Cristiano Ronaldo Dedahkan Siapa Lawan Paling Sukar Dihadapi Dan Pemain Paling Dikagumi

Cristiano Ronaldo dalam satu temuramah bersama Coach Mag telah mendedahkan beberapa perkara yang membantu dan memberi inspirasi untuk mencapai ke tahap yang beliau ada sekarang.

Dalam temuramah tersebut Ronaldo juga menjawab beberapa soalan seperti siapa pemain lawan yang paling sukar beliau hadapi? Siapa pemain yang beliau kagumi dan sayangi?

Pengurus mana yang memberi kesan yang power kepada kariernya?

Pasal Messi dan haters pun ado korang baca la sendiri kat bawah ni.

Hero Semasa Zaman Remaja?

Semasa zaman remaja pemain Portugal seperti Figo dan Rui Costa yang saya selalu tengok dan perhatikan bagaimana mereka beraksi di tahap tertinggi.

Saya tahu dan mahu untuk bermain ke tahap itu.

Cuba teka mana satu Figo?

Bagaimana Ibu Bapa Anda Membantu Anda Memulakan Karier Bolasepak?

Ibubapa saya membenarkan saya meninggalkan Madeira pada usia 12 tahun untuk menyertai Sporting Lisbon. Saya masih ingat mereka menangis, tetapi selepas mempunyai anak baru saya faham betapa sukar bagi mereka untuk membenarkan saya pergi.

Mereka membuat keputusan yang betul untuk karier saya, tetapi keputusan itu bukan sesuatu yang mudah untuk mereka.

Muda dan suci

Siapa Yang Sentiasa Memberi Sokongan Sepanjang Karier Anda?

Mak saya sentiasa menyokong saya tanpa berbelah bahagi.

Siapa Yang Berusaha Keras Membantu Semasa Permulaan Kerjaya Anda?

Aurelio Pereira (Ketua scout di Sporting Lisbon – Orang yang menemui bakat Ronaldo) merupakan orang yang paling penting dalam hidup saya semasa awal remaja. Beliau percayakan saya dan beliau merupakan seorang yang istimewa.

Apa Yang Anda Rasa Dan belajar Tentang Diri Sendiri SemaSa Perlawanan Akhir EURO 2016?

Saya tahu saya tidak dapat menyumbang apa-apa dalam perlawanan yang berlangsung di padang (selepas dikeluarkan pada minit 25 kerana kecederaan) tetapi saya boleh memainkan peranan yang besar.

Saya memberi ucapan semasa separuh masa pertaman dan dari tepi padang saya memberi arahan dan sokong yang tidak berbelah bagi lagi. Bolasepak bukan sahaja melibatkan 11 pemain di padang tetapi bolasepak lebih dari itu.

Apakah Ibrah atau Pengajaran Paling Penting Yang Anda Dapat Dari Bolasepak?

Untuk menggunakan orang yang negatif dan pengalaman untuk memotivasi diri. Sebenarnya saya memerlukan mereka yang membenci saya (HATERS).

Mereka telah membantu saya mencapai apa yang saya ada sekarang.

Pengurus/Jurulatih Manakah Memberi Kesan Hebat Kepada Anda?

Saya melihat Alex Ferguson ibarat seorang ayah. Semua jurulatih saya adalah penting tetapi semasa saya tiba di Madrid saya telah dewasa. Semasa tiba di Manchester United saya masih remaja dan masih bermain sabun.

Secara tiba-tiba anda berada di salah satu kelab terbesar di dunia dan pada masa itu saya perlukan seseorang seperti Sir Alex.

Jangan bermain sabun!

Pemain atau Pengurus Manakah Yang Bagus Dalam Menaikkan Semangat Pasukan Yang Tengah Lemau?

Zinedine Zidane adalah contoh terbaik. Kami tidak bermula baik tetapi selepas beliau masuk dan menjadi pemangkin kepada salah satu musim terbaik saya.

Kami beraksi dengan bagus di La Liga, menang Champions League dan kemudian saya menang Kejuaraan Eropah bersama Portugal.

Musim yang hebat bagi saya dan Real Madrid dan Jurulatih yang betul boleh memberi inspirasi yang sebegitu.

Zidane membawa sinar seperti kepalanya

Siapa Pemain Lawan Yang Paling Power Dan Sukar Pernah Anda Hadapi?

Beberapa tahun lepas saya berhadapan satu pertempuran yang hebat bersama Ashley Cole, Beliau tidak akan memberi anda peluang unutk bernafas walaupun sesaat.

Cole seorang pemain yang kental, laju dan keras dalam membuat terjahan. Semasa beliau berada di kemuncak prestasi anda akan tahu ia tidak akan menjadi perlawanan yang mudah.

Rahsia Cole untuk menjadi kental, laju dan keras

Siapa Pemain Lawan Yang Paling Anda Kagumi?

Saya dan Messi saling menghormati antara satu sama lain. Media suka membuat cerita tentang kami seolah-olah kami bersaing tetapi tidak.

Walaupu kami bukanlah kawan baik tetapi kami saling hormat menghormati.

Wenger pernah cuba ‘try’ Messi dan Ronaldo.

Siapa Rakan Sepasukan Anda Paling Pemurah?

Di kelab yang pernah saya bermain samada kelab atau pemain mereka mengambil serius dalam kerja kebajikan.

Kami mempunyai tanggungjawab untuk membantu, kami tahu betapa bertuahnya kami maka itu merupakan perkara yang perlu kami lakukan secara berterusan.

Rakan Sepasukan Yang Anda Mahu Berada Bersama Dalam Peperangan?

Pepe bukan kerana beliau pertahanan yang power tetapi Pepe akan sentiasa berjuang habis-habisan seleuruh jiwa dan raga.

Pepe seorang pejuang

Rakan atau Bekas Pengurus Yang Mempunyai Pemikiran Yang Mendalam Mengenai Bolasepak?

Saya beraksi di bawah banyak pengurus yang hebat tetapi Jose Mourinho seorang pemikir yang berfikir secara analytic.

Mourinho sentiasa memperhalusi semua perkara secara terperinci.

Baby shark doo doo doo..

Siapa Pengaruh Terbesar Dalam Karier?

SAYA!

Siapa Memberi Inspirasi Terbesar di Kalangan Rakan Di Kelab dan Negara?

Inspirasi terbesar selamanya adalah diri saya sendiri. Tiada siapa mampu meletakkan harapan yang tinggi kepada saya melainkan saya sendiri.

Saya kagumi Figo dan Rui Costa tetapi saya tidak mahu mencontohi orang lain. Saya sentiasa fokus untuk menjadi terbaik semampu yang boleh.

Inilah inspirasi Ronaldo

Siapa Pemain Malaysia Anda Kagumi?

Amri Yahyah sudah tentu! Amri memberi inspirasi kepada gaya saya untuk meraikan jaringan.

Facebook atau Instagram Siapa Yang Anda Selalu Ikuti?

The Sukan

————

Disclaimer :  Dua Soalan terakhir adalah rekaan dan angan-angan penulis semata-mata. Terima kasih.

Baca Juga

Baca Juga