Copa America 2021: Brazil 3-0 Venezuela

Copa America 2021 anjuran badan induk bola sepak Amerika Selatan, South American Football Confederation (CONMEBOL) telah membuka tirainya yang menambahkan lagi kehangatan perlawanan bola sepak.

Perlawanan negara tuan rumah, Brazil yang merupakan juara bertahan menentang Venezuela di kumpulan B menjadi perlawanan pembukaan Copa America 2021.

Gelaran juara Copa America 2019 telah menamatkan kemarau kejuaraan Brazil untuk tempoh 12 tahun di mana kali terakhir mereka muncul juara pada 2007.

Untuk rekod Brazil telah memenangi kesemua kejohanan Copa America sebanyak 5 kali apabila bergelar tuan rumah, 1919, 1922, 1949, 1989 dan terbaru 2019.

Secara keseluruhannya Brazil telah berjaya bergelar juara Copa America sebanyak 9 kali dibelakang Uruguay (15 kali) dan Argentina (14 kali).

Copa America 2019 ini bermula dari 14 Jun sehingga 10 Julai 2021 melibatkan 28 perlawanan membabitkan 10 negara yang bernaung di bawah South American Football Confederation (CONMEBOL).

Pada awalnya tuan rumah Copa America 2019 merupakan anjuran bersama antara dua negara iaitu Colombia dan Argentina sebelum Brazil menjadi pak sanggup.

South American Football Confederation (CONMEBOL) telah membuang Colombia sebagai penganjur bersama pada Mei kerana rusuhan anti kerajaan dan Argentina pula dibatalkan kerana wabak yang melanda.

Brazil memulakan misi mempertahankan kejuaraan mereka dengan cemerlang apabila mudah membelasah Venezuela dengan tiga gol tanpa balas di Estadio Nacional de Brasilia (Stadium Nasional Brazil).

Perlawanan Copa America 2019 dilangsungkan dalam stadium kosong tanpa kehadiran penonton sebagai langkah pencegahan wabak yang melanda ketika ini.

Brazil ternyata garang dalam misi mempertahankan kejuaraan apabil menyerang sejak awal permainan lagi dengan percubaan demi percubaan.

Pemain pertahanan Paris Saint Germain, Marquinhos membuka tirai jaringan yang agak jahat pada minit ke-23 yang berpunca daripada sepakan penjuru.

Pemain penyerang Everton, Richarlison berjaya menjaringkan gol namun dibatalkan kerana offside dan Neymar pula terlepas peluang dari jarak dekat.

Brazil meneruskan penguasaan dan mendominasi permainan namun Brazil setakat berbahaya sahaja namun tidak berbisa apabila gagal mencari gol kedua.

Pada minti ke-64 barulah Brazil berjaya menggandakan kedudukan melalui sepakan penalti yang disudahkan dengan penuh bergaya oleh Neymar.

Pemain Venezuela, Yohan Cumana telah mengasari dan menjatuhkan Danilo yang liar nak mati di dalam kotak dan pengadil tidak teragak-agak memberikan sepakan penalti.

Jaringan penalti ini merupakan gol yang ke-67 Neymar diperingkat antarabangsa dan sudah tentunya bersama pasukan samba, Brazil dalam 105 perlawanan.

Neymar kini hanya dipisahkan 10 gol untuk menyamakan rekod jaringan terbanyak sepanjang zaman Brazil yang dipegang pemain legenda Pele dengan 77 gol.

Rekod yang dipegang Pele setelah sekian lama ini nampaknya akan melebur dalam tempoh setahun dua ini. Meroyan lagi la.

Gabriel Barbosa telah melengkapkan kemenangan penuh bergaya Brazil di perlawanan pembukaan dengan gol ketiga pada minit ke-89 dengan menjaringkan gol menggunakan dada.

Penjaga gol Venezuela, Joel Graterol telah melakukan kesilapan apabila keluar untuk mencabar Neymar diluar kotak dan ternyata mudah digelecek.

Neymar membawa bola rapat ke garisan gol sebelum menghantar bola kepada Gabriel Barbosa yang tidak dikawal dihadapan gol kosong.

Hantaran Neymar mudah ditolak masuk Gabriel Barbosa dengan menggunakan dada. Sedikit terlewat pemain pertahanan Venezuela tiba.

Malam yang cemerlang buat Neymar yang terus membantu Brazil mencapai kemenangan. Neymar telah mencipta 11 gol/assist dalam 5 perlawanan terakhir bersama Brazil.

Dalam perlawanan ini sahaja, Neymar terlibat dalam ketiga-tiga gol berserta 1 gol, 1 assist, 6 dribble dan 8 peluang telah dicipta.

Brazil starting XI: Alisson; Danilo, Eder Militao, Marquinhos, Sandro; Paqueta, Casemiro, Fred; Richarlison, Gabriel, Neymar.

Venezuela starting XI: Graterol; González, González, Ferraresi, Chancellor, Villanueva, Rosales; Savarino, Moreno, Rincón, Otero; Martínez.

BACA:  Rahsia Disebalik Rambut Si Pekan Ronaldo Di Piala Dunia 2002