan rentak kemenangan dengan menewaskan Villarreal dalam saingan Champions League dan Ole akan dapat semula kepercayaan dari semua orang. Jadi saya rasa Conte sebenarnya sudah membuat keputusan yang tepat.”

“Harus adil untuk Spurs, mereka bertindak lebih cepat, kerana mereka mungkin tidak mahu situasi menjadi lebih teruk.”

“Conte membuat keputusan yang tepat dan dia perlu letakkan segalanya demi untuk kerja dia.”

Penyampai Drivetime, Darren Gough turut memberi pandangan tentang hal ini dengan beliau menyatakan masih terlalu awal untuk anggap Conte sudah menyesal dengan keputusannya.

“Masihkan boleh untuk dia pergi ke Manchester United?”

Soal legenda Cricket England itu

“Jika Manchester hubungi dia sekarang dan kata, ‘kami melakukan kesilapan, kami sepatutnya memecat Solskjaer sebulan dahulu, tapi adakah kamu berminat?”

“Bola sepak merupakan perniagaan yang kejam dan jika Manchester United kembali mengejar Conte, saya tak kata yang ia tak boleh berlaku, tapi saya juga tak nafikan yang dia sendiri perlu masa untuk pertimbang semula.”

BACA:  Conte: Chelsea Tidak Boleh Benarkan 'Tragedi Salah & De Bruyne' Dari Terus Berulang