Coppa Italia Final: Atalanta 1-2 Juventus

Andrea Pirlo akhirnya berjaya meraih satu piala dalam musim debutnya bersama Juventus selaku pengurus selepas berjaya menewaskan Atalanta 2-1 dalam perlawanan akhir Coppa Italia.

Menariknya perlawanan akhir Coppa Italia yang berlangsung di Mapei Stadium, Sassuolo ini disiarkan secara langsung di laman Youtube rasmi Serie A.

Perlawanan akhir ini dilangsungkan dengan kehadiran seramai 4,300 penyokong.

Federico Chiesa telah menjaringkan gol kemenangan bagi membolehkan Juventus melebarkan rekod kejuaraan Coppa Italia kepada 14 trofi dan memberi sedikit keceriaan buat Pirlo.

Andrea Pirlo telah melalui musim pertama yang agak mengecewakan bersama Juventus apabila gagal untuk meneruskan kejuaraan Serie A buat kali ke-10 berturut-turut dan memberi kepada juara baru, Inter Milan.

Bianconeri tersingkir di pusingan 16 terbaik Champions League musim ini kepada Porto menyamai prestasi musim lalu.

Lebih malang, Juventus mungkin bakal kehilangan tempat ke Champions League musim hadapan dan nasib mereka akan ditentukan pada perlawanan terakhir Serie A.

Dejan Kulusevski membuka tirai jaringan perlawanan akhir selepas 30 minit permain dengan satu lencongan kaki kiri yang sungguh menarik lagi tertawan.

Ruslan Malinovsky telah memadamkan gol pendahuluan Dejan Kulusevski empat minit sebelum tamat separuh masa pertama dengan penyudah yang sempurna.

Juvetus kembali dihapadan dengan gol kemenangan dari Federico Chiesa ketika perlawanan berbaki 17 minit dan gol ini kekal hingga tamat perlawanan.

Juventus meraih gelaran ke-14 dalam 20 perlawanan akhir Copa Italia yang pernah mereka lalui.

Gianluigi Buffon mencatatkan rekod unik dan luar biasa. Di mana beliau menjuarai Coppa Italia dengan seorang lagi generasi Chiesa dalam kariernya yang panjang.

Kali ini Buffon menang bersama generasi kedua Chiesa iaitu Federico Chiesa selepas menjuarainya dengan sang ayah dahulu iaitu Enrico Chiesa.

Buffon menjuarai Coppa Italia bersama dengan Enrico Chiesa pada 1999, di mana ketika itu Federico Chiesa baru berusia setahun ataupun masih bayi.

Ketika itu juga, Buffon masih beraksi bersama dengan skuad legenda Parma yang dianggap antara yang terbaik dalam sejarah Itali.

Atalanta:95 Gollini, 2 Toloi, 6 Palomino, 17 Romero, 33 Hateboer, 15 De Roon, 11 Freuler, 8 Gosens, 32 Pessina, 18 Malinovskyi, 91 Zapata

Subs: 3 Maehle, 4 Sutalo, 7 Lammers, 9 Muriel, 13 Caldara, 19 Djimsiti, 31 Rossi, 40 Ruggeri, 57 Sportiello, 59 Miranchuk, 72 Ilicic, 88 Pasalicic

Juventus: 77 Buffon, 16 Cuadrado, 4 De Ligt, 3 Chiellini, 13 Danilo, 14 McKennie, 30 Bentancur, 25 Rabiot, 22 Chiesa, 44 Kulusevski, 7 Ronaldo

Subs: 1 Szczesny, 31 Pinsoglio, 19 Bonucci, 28 Demiral, 38 Frabotta, 5 Arthur, 8 Ramsey, 33 Bernardeschi, 9 Morata, 10 Dybala

BACA:Β  Massimiliano Allegri Mengamuk Maki Hamun Pemainnya Sendiri