Courtois Bagi La Liga Amaran: ‘Jangan Bagi Barcelona Piala, Sebab Real Madrid Lagi Bagus Daripada Mereka’

Thiabut Courtois ternyata membuat satu kenyataan yang sukar diterima akal seorang manusia normal. Di mana dia menyatakan, jika La Liga ditamatkan awal pada musim ini, beliau tidak setuju kalai Barcelona yang ditabalkan juara.

Hal ini kerana menurut Courtois, Real Madrid lebih baik daripada Barcelona, walaupun pada kedudukan carta Liga, Barcelona adalah lebih baik.

Tetapi Courtois menyatakan: “Kami ketinggalan hanya dua mata di belakang Barcelona, ​​jadi masih ada banyak kemungkinan kami boleh menjadi juara,” kata Courtois dalam wawancara di laman webnya. Adalah malang jika musim dibatalkan.”

“Sekiranya mereka memutuskan untuk menghentikan pertandingan ini dan memtuskan Barcelona dinobatkan sebagai juara, saya tidak akan rasa itu perkara yang betul.”

“Mereka seri sekali menentang kami dan kalah sekali, jadi kami menunjukkan kepada mereka bahawa kami adalah pasukan yang lebih bagus daripada mereka.”

“Kami ketinggalan dua mata sahaja daripada mereka, tetapi saya tidak akan bersetuju dengan itu.”

“Di England, saya dapat memahami jika Liverpool menjadi juara.”

“Saya tidak tahu berapa banyak mata mereka di hadapan sekarang ini.  Saya mahu menamatkan musim ini. Saya rasa kejuaraan harus ditentukan berdasarkan semua perlawanan yang harus dimainkan.”

“Baki 11 perlawanan terlalu awal untuk menentukan juara. ”

Pemain Madrid akan kembali ke tempat latihan Valdebebas pada hari Rabu pagi untuk menjalani ujian untuk kesihatan, dengan tujuan untuk kembali menjalani latihan pada hari Isnin depan setelah kakitangan perubatan kelab mendapat keputusan ujian.

Minggu ini, fasiliti di pusat latihan tersebut telah didesinfeksi dan disiapkan untuk digunakan. Ia bagi mematuhi protokol yang ditetapkan oleh kerajaan Sepanyol.

“Saya rasa kita harus bermain, tetapi tentu saja kita harus mempertimbangkan keselamatan kita,” tambah Courtois.

“Kami harus memastikan keadaan 100% selamat sebelum kami akan boleh bermain lagi, kerana gejala penyakit ini sangat sukar dikenalpasti.”

“Anda harus berhati-hati dengan siapa anda bersentuhan. Apa yang berlaku apabila ada pemain yang dijangkiti di pasukan lain? Tetapi tentu saja saya ingin menghabiskan musim ini.”

Sejak menyertai Real Madrid, Courtois agak goyah pada awal penyertaan beliau. Namun musim ini Courtois dilihat sudah bangkit daripada kehambaran prestasinya.

Beliau antara pemain Real Madrid yang menyerlah musim ini. Real Madrid yang melantik semula Zinedine Zidane, masih berusaha menamatkan dominasi Barcelona dalam La Liga.

Jadi, jika menurut logik Courtois ini, Watford berhak menjadi juara liga di England jika liga ditamatkan awal kerana mereka menang ke atas Liverpool.

BACA:  Courtois: Saya Tak Kata Real Madrid Berhak Juara, Tetapi Barcelona Yang Tak Berhak Juara