Courtois: Bale Tak Pandai Bergaul Dengan Rakan Sepasukan

Penjaga gol Real Madrid, Thibout Courtois mengkritik Gareth Bale kerana gagal menyesuaikan diri dengan gaya hidup orang Sepanyol walaupun telah lama berada di sana.

Courtois turut mendedahkan Bale mempunyai nama gelaran beliau sendiri dalam kalangan pemain Real Madrid. Bale mendapat gelaran ‘pemain gol’ kerana gemar menghabiskan masa terluang di lapangan golf.

Dah 6 tahun duduk kt Sepanyol tapi masih gagap bertutur dalam bahasa Sepanyol

Terbaru, Courtois mendedahkan Bale menolak pelawaan rakan sepasukannya untuk menikmati makan malam bersama di sebuah restoran kerana ingin tidur awal.

Bale dilaporkan sering menghabiskan masa bermain golf dan berterusan dikaitkan dengan kepulangan ke England untuk menyertai pasukan dalam Liga Perdana Inggeris.

Dalam satu temu ramah bersama akhbar dari Belgium HLN, Courtois telah ditanya mengenai nama panggilan Bale dalam kalangan pemain Real Madrid.

“‘The Golfer’. Amat susah untuk menggambarkan Gareth Bale dalam satu perkataan sahaja.”

Bale kena ikut gaya hidup orang Sepanyol kalau mahu mempamerkan potensi sebenarnya

“Saya boleh cakap beliau mempunyai bakat yang amat besar, tetapi sayangnya bakat Bale sering kali tersekat dari menyinar.”

Tambah Courtois lagi, beliau lebih suka jika Bale mengikut gaya hidup orang Sepanyol demi kepentingan skuad.

“Saya menjalani kehidupan seperti seorang yang dilahirkan dan dibesarkan di Madrid. Saya makan malam lewat, saya tidur lewat… ini memang gaya hidup orang di sini.”

“Tempoh hari kami ada menganjurkan satu makan malam bersama seluruh skuad.”

“Tetapi Bale dan Kroos tidak hadir. Mereka merasakan makan malam itu terlalu lewat pada malam tersebut.”

“Kami sudah mengatur untuk berada di restoran sekitar pukul 9.30 pm. Dan mula menjamah makanan sekitar pukul 10.15 pm dan pada tengah malam pula kami menikmati kopi bersama.”

“Masing-masing masuk tidur sekitar pukul 1 pagi. Setiap pagi kami menjalani latihan pada pukul 11 pagi. Saya rasa ia adalah masa yang cukup sempurna.”

“Tetapi Bale beritahu kami, ‘Saya tidak akan menyertai anda semua. Saya masuk tidur pukul 11 malam’.”

Untuk rekod, makan malam pasukan itu dianjurkan oleh kapten pasukan, Sergio Ramos bertujuan untuk menaikkan moral pasukan selepas mengharungi permulaan musim yang mengecewakan.

Namun begitu, Los Blancos dilihat mula mendapat rentak sejak kebelakangan ini apabila berjaya mencatatkan 5 kemenangan dari 6 perlawanan terakhir mereka.

Makan malam anjuran Sergio Ramos untuk rakan sepasukannya

Selain Bale, penjaga gol Keylar Navas dan Toni Kroos  antara pemain senior yang tidak hadir dalam majlis makan malam tersebut.

Courtois bukan satu-satunya pemain yang mengkritik Bale. Sebelum ini, bek kiri Marcelo mendedahkan Bale tidak pandai untuk bertutur dalam bahasa Sepanyol walaupun sudah tinggal di Sepanyol selama 6 tahun.

“Bale tidak boleh bertutur dalam bahasa Sepanyol kerana beliau hanya bercakap dalam bahasa Inggeris sahaja. Kami berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat.”

BACA:  Legenda Real Madrid Umum Mahu Tinggalkan Kelab