Cristiano Ronaldo Digantung Lima Perlawanan

Penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo digantung lima perlawanan selepas dilayangkan kad merah dalam perlawanan Piala Super Sepanyol menentang Barcelona pada hari Ahad.

Kapten Portugal ini memulakan perlawanan dari bangku simpanan, tetapi masih sempat mewarnai perlawanan sekalipun sekadar berada di atas padang selama 24 minit.

Menurut BBC (Burnley Belasah Chelsea), Ronaldo digantung satu perlawanan kerana kad merah tersebut, dan lagi empat perlawanan selepas menolak pengadil kerana tidak berpuas hati dituduh menjatuhkan badan oleh pengadil.

Satu kenyataan daripada FA Sepanyol berbunyi :

“Digantung SATU PERLAWANAN – Cristiano Ronaldo – kerana menerima dua kad kuning dan diarahkan keluar padang; pertama kerana membuka baju ketika meraikan jaringan gol dan kedua untuk aksi lakonan, diikuti denda €350 buat kelab, dan €800 buat pemain, berdasarkan artikel 111.1h), 124,113.1 dan 52 oleh kod disiplin RFEF.

“Penggantungan empat perlawanan diberikan kepada pemain – Cristiano Ronaldo- kerana melanggar artikel 96 Kod Disiplin yang membawa kepada denda sebanyak €1400 kepada kelab dan €3005 kepada pemain.

“Rayuan boleh dibuat kepada Jawatankuasa Rayuan dalam tempoh 10 hari bekerja.”

Insiden kad merah tersebut sedikit mencemarkan malam cemerlang pemain Real Madrid mempermainkan Gerard Pique.

Ronaldo dilayangkan kad merah | Gambar : Squawka

Berikutan penggantungan ini, Ronaldo bakal terlepas perlawanan berikut :

Barcelona – Piala Super Sepanyol (Laman sendiri)

Deportivo – La Liga (Tempat lawan)

Valencia – La Liga(Laman sendiri)

Levante – La Liga(Tempat lawan)

Real Sociedad – La Liga(Laman sendiri)

Laju juga FA Sepanyol buat kerja, setaraf FAM dah.

Sumber berita : Squawka

Baca Juga

Baca Juga