Cristiano Ronaldo Dedahkan Sebab Kenapa Beliau Meninggalkan Manchester United

Hari yang tidak akan dilupakan oleh Cristiano Ronaldo dan peminat Manchester United, tanggal 11 Jun 2009 kelab Setan Merah telah menerima bidaan yang memecahkan rekod dunia pada ketika itu dari Real Madrid yang bernilai £80 juta.

Selepas berkhidmat selama 6 tahun di Old Trafford, Ronaldo menyertai Los Blancos. Bersama Manchester United Ronaldo telah menjulang kejuaraan Premier League dan Champions League. Untuk rekod beliau telah menjaringkan 118 gol dalam 292 penampilan.

“Bila aku masuk Manchester United, itulah satu kebanggaan yang besar bagi aku. Tapi aku fikir aku ke Manchester lebih kerana keluarga.

Ronaldo menjalani fasa pembangunan seorang pemain dengan jayanya bersama United untuk menjadi pemain terbaik dunia. Sembilan tahun kemudian bersama Real Madrid di usia 33 tahun sekarang, Ronaldo telah mempunyai 5 Ballon d’Or dan pelbagai gelaran serta rekod dipecahkan.

“Pada permulaan, menjulang piala sangat mengujakan bagi aku, aku masih ingat aku menang kejuaraan pertama dengan Manchester United. Emosi menghantui diriku.

“Begitu jugak ketika aku pertama kali menang Bola Emas. Tapi impian aku menjadi semakin besar.” Ujar Ronaldo

Setelah hampir 9 tahun berhijrah Ronaldo telah mendedahkan kenapa beliau meninggalkan United. Ramai yang tidak pasti sebab utama Ronaldo ke Bernabeu pada 2009 kerana hanya mati itu pasti.

Segalanya terjawab selepas Ronaldo mendedahkan sebab perpindahannya dalam temuramah bersama bekas rakan sepasukannya Rio Ferdinand.

“Dalam kepala aku asyik duk fikir dan mengatakan aku mahu pergi ke sana untuk menunjukkan keupayaan aku, untuk membuktikan aku pemain yang berbeza dan itulah yang aku lakukan.” Jelas Ronaldo kepada Ferdinand.

“Aku tiba di Real Madrid dan aku mengharungi musim pertama yang penuh menakjubkan. Kemudian aku terus meningkat dan power setiap musim.”

“Aku mahu menang piala dengan Madrid, pecahkan semua rekod dan menjadi Lagenda kelab.”

Apa yang diimpikan oleh Ronaldo telah tercapai walaupun kini beliau masih beraksi bersama Real Madrid. Pelbagai trofi telah dijulang dan bertimbun-timbun rekod telah dipecahkan.

Berstatus Legend walaupun masih beraksi.

Baca Juga

Baca Juga