Cristiano Ronaldo dan Manchester United Sah Bercerai

Jodoh antara Manchester United dan Cristiano Ronaldo akhirnya telah menemui titik noktahnya apabila sah bercerai selepas terjadinya beberapa siri pendedahan dalam kain yang dilakukan oleh pemain bintang Portugal.

Penceraian merupakan satu-satunya jalan kepada kemelut Ronaldo-United ini dan penceraian secara beradat lagi beradab menjadi pilihan yang berkuatkuasa serta merta.

Cristiano Ronaldo langsung tidak menjaga aib pasangannya itu apabila mendededahkan sisi buruk fasiliti yang ada di Old Trafford serta menuduh Erik Ten Hag tidak menghormatinya.

Manchester United pula hanya membuat kenyataa media rasmi secara ringkas sahaja di mana kelab akan memberikan maklum balas selepas fakta-fakta berjaya dikumpul.

Menjelang perlawanan pembukaan pertama Portugal di kumpulan H menentang Ghana, Manchester United akhirnya secara rasmi mengesahkan hala tuju hubungannya bersama Ronaldo.

Melalui laman sesawang rasmi yang berkuatkuasa serta merta, Manchester United mengumumkan berita ini atas persetujuan bersama:

“Cristiano Ronaldo akan meninggalkan Manchester United dengan persetujuan bersama, berkuat kuasa serta-merta.”
..
“Kelab itu mengucapkan terima kasih atas sumbangan besarnya dalam dua musim di Old Trafford, menjaringkan 145 gol dalam 346 penampilan, dan mendoakan kesejahteraan dia dan keluarganya untuk masa depan.”
..
“Semua orang di Manchester United kekal fokus untuk meneruskan kemajuan pasukan di bawah Erik ten Hag dan bekerjasama untuk memberikan kejayaan di atas padang.”

Cristiano Ronaldo juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini dan tidak lekang menyebut sayangkan Manchester United.

“Berikutan perbincangan dengan Manchester United, kami telah bersetuju untuk menamatkan kontrak kami.
..
Saya sayang Manchester United dan saya suka peminat, itu tidak akan pernah berubah.
..
Rasanya masa yang sesuai untuk mencari cabaran baru.
..
Saya mendoakan yang terbaik buat Man Utd.”

Akhirnya tamatlah riwayat kesan degil.

Ronaldo Kehilangan RM81 juta (£15 juta)

Gara-gara temuramah penuh kontroversi yang mencela Manchester United bersama Piers Morgan, Cristiano Ronaldo telah ditamatkan kontarak kehilangan dan rugi RM81 juta (£15 juta) dari pendapatannya.

Ronaldo mengambil bahagian dalam temu bual selama 90 minit dengan Piers Morgan, yang disiarkan sepenuhnya dalam rancangan Morgan ‘Piers Uncensored’ di TalkTV.

Adalah adil untuk mengatakan bahawa ia telah menjadi salah satu wawancara bola sepak paling kontroversi dalam ingatan, dengan Ronaldo menghentam Glazers, kemudahan kelab, pelantikan Ralf Rangnick, Erik Ten Hag dan juga Wayne Rooney serta Gary Neville.

Tetapi kutukan tersedap yang mungkin menyebabkan Ronaldo keluar dari Old Trafford dengan lebih cepat adalah terhadap bos Red Devils, Erik ten Hag.

Sudah menjadi lumrah buat pemain bola sepak apabila sudah berpatah arang dengan pengurus kelab maka tamatlah riwayat pemain di kelab tersebut.

Apabila keranda dibawa, barulah bercucuran air mata.

Dan menurut ESPN, sebelum ini Ten Hag telah menasihatkan ketua operasi United bahawa Ronaldo tidak sepatutnya bermain untuk Manchester United lagi.

Pengurus berusia 52 tahun itu mengadakan pertemuan dengan pengerusi bersama Joel Glazer, ketua eksekutif Richard Arnold dan pengarah bola sepak John Murtough.

Kesepakatan untuk menendang Ronalo keluar sudah dicapai kurang seminggu selepas kontroversi tercetus namun tindakan yang bakal diambil perlu diperhalusi terutamanya dari segi undang-undang.

Dan kini persetujuan bersama telah dicapai antara mereka dengan serta merta dan penjimatan besar dirasai Manchester United dan kerugian besar buat Ronaldo.

Menurut Daily Express, Ronaldo menerima bayaran sekitar £500,000 seminggu di kelab itu, bermakna United boleh menjimatkan kira-kira RM81 juta atau £15 juta dengan melepaskan Ronaldo.

BACA:  Video: Cristiano Ronaldo Pernah Jadi Guru Lingard Ketika Kanak-kanak