Ronaldo Catat Sejarah Muncul Penjaring Kedua Terbanyak Di Peringkat Antarabangsa

Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo mencipta satu lagi sejarah apabila gol jaringannya pada minit ke-4 menentang Morocco meletakkan beliau sebagai penjaring kedua terbanyak di peringkat antarabangsa sepanjang sejarah.

Bintang sensasi Real Madrid ini hanya berada di belakang legenda Iran, Ali Daei dalam senarai pemain yang paling banyak menjaringkan gol untuk negara di peringkat antarabangsa.

Cristiano Ronaldo memecahkan rekod demi rekod disaat Lionel Messi bergelut untuk menjaringkan sepakan penalti. Ronaldo for Ballon d’Or 2018

Dalam perlawanan kedua dalam kumpulan B, Ronaldo hanya mengambil masa 4 minit untuk menemui jaring menerusi tandukan hasil sepakan penjuru.

Gol tersebut meletakkan Ronaldo sebagai pemain Eropah paling banyak menjaringkan gol di peringkat antarabangsa yang mana gol tersebut merupakan gol ke-85 beliau bersama Portugal.

Walau bagaimanapun, pemain berusia 33 tahun itu masih perlu bekerja keras jika beliau mahu mengejar rekod yang dipegang Ali Daei yang memiliki 109 gol di peringkat antarabangsa.

Sebelum ini, Ronaldo mempamerkan prestasi yang menakjubkan untuk menjaringkan hatrik ketika Portugal seri 3-3 menentang Sepanyol dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia.

Asia untuk Asia. Ali Daei merupakan pemegang rekod dunia bagi jaringan tertinggi di peringkat antarabangsa dengan 109 gol. Ronaldo perlu terus beraksi untuk Portugal sekiranya mahu mengejar rekod Ali Daei

Gol jaringan Ronaldo ketika menentang Morocco meletakkan beliau di hadapan legenda Hungary, Ferenc Puskas yang memiliki 84 gol.

Ronaldo juga muncul pemain pertama sejak Jose Torres pada tahun 1966 untuk menjaringkan hatrik ‘sempurna’ menerusi kaki kanan, kaki kiri, dan kepala dalam kejohanan Piala Dunia.

Bekas pemain Sporting CP dan Manchester United ini sering bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaik beliau di Piala Dunia tetapi pada edisi kali ini, segalanya berubah dan Ronaldo kini berada pada landasan terbaik untuk muncul pemenang kasut emas Piala Dunia bagi edisi kali ini.

Ronaldo sedang memimpin senarai penjaring gol di Piala Dunia 2018 dengan kutipan 4 gol selepas dua perlawanan.

Beliau menjaringkan gol pertamanya di peringkat antarabangsa pada tahun 2004 ketika Portugal tumpas 2-1 di tangan Greece dalam Kejohanan Eropah (EURO 2004).

Bagaimanakah Ronaldo menjaringkan  gol antarabangsanya?

1. Home – Ronaldo telah menjaringkan 39 gol di tempat sendiri

2. Away – Di tempat lawan pula Ronaldo mencatatkan 30 gol

3. Kejohanan Dunia – Ronaldo telah mencatatkan 16 gol di kejohanan dunia seperti EURO dan Piala Dunia(7 gol) serta AFC Cup. Empat gol adalah di Piala Dunia 2018.

4. Ronaldo telah menjaringkan gol dalam 58 perlawanan bersama Portugal dan Portugal menang 49 daripada 58 perlawanan tersebut, seri 4 kali dan kalah 5 kali.

5. Ronaldo telah mencatatkan 4 gol sekali, hatrik sebanyak 5 kali, 2 gol sebanyak 14 kali dan selebihnya satu gol sebanyak 38 kali.

6. Ronaldo telah menjaringkan gol menentang 35 lawan berbeza, namun hingga kini gagal untuk menjaringkan gol menentang Perancis, Jerman dan England. Sebelum ini Sepanyol dalam senarai tapi Ronaldo telah memecahkan telur dengan hatrik.

Senarai Penjaring Sepanjang Zaman Dunia di Peringkat Antarabangsa

1. Ali Daei (Iran) – 109 gol, 149 penampilan.

2. Cristiano Ronaldo (Portugal) – 85 gol, 152 penampilan.

3. Ferenc Puskás (Hungary) – 84 gol, 89 penampilan.

4. Kunishige Kamamoto (Japan) – 80 gol, 84 penampilan.

5. Godfrey Chitalu (Zambia) – 79 gol, 111 penampilan.

6. Hussein Saeed (Iraq) – 78 gol, 137 penampilan.

7. Pelé (Brazil) – 77 gol, 92 penampilan.

8. Bashar Abdullah (Kuwait) – 75 gol, 133 penampilan.

9. Kinnah Phiri (Malawi) – 71 gol, 115 penampilan.

9. Majed Abdullah (Saudi Arabia) – 71 gol, 116 penampilan.

9. Kiatisuk Senamuang (Thailand) – 71 gol, 134 penampilan.

9. Miroslav Klose (Germany) – 71 gol, 137 penampilan.

Senarai Penjaring Sepanjang Zaman Eropah di Peringkat Antarabangsa

1. Cristiano Ronaldo (Portugal) – 85 gol, 152 penampilan.

2. Ferenc Puskás (Hungary & Spain) – 84 gol, 89 penampilan.

3. Sándor Kocsis (Hungary) – 75 gol, 68 penampilan.

4. Miroslav Klose (Germany) – 71 gol, 137 penampilan.

5. Gerd Müller (West Germany) – 68 gol, 62 penampilan.

6. Robbie Keane (Republic of Ireland) – 68 gol, 146 penampilan.

7. Zlatan Ibrahimović (Sweden) – 62 gol, 116 penampilan.

8. Imre Schlosser (Hungary) – 59 gol, 68 penampilan.

8. David Villa (Spain) – 59 gol, 98 penampilan.

9. Jan Koller (Czech Republic) – 55 gol, 91 penampilan.

9. Joachim Streich (East Germany) – 55 gol, 102 penampilan.

10. Wayne Rooney (England) – 53 gol, 119 penampilan.

11. Poul Nielsen (Denmark) – 52 gol, 38 penampilan.

12. Edin Džeko (Bosnia and Herzegovina) – 52 gol, 89 penampilan.

12. Jon Dahl Tomasson (Denmark) – 52 gol, 112 penampilan.

13. Thierry Henry (France) – 51 gol, 123 penampilan.

13. Robert Lewandowski (Poland) – 51 gol, 91 penampilan.

13. Hakan Sükür (Turkey) – 51 gol, 112 penampilan.

13. Lajos Tichy (Hungary) – 51 gol, 72 penampilan.

14. Robin van Persie (Netherlands) – 50 gol, 102 penampilan.

Statistik Jaringan Antarabangsa Ronaldo

Berikut merupakan statistik jaringan antarabangsa dan cap Ronaldo mengikut tahun, pertandingan dan lawan yang menjadi mangsa.

Padu dan power bukan?

Senarai Lengkap 85 Gol

Senarai lengkap gol dijaringkan Ronaldo mengikut tarikh, tempat, lawan dan keputusan perlawanan.

Ronaldo menjaringkan gol pertama bersama Portugal pada 12 Jun 2004 ketika menentang Greece.

Sumber : Wikipedia

Sebab malas nak cari gambar baru senarai 4 gol di Piala Dunia 2018 tiada dalam senarai di atas.

BACA:  Man Utd Goyang Memikirkan 'Badi' Ronaldo Bertemu Chelsea