Cristiano Ronaldo Akan Berhijrah Jika Real Madrid Membeli Dua Pemain Baru Ini

Penyerang Real Madrid dikatakan akan meninggalkan kelab ibu kota Sepanyol tersebut, jika pihak pengurusan kelab masih berterusan berusaha untuk membawa dua pemain baru di bahagian serangan ke Santiago Bernabeu.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Diorio Gol, presiden Real Madrid, Florentino Perez merancang mahu berbelanja besar pada musim panas nanti untuk membawa muka baharu ke Madrid, dengan Ronaldo kini sedang menginjak ke usia senja, di samping Gareth Bale mempamerkan prestasi yang tidak menentu.

Bale kini semakin malap selepas kembali daripada kecederaan.

Real Madrid dikatakan sedia untuk mengeluarkan wang sebanyak £100 juta (RM551 juta) untuk membawa pemain terbaik Chelsea ketika ini, Eden Hazard, dan sekiranya perpindahan ini menjadi kenyataan, Hazard bakal menjadi pemain termahal di dunia.

Hazard mampu menambah ketajaman Real Madrid

Hazard kini berusia 26 tahun, enam tahun lebih muda daripada Ronaldo, dan usianya hari ini boleh dikategorikan sebagai usia matang dan zaman kemuncak bagi pemain bola sepak.

Selain Hazard, penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann juga menjadi sasaran Real Madrid, walaubagaimanapun, Griezmann telah menyatakan terlebih dahulu dia tidak akan menyertai kelab seteru sebandar Atleti tersebut.

Hello, Mourinho ke tu?

Selain Real Madrid, kelab England, Manchester United turut menunjukkan minat untuk membawa Griezmann ke Old Trafford.

Selain dua pemain ini, Real Madrid juga sedang mengintai peluang untuk mendapatkan pemain AS Monaco, Bernardo Silva. Pemain tengah menyerang berbangsa Portugis tersebut dilihat sebagai bintang masa depan memandangkan usianya yang baru sahaja mencecah 22 tahun.

Bernardo Silva – pemain muda yang lincah dan culas.

Namun Monaco tidak akan melepaskan pemain ini dengan harga yang murah memandangkan beberapa lagi kelab besar sedang menilai perkembangan pemain ini, antaranya ialah Chelsea, Bayern Munich dan Manchester City. Selain tiga kelab besar ini, Liverpool juga dikatakan turut berminat dengan Silva.

Kontrak Ronaldo bersama Real hanya akan tamat dalam tempoh empat tahun lagi, dan jika dia meninggalkan Les Merengues, Manchester United dikatakan berminat untuk membawa pemain ini kembali, dan mungkin memecahkan rekod pembelian Pogba.

Sumber berita : 90min

Baca Juga

Baca Juga