Cristiano Ronaldo Dan Ronaldo Nazario Siapa Lebih hebat?

Dua pemain terhebat dalam sejarah bola sepak dunia dengan berkongsi nama ‘Ronaldo’ tetapi terdapat banyak pendapat berbeza mengenai mereka berdua.

Sebelum ini hampir kesemua orang sentiasa perdebatkan siapa lebih hebat antara Messi dan Cristiano Ronaldo.

Tetapi hari ini, Christian Vieri Mengajak semua untuk berdebat tentang Cristiano Ronaldo dengan Ronaldo Nazario.

Menurut Vieri, Ronaldo Nazario lebih hebat berbanding Cristiano Ronaldo walaupun pemain kebangsaan Portugal itu telah memenangi lima gelaran Ballon d’or dan telah menjaringkan lebih 700 gol dalam kariernya.

Vieri pernah beraksi bersama Ronaldo ketika di Inter Milan di mana ‘O Fenomeno’ berjaya menjaringkan 59 gol dari 99 perlawanan untuk Inter.

Ronaldo turut memenangi gelaran Ballon d’or keduanya ketika bersama Inter. Namun kerana masalah kecederaan yang berpanjangan ianya merencatkan sedikit karier beliau disana.

“Saya adalah kawan kepada Ronaldo dan saya sangat bertuah kerana pernah beraksi bersamanya dahulu.”

Jelas Vieri kepada Daily Mail.

“Dia ada segalanya, dia sangat mengagumkan, hebat dan laju. Dia juga nampak macam seorang penari, dia seolah menari dengan bola.”

“Jadi dengan jelas saya katakan bahawa Ronaldo lebih hebat dari Cristiano Ronaldo.”

“CR7 adalah mesin perang, dia sangat di kagumi untuk setiap apa yang dia lalukan dan setiap hal yang beliau ulangi. Cristiano boleh bermain bola sehingga berusia 40 tahun dengan meletakkan rokok dibibirnya. Menurut mereka di Itali, tubuh Cristiano seperti patung.”

Pemenang Ballon d’or tahun 2007, Kaka pernah beraksi dengan kedua-dua Ronaldo sepanjang kariernya dan beliau turut menganggap bahawa R9 lebih baik berbanding CR7.

“Brazilian Ronaldo adalah pemain terbaik yang pernah saya beraksi bersama. Setiap perkara yang dia lakukan atas padang sungguh menakjubkan.”

“Ronaldo memang yang terbaik pernah beraksi bersama saya, tetapi apa yang dicapai oleh Cristiano Ronaldo sungguh luar biasa.”

Jelas Kaka kepada SPORTbible.

“Apa yang paling saya tidak boleh lupakan tentang Cristiano adalah cara bagaimana dia boleh motivasi diri sendiri selepas semua kejayaan yang telah dia capai.”

Mereka berdua adalah pemain terbaik dunia sepanjang zaman. Kedua-dua mereka tidak pernah bertemu satu sama lain dalam mana-mana perlawanan rasmi.

Mereka berdua hanya pernah bertemu sekali sahaja dalam perlawanan amal anjuran Luis Figo, rakan sepasukan mereka ketika karier cemerlangnya sekitar tahun 2005.

Perlawanan itu telah diadakan di Algarve stadium di Portugal dihadapan 25,000 penyokong.

Tujuan perlawanan amal itu diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi tabung kebajikan badan amal milik Luis Figo dan rumah kebajikan Ronald Mcdonald.

R9 beraksi bersama Figo dibawah pengurusan penguru Sir Bobby Robson. Beliau adalah pengurus pasukan Barcelona ketika zaman Ronaldo beraksi di sana.

Ronaldo Nazario ternyata lebih bersinar dalam perlawanan itu apabila membantu pasukannya memenangi perlawanan 2-1 dan kedua-dua gol itu adalah jaringan dari beliau.

Walau apa pun sebenarnya kedua-dua mereka adalah yang terbaik di dunia cuma mereka beraksi di era yang berbeza.

BACA:  Aksi Gerak Kaki Lincah Ronaldo Original Tular