Cristiano Ronaldo Berdepan Hukuman Gantung 12 Perlawanan

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo berdepan kemungkinan dihukum gantung 12 perlawanan kerana melepaskan amarahnya selepas dilayangkan kad merah dengan menolak pengadil dalam perlawanan menentang Barcelona semalam.

Dalam perlawanan tersebut, Ronaldo telah menjaringkan gol kedua Real Madrid menerusi satu rembatan ke penjuru gol Barcelona.

Ronaldo membuka bajunya dan meniru gaya Leo Messi ketika meraikan jaringan sekaligus menyebabkannya dilayangkan kad kuning pertama.

Ketika perlawanan memasuki minit ke 81, Ronaldo mengejar lorongan cantik Marco Asensio dan menuju ke dalam kotak penalti.

Ketika Ronaldo cuba mengawal bola, dia ditolak sedikit pertahanan Barcelona, Umtiti dan menyebabkannya tersungkur memakan tanah.

Pengadil perlawanan mendakwa Ronaldo sengaja menjatuhkan badan untuk mendapatkan tendangan penalti lalu melayangkan kad kuning kedua kepada Ronaldo, sekaligus menyebabkannya diarahkan keluar padang.

Ronaldo yang tidak berpuas hati bertindak menolak belakang pengadil dengan tangan kanannya, dan menyebabkan pengadil memberikan jelingan tajam terhadap kapten Portugal ini.

Menurut Artikel 96 federasi bola sepak Sepanyol, mana-mana pemain yang menolak, menarik atau menggoncang pengadil dengan unsur keganasan berdepan penggantungan empat ke 12 perlawanan.

Nasib baik Ronaldo tak main Piala AFC, kalau tak mesti dia kena gantung 12 bulan.

Sumber berita : Dream Team

Baca Juga

Baca Juga