Copa America 2019 : Jepun 0-4 Chile

Copa America 2019 sedang berlangsung di Brazil dan sebanyak 12 pasukan mengambil bahagian termasuk dua dari Asia – Jepun dan Qatar.

Pagi tadi, juara bertahan Chile memulakan kejohanan dengan langkah kanan selepas selesa menewaskan Jepun 4-0. Erick Pulgar membuka jaringan pasa minit ke-41 selepas melonjak tinggi menanduk bola tendangan sudut daripada Aranguiz.

Penjaring terbanyak Copa America 2016, Eduardo Vargas menambah gol Chile pada minit ke-54, menerusi satu rembatan padu dari luar kotak penalti tepat ke penjuru gawang Jepun.

Pemain terbaik kejohanan 2016, Alexis Sanchez masih tidak lupa cara untuk menjaringkan gol selepas menghadiahkan gol ketiga Chila menerusi satu tandukan terbang – aksi yang dia tidak dapat lakukan ketika bermain bersama pasukan kelab.

Seminit kemudian, Sanchez melorongkan bola kepada Vargas, lalu melakukan tendangan lob dari luar kotak penalti, menewaskan penjaga gol Jepun buat kali keempat.

Baca Juga

Baca Juga