Cristiano Ronaldo Hampir Pasti Nikmati Gaji RM924 Juta Setahun Bersama Al Nassr

Pemain bola sepak sensasi dunia, Cristiano Ronaldo hampir pasti akan menikmati gaji setinggi RM924 Juta (£172.9 juta) setahun selepas dilaporkan hampir pasti bersetuju untuk mengikat kontrak bersama kelab Arab Saudi, Al Nassr.

Bukanlah satu rahsia atau khabar angin apabila Al Nassr dilaporkan berminat mendapatkan Ronaldo dan tawaran sudah dibuat dan hanya menunggu keputusan Ronaldo sahaja.

Ronaldo dan Manchester United sah bercerai di mana pemenang Ballon d’Or lima kali itu telah menamatkan kontraknya di Manchester United dengan persetujuan bersama.

Manchester United membuat keputusan untuk menyingkirkan No.7 mereka tanpa membayar sebarang pampasan susulan daripada wawancara kontroversinya bersama Piers Morgan di mana dia menyelar kelab dan pengurus Erik ten Hag.

Menurut laporan terkini Marca, Ronaldo kini dikhabarkan telah bersetuju menerima kontraK selama dua tahun bersama Al Nassr – bernilai £172.9 juta setahun

Al Nassr adalah salah sebuah kelab paling berjaya di Arab Saudi, dan pernah meraih juara pertandingan domestik di negara itu sebanyak sembilan kali. Kali terakhir mereka melakukannya adalah pada 2019.

Walaupun tidak bergelar juara pada 2020 dan 2021, Al Nassr masih memenangi trofi Piala Super Saudi pada kedua-dua musim tersebut.

Kelab tersebut bagaimanapun bergelut untuk menghadirkan impak di peringkat global, tetapi pernah mengambil bahagian di pertandingan Piala Dunia Kelab pada musim 1999/2000.

Al Nassr kini dikendalikan oleh jurulatih dari Perancis, Rudi Garcia yang sebelum ini pernah melatih Roma, Marseille dan Lyon.

Antara nama besar yang pernah beraksi bersama kelab Saudi itu adalah penjaga gol, David Ospina, pemain tengah Brazil Lios Gustavo dan penyerang Cameroon Vincent Aboubakar yang menyerlah di Piala Dunia di Qatar baru-baru ini.

Al Nassr beraksi di stadium Mrsool Park yang memiliki kapasiti 25,000 penyokong – jauh lebih rendah daripada kapasiti 74,310 penonton yang memenuhi Old Trafford pada setiap minggu.

Cristiano Ronaldo yang menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam lima Piala Dunia selepas dia menjaringkan gol untuk Portugal menentang Ghana pada Khamis, kini tanpa kelab dan berstatus ejen bebas.

Kemudian dalam perlawanan menentang menetang Uruguay, Ronaldo terpalit dengan kontroversi apabila telah dituduh mahu mengklaim gol yang dijaringkan oleh Bruno Fernandes.

Ronaldo melonjak tinggi untuk menanduk namun langsung tidak menyentuh bola itu dan Bruno Fernandes menjadi pemilik gol itu, macam-macam tohmahan dilemparkan ke atas Ronaldo.

Sebelum ini, CBS Sports berkata Ronaldo telah menerima yang sangat menyelerakan dan melazatkan seperti perencah nasi goreng Adabi daripada kelab Arab Saudi, Al-Nassr.

Pakej tawaran itu bernilai $225 juta dan akan menyaksikan legenda Real Madrid itu bermain sehingga usia 40-an, sasaran yang diperkatakan oleh Ronaldo baru-baru ini.

Newcastle United, Chelsea dan Inter Miami semuanya telah dikaitkan dengan pemain berusia 37 tahun itu tetapi dipercayai ketiga-tiganya telah mengurangkan minat mereka terhadap penjaring terbanyak Liga Juara-Juara itu.

Dalam temu bual yang meleda teruk itu, Ronaldo mendedahkan bahawa dia menolak tawaran lumayan €350 juta daripada kelab Arab Saudi yang tidak dinamakan pada musim panas selepas menyerahkan permintaan perpindahan.

“Memang benar, ya ia benar… tetapi apa yang dikatakan oleh akhbar, sampah, ialah tiada siapa yang mahukan saya, itu adalah salah sama sekali.”

“Dan saya gembira di sini (Manchester United) sejujurnya, saya bermotivasi untuk menjalani musim yang hebat di sini.”

“Tetapi mereka terus mengulangi bahawa tiada siapa yang mahukan Cristiano. Bagaimana mereka tidak mahu pemain yang menjaringkan 32 gol tahun lepas, dengan pasukan kebangsaan [termasuk]?”

“Susah, susah. Tetapi dengan cara yang sama, saya fikir saya sangat gembira di sini; bahawa saya masih mampu menjaringkan gol.”

BACA:  Salah Akui Belum Lagi Capai Tahap Messi Dan Ronaldo