Conte Ucap Terima Kasih Kepada Chelsea Walaupun Dipecat

Antonio Conte telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi bagi memberikan penghargaan kepada staff Chelsea atas kerja keras dan sokongan yang diberikan mereka kepada beliau sepanjang bergelar ketua jurulatih Chelsea.

Bekas pengurus Itali dan Juventus itu baru sahaja dipecat dari jawatan yang dipegangnya di Stamford Bridge Jumaat lalu. Bekas pengendali Napoli, Maurizio Sarri dibawa masuk untuk mengisi tempat Conte selaku ketua jurulatih Chelsea yang baru.

Kejam sungguh layanan Chelsea terhadap Conte. Tetapi itu perkara biasa bagi pemilik kelab tersebut, Roman Abramovich

Sepanjang dua tahun mengemudi pasukan Chelsea, Conte tidak pernah gagal memenangi trofi pada setiap musim. Beliau berjaya membawa Chelsea memenangi Liga Perdana Inggeris pada musim pertamanya tetapi Chelsea mengalami penurunan prestasi musim lepas menyebabkan masa depannya sering menjadi tanda tanya.

Chelsea gagal menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris musim lepas di kedudukan empat teratas, sekaligus terlepas slot untuk bermain di Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan. Walau bagaimanapun, Conte berjaya mengubat kekecewaan penyokong Chelsea apabila membimbing pasukan tersebut memenangi Piala FA dengan menewaskan Manchester United di Stadium Wembley.

Bagi pemilik Chelsea Roman Abramovich, kejayaan memenangi Piala FA tidak cukup bagus dan tidak memadai untuk bergelar ketua jurulatih Chelsea. KPI yang tinggi menyebabkan pengurus datang dan pergi hampir setiap tahun di Stamford Bridge, tetapi kaedah tersebut nyata membuahkan hasil kerana Chelsea kerap memenangi trofi sejak Abramovich mengambil alih Chelsea.

Liga Perdana Inggeris pada musim pertama di England. X lama lagi confirm kelab EPL lain pulak sambar

Conte menjadi ‘mangsa’ terbaru Abramovich apabila dipecat dari jawatannya beberapa hari yang lalu. Sarri dibawa masuk dengan harapan untuk membawa kembali Chelsea ke kemuncak bola sepak Inggeris, yang mana musim lepas didominasi oleh pasukan dari Manchester.

Walaupun dipecat, Conte tidak berdendam dan tetap berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantunya selama dua tahun berkhidmat di Stamford Bidge.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua kawan-kawan saya di Chelsea Football Club atas kerja keras dan sokongan mereka sepanjang dua musim bersama, yang mana kita berjaya merangkul Liga Perdana Inggeris dan Piala FA.”

“Kepada seluruh pemain, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana komitmen mereka telah menghadirkan kejayaan kepada kelab ini. Saya amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan semua pemain setiap hari.”

Maurizio Sarri diumumkan sebagai pengganti Conte di Stamford Bridge. Okay tak geng2 KTBFFH ?

“Saya menikmati masa saya di England dan London, dan saya juga mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh staff Chelsea yang telah melayan keluarga saya denga baik.”

“Saya berharap Chelsea akan terus mengecapi kejayaan pada masa hadapan dan semoga berjaya untuk musim hadapan.”

“Saya mempunyai memori yang indah ketika mengemudi pasukan Chelsea, dan memori ini akan saya gunakan untuk tugasan saya yang seterusnya.”

Masa depan Conte di Stamford Bridge sering menjadi tajuk perbualan seawal musim lalu ini dan bertambah sensu apabila Chelsea mengharungi musim yang mengecewakan di peringkat domestik dan Eropah.

Conte sering mengelak untuk menjawab soalan mengenai masa depannya tetapi dalam sidang media menjelang pertemuan terakhir di Stamford Bridge musim lalu Conte berkata akan terus berkhidmat selagi di perlukan.

Sebelum ini Terdapat juga laporan yang mendakwa bekas jurulatih Itali dan Juventus ini tidak gembira dengan polisi perpindahan yang diamalkan kelab tersebut. Kini semuanya sudah jelas dan Conte kini hanya tinggal kenangan.

Pernah ada rasa cinta, namun kini hanya tinggal kenangan.

Baca Juga

Baca Juga