Cristiano Ronaldo Jelas Meluat Dengan Ketamakan Mason Greenwood

Manchester United berjaya kembali ke kumpulan empat teratas saingan Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan West Ham United menerusi jaringan pada minit akhir Marcus Rashford.

Pada hujung perlawanan, Alex Telles menghantar bola ke depan dari kawasan United, sebelum bola ditanduk sipi-sipi oleh Federicks, dan menyebabkan bola singgah ke kaki Ronaldo.

Dengan tenang Ronaldo mengawal bola ke depan dan sebaik sahaja dua pemain West Ham cuba menerjah bola, Ronaldo sempat membuat hantaran kepada Martial di sebelah kirinya.

Martial kemudiannya bertindak menolak bola kepada Cavani dan menewaskan perangkap ofsaid West Ham, sebelum pemain Uruguay itu menyepak leret ke hadapan gol lawan lalu bola ditolak masuk ke dalam gol oleh Rashford.

Meskipun Syaithon Merah dilhat seakan menguasai perlawanan, mereka dilihat gagal menghadirkan ancaman yang bermakna dan berbahaya ke arah gawang West Ham dek ketumpulan barisan serangan yang terdiri daripada Ronaldo, Mason Greenwood dan juga Anthony Elanga, di samping watak sokongan seperti Fred dan Bruno Fernandes.

Ronaldo dilihat dikawal rapi oleh pertahanan West Ham yang jelas bermain dengan begitu deep dan rendah di dalam kotak penalti mereka. Sudahlah nak tembus pertahanan tu susah, apabila dapat peluang, ketamakan pemain pula menjadi halangan kepada cubaan untuk mendapatkan gol dan ini terbukti pada separuh masa pertama.

United berpeluang untuk mendahului lawan seawal minit keempat menerusi satu gerakan serangan balas yang sangat pantas dan telah mencipta satu situasi tiga lawan tiga di antara pemain kedua-dua pasukan. Fernandes berjaya mengawal bola dengan baik meskipun dicabar pertahanan lawan, sebelum melorongkan bola kepada Mason Greenwood yang melakukan larian di sebelah kanannya.

Akan tetapi, ketika bola berada di kaki Mason Greenwood, dia memilih untuk melakukan cubaan ke arah gol meskipun di hadapannya terdapat dua pertahanan West Ham yang sedia menghalang, berbanding melorongkan bola kepada Ronaldo yang dilihat tidak dikawal di sebelah kirinya.

Ronaldo dilhat jelas kecewa dengan tingakan penyerang muda United tersebut kerana dia dilihat lebih mementingkan rekod jaringannya berbanding kemenangan pasukan. Selepas aksi tersebut, Ronaldo dengan jelas menunjukkan rasa tidak puas hatinya sambil melakukan aksi seperti bintang TikTok, Khaby Lame.

Ronaldo marah dan kecewa dengan tindakan Greenwood yang tidak menghantar bola kepadanya.

Ronaldo sebelum ini secara terbuka mengkritik pemain muda di kelab tersebut dengan mengatakan bahawa ada pemain yang tidak boleh menerima teguran, dalam satu temubual bersama Sky Sports.

Bagi kapten Portugal, Ronaldo, dia berasakan tugasnya semakin sukar di kelab yang menaikkan namanya sebagai pemain yang digeruni di dunia apabila dia mendedahkan bahawa dia terpaksa menghadap pemain yang sukar untuk menerima teguran dan nasihat daripada pemain yang lebih senior di kelab tersebut.

“Pemain yang lebih matang, pemain yang lebih tua, memang selalu boleh tolong para pemain muda,” ujar Ronaldo kepada Sky Sports.

“Tapi aku boleh bagi kau satu contoh yang kalau aku bagi nasihat , walaupun kau lagi muda daripada aku, tapi kalau itu bukan benda yang kau nak buat dalam kehidupan seharian kau, maka susahlah.

“Kau boleh sembang sepanjang hari dengan orang tu, tapi kalau benda tu bukan datang dari hati dia, memang takkan jadi apa la.

“Aku ingat lagi masa aku berumur 18, 19, 20 tahun, ada beberapa orang pemain yang lebih berusia datang sembang dengan aku tapi aku anggap benda tu macam; ‘Cristiano, kau kena jadi lagi baik’.

“Diorang tahu lagi banyak daripada kau, lagi banyak pengalaman daripada kau, diorang dah hadap banyak detik-detik yang tak syok.

“Tapi ada orang yang tak boleh terima kalau kau kritik diorang – aku tak cakap yang budak jaman now di kalangan pemain kami, tapi secara umum. Aku ada anak, aku tahu lah.

“Kadang-kadang, bila kau cuba berkeras sikit mulalah diorang tu melawan. Kau memang kena cari keseimbangan yang betul untuk bercakap dengan diorang.

“Tapi, pada pendapatan aku,  benda paling utama adalah segalanya mesti datang dari dalam hati kau sendiri. Kau patut bangga tengok muka kau dalam cermin dan cakap, ‘Weh, aku dah bagi yang terbaik’ dan aku rasa semua orang patut buat macam tu sebab masuk tahun baru, kita tukar muka surat dan kita ada banyak benda untuk dimenangi.

“Kita kena percaya benda tu, kalau tak, memang hampeh la nanti.” ujar Ronaldo panjang lebar.

Sumber : Mirror Football

BACA:  Sporting Lisbon Tawar Ronaldo Jalan Keluar