Conte: Pemain Seperti Messi Hanya Hadir Sekali Dalam 50 Tahun

Pengurus Chelsea, Antonio Conte memuji persembahan yang dipamerkan Lionel Messi ketika pemain tersebut membantu Barcelona menyingkirkan Chelsea dari saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Dalam perlawanan tersebut, Messi muncul pemain terbaik perlawanan apabila beliau berjaya menjaringkan dua gol dan mencatatkan assist bagi gol Ousmane Dembele.

Messi, mg alien ko ?

Chelsea tersingkir dari kejohanan berprestij Eropah ini dengan aggregat 4-1 selepas perlawanan pertama di Stamford Bridge berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Walaupun Chelsea tewas 4-1 secara aggregat di tangan pendahulu La Liga itu, Conte tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya sepanjang 180 minit perlawanan.

Chelsea boleh dikatakan tidak bernasib baik gagal layak ke pusingan seterusnya kerana dua percubaan mereka di Stamford Bridge mengenai tiang. Perkara yang sama turut berlaku di Nou Camp awal lagi tadi dimana dua percubaan pemain Chelsea hanya mengenai tiang sahaja.

Ketika bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Conte yang dilihat memeluk Messi selepas wisel penamat berkata Messi merupakan perbezaan dalam perlawanan awal pagi tadi.

Chelsea berhak tersingkir

“Pemain seperti Lionel Messi hanya lahir sekali sahaja dalam 50 tahun. Saya rasa ini adalah masa yang sesuai untuk memberikan penghargaan kepada pemain sehebat Messi.”

“Wajar buat saya untuk memberi pujian kepada pemain terhebat di dunia ketika ini. Pemain yang mana mampu menjaringkan 60 gol setiap musim. Bukan hanya satu musim sahaja.”

“Saya sangat gembira kerana berpeluang memberikan penghargaan kepada Messi secara peribadi selepas tamat perlawanan. Kita sedang bercakap mengenai pemain yang luar biasa, pemain terhebat di dunia ketika ini.”

Kedua-dua gol jaringan Messi dalam perlawanan tadi dihasilkan dengan melalui celah kaki penjaga gol Chelsea, Thibout Courtois.

“Saya sudah banyak kali berhadapan dengan Lionel Messi dan beliau juga pernah menjaringkan gol melalui celah kaki saya sebelum ini.”

“Bagi penjaga gol seperti saya, dalam kedudukan 2 meter, kelemahan terbesar saya adalah pada bahagian celah kaki. Walaupun ketika saya berdiri dalam kedudukan normal, masih ada ruang yang besar di antara dua kaki saya.”

“Perkara ini menyakitkan hati tetapi saya tidak akan bersembunyi dari kesilapan ini. Saya perlu menghadapinya seperti seorang dewasa dan mengakui ianya satu kesilapan dan saya telah melupakan perkara tersebut.”

Balloon D’Or ke-6. Come to papa

“Saya juga berjaya menyelamatkan beberapa percubaan mereka. Kami tidak bernasib baik melepaskan 4 gol hasil 4 kesilapan kami sepanjang perlawanan.”

Satu insiden yang tidak diingini dilaporkan telah menimpa beberapa penyokong Chelsea ketika mereka dalam perjalanan menuju ke Stadium Nou Camp. Laporan tersebut menyatakan peminat Chelsea telah dipukul polis Sepanyol di kawasan perkarangan stadium. Jurucakap rasmi Chelsea dipetik berkata,

“Kami menyedari insiden yang berlaku berdekatan dengan stadium. Peminat Chelsea telah dipukul di perkarangan kawasan stadium. Kami meminta peminat Chelsea yang terlibat supaya menghubungi pihak kelab dan menceritakan pengalaman mereka supaya kami dapat melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.”

BACA:  Arteta Sangat Yakin Mount Akan Sertai Arsenal Sebelum 'Di-Hijack' Ten Hag