Cristiano Ronaldo Hampir Menjaringkan Gol Tercantik Sepanjang Kariernya Ketika Bertemu Luxembourg

Portugal berpesta membelasah Luxembourg 5-0 ketika aksi kelayakan Piala Dunia pada awal pagi tadi, dengan Cristiano Ronaldo cemerlang mencatatkan hat-trick.

Skuad kendalian Fernando Santos cemerlang mencatatkan kemenangan 5-0 di halaman mereka sendiri, dengan Cristiano Ronaldo (3), Bruno Fernandes dan Joao Palhinha muncul sebagai penjaring gol.

Dua gol awal Portugal berjaya dijaringkan oleh Cristiano Ronaldo menerusi sepakan penalti, dengan bintang Manchester United itu meledak hat-trick yang ke-58 sepanjang kariernya pada minit ke-87 permainan.

Tiga gol jaringannya dalam perlawanan ini menjadikan Ronaldo kini sudah berjaya merekodkan 115 jaringan sepanjang kariernya di pentas antarabangsa.

Rekod pemain berusia 36 tahun itu bersama Portugal sungguh luar biasa menakjubkan dan bintang handalan Manchester United itu juga hampir saja menjaringkan gol yang cantik dalam perlawanan ini.

Beliau hampir saja menjaringkan gol yang boleh dianggap tercantik dan terhebat sepanjang kariernya yang sudah sememangnya luar biasa mengagumkan.

Pada minit ke-68 permainan, Ronaldo menerima bola hantaran silang ke dalam kotak penalti, dan beliau hampir saja menjaringkan gol dengan skill lipat gulung yang sungguh menakjubkan.

Beliau sudah berjaya melepaskan rembatan dengan skill lipat, dan bola rembatan pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu juga padu menuju ke arah gawang gol lawan.

Walau bagaimanapun, penjaga gol Luxembourg, Anthony Moris yang bermain untuk Union SG dalam saingan liga Belanda, berjaya untuk menyelamatkan bola rembatan Cristiano Ronaldo itu.

Moris melayangkan badan dan menepis keluar bola Ronaldo yang melepaskan rembatan dengan skill lipat yang sungguh dasyat.

Seandainya Moris gagal untuk menyelamatkan percubaan dari Ronaldo itu, gol tersebut jelas berpotensi untuk dinobatkan sebagai penerima anugerah Puskas.

Jelas sekali, seandainya bola tersebut masuk menerjah jaring gawang gol Luxembourg, ia akan jadi gol tercantik pernah dijaringkan oleh Ronaldo sepanjang kariernya.

Walau beliau gagal untuk menjaringkan gol dari gerakan yang menakjubkan itu, namun Ronaldo tentunya tetap berbangga dengan rekod yang beliau cipta.

Hat-trick yang beliau cipta ketika bertemu Luxembourg merupakan hat-trick yang ke-10 Ronaldo untuk skuad kebangsaan Portugal, dan ia merupakan rekod tertinggi yang berjaya dicipta oleh seorang pemain untuk negaranya.

Hari baru, rekod baru dan Ronaldo membuktikan di usia 36 tahun, masih banyak rekod yang mampu beliau cipta dan beliau juga tentunya akan sedaya upaya memastikan beliau bersara dengan meninggalkan rekod-rekod yang sangat membanggakan.

Beliau terus menerus memecahkan pelbagai rekod dan mencipta rekod baru baik di peringkat kelab mahupun negara.

Seandainya beliau berjaya membawa Portugal untuk menjuarai saingan Piala Dunia di Qatar tahun hadapan, tidak ada yang boleh menafikan lagi hak untuk Ronaldo dinobatkan sebagai pemain terhebat sepanjang zaman.

Kalau skill lipat tu menghasilkan gol, adakah ia akan jadi gol tercantik Ronaldo? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: GMS

BACA:  Bernardo Silva Dianggap Jauh Lebih Hebat Dari Cristiano Ronaldo Pada Ketika Ini