Conte Risau Ancaman Manchester City Dalam Pasaran Pemain

Pengurus Chelsea, Antonio Conte berpendapat pasukannya perlu meningkatkan perbelanjaan kelab jika mahu terus kekal bersaing dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Mancester City yang kelihatan selesa di puncak ketika ini.

Conte turut memberi amaran kepada Chelsea supaya berjaga-jaga dengan ancaman yang dibawa Manchester City dalam pasaran perpindahan pemain menjelang pintu perpindahan pemain yang bakal dibuka kembali Januari tahun hadapan.

The Citizens kini selesa mendahului liga dengan kelebihan 8 mata dihadapan pencabar terdekat mereka iaitu Manchester United, manakala Chelsea ditangga ketiga dengan perbezaan 11 mata dibelakang City.

Pada tirai perpindahan pemain musim panas lalu, Pep Guardiola berjaya mendapatkan beberapa pemain yang beliau kehendaki untuk memperkuatkan pasukannya seperti Benjamin Mendy,Kyle Walker, Bernardo Silva, Ederson dan Danilo.

Kesemua pemain ini hadir dengan nilai perpindahan yang tinggi, tetapi Guardiola tidak perlu risau mengenai kewangan kelab kerana City mempunyai pemilik ‘Syeikh Arab’ yang kaya-raya.

Ana kaya raya.

Sama seperti City, Chelsea juga turut aktif pada tirai perpindahan yang lepas. Conte telah membawa masuk bebeberap pemain seperti Alvaro Morata, Tiemoue Bakayoko, Antonio Rudiger, Danny Drinkwater dan Davide Zappacosta dalam usaha The Blues mengekalkan kejuaraan liga yang dimenangi mereka musim lepas.

Walaubagaimanapun, terdapat laporan mengatakan Conte masih lagi tidak berpuas hati dengan polisi perpindahan Chelsea kerana gagal mendapatkan pemain yang dikehendakinya seperti Romelu Lukaku yang terlepas ke tangan Manchester United.

Conte dalam satu sidang media telah ditanya adakah beliau risau dengan kuasa kewangan yang dimiliki oleh Manchester City, dan beliau menjawab:

“Perjalanan Manchester City amat menakjubkan. Musim ini, mereka memiliki pasukan yang cukup kuat,dan musim lepas juga mereka memiliki pasukan yang hebat. Selepas tirai perpindahan pemain lalu, mereka telah berjaya mendapatkan sasaran utama mereka dan pasukan Manchester City kini semakin bertambah bagus.”

Pep membawa masuk ramai pemain yang bagus.

“Mereka mungkin boleh melakukan perkara yang sama pada tirai perpindahan pemain Januari nanti atau pada masa hadapan. Disebabkan perkaran ini, kami perlu berjaga-jaga dalam pasaran perpindahan. Jika Chelse mahu terus bersaing dengan Manchester City, kami harus bekerja lebih keras dan membuat keputusan yang tepat dalam pasaran perpindahan.”

Walaupun berjaya memenangi liga musim lepas, Chelsea telah melepaskan dua pemain utama mereka musim lepas iaitu Diego Costa dan Nemanja Matic, masing-masing telah menyertai Atletico Madrid dan Manchester United.

Pemergian Costa dan Matic telah memeningkan kepala Conte kerana mereka bakal mengharungi jadual yang padat pada musim perayaan tidak lama lagi, bermula hujung Disember sehingga awal Januari.

“Satu perkara sahaja yang saya minta iaitu semua pemain saya boleh beraksi kerana dalam pasukan utama, saya mempunyai 16 orang pemain dan saya mempercayai setiap pemain dalam pasukan. Jadi adalah amat penting bagi saya memiliki skuad yang lengkap untuk melakukan penggiliran pemain. Musim lepas, kami berdepan situasi yang sukar menjelang musim perayaan tetapi mujurlah pasukan bermain dengan cemerlang ketika itu.”

Kante dan Conte. Cuba kau ulang lima kali Kante Conte.

“Musim ini boleh dikatakan agak mencabar kerana kami kehilangan ramai pemain yang berkualiti. Pada saingan liga musim ini, kami memulakan kempen sebagai pasukan pilihan disamping dua kelab Manchester. Sama seperti musim lepas, kami bukan pilihan utama untuk memenangi liga. Walaupun demikian, kami mahu bersaing dan kami juga sedang membina sesuatu yang penting untuk masa depan Chelsea. Jadi adalah amat penting untuk semua pihak lebih sabar.”

Pada perlawanan terakhir The Blues, mereka berjaya menampilkan persembahan yang bertenaga untuk mengikat Liverpool 1-1 dihadapan peminat The Kops.

Bekas pemain Chelsea, Mohamed Salah berjaya menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-65 tetapi kegembiraan peminat Liverpool tidak bertahan lama kerana Chelsea berjaya menjaringkan gol penyamaan melalui Willian pada lewat perlawanan.

Baca Juga

Baca Juga