Courtois Telah Membuat Kesilapan Memalukan Selepas Sedap Mengutuk Pickford

Penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois telah melakukan satu kesilapan yang memalukan dan hampir mencapai tahap Karius selepas sedap mulutnya mengutuk penjaga gol England, Jordan Pickford.

Kutukan Courtois itu hadir selepas pertemuan terakhir peringkat kumpulan antara Belgium dan England di mana Jordan Pickford telah menggunakan teknik aneh ketika cuba meneyelamatkan bola Adnan Januzaj.

Gol cantik dari Januzaj itu merupakan gol kemenangan Belgium sekaligus muncul juara kumpulan dalam perlawanan yang kedua-dua pasukan tidak mahu menjaringkan gol.

Tindakan penjaga Everton itu terbang dalam cubaan menyelamat Pickford dikatakan menggunakan sebelah tangan yang salah.

Maka timbul perdebatan kerana ada yang mengatakan tindakan Pickford itu betul dan ada yang mengatakan ianya salah.

Courtois tidak terkecuali untuk melontar pandangan dengan nada yang angkuh.

“Pickford lebih rendah 10cm berbanding aku. Kalau aku sudah mampu untuk menangkap.”

“Pickford terlalu sibuk melemparkan kakinya ke udara.

Ketika perlawanan menentang Jepun, Courtois telah melakukan satu kesilapan yang memalukan dan mujurlah tidak menghasilkan gol.

Sudah pasti selepas sedap mengata penjaga gol lain, perkara ini menjadi satu kemaluan yang besar dan bengkak.

Jepun hampir mengejutkan Belgium apabila medahului 2-0 selepas 10 minit separuh masa kedua. Namun Fellaini yang masuk dari bangku simpanan berjaya membawa perubahan dan arus kebangkitan.

Belgium memperoleh gol kemenangan pada minit ke-90+4 hasil serangan balas pantas melalui satu gerakan menarik. Belgium berjaya bangkit dari ketinggalan dua gol untuk mara ke suku akhir.

Baca Juga

Baca Juga