Cristiano Ronaldo Jelaskan Tidak Pernah Membelakangkan Portugal

Cristiano Ronaldo akhirnya membuka mulut buka pertama kali selepas tersingkirnya Portugal di kaki Maghribi di perlawanan suku akhir Piala Dunia 2022.

Pemain bintang Portugal itu terus diselubungi kontroversi dan spekulasi sepanjang kempen Portugal di Piala Dunia dengan cerita yang tidak enak.

Kemuncak spekulasi dan kontroversi bertubi-tubi ketika pusinga 16 terakhir di mana Ronaldo tidak lagi berada dalam kesebelasan utama pasukan.

Ronaldo hanya masuk dari bangku simpanan di pusingan kalah mati dan lilitan kapten telah dipakai oleh Pepe buat sementara sebelum Ronaldo masuk beraksi.

Pemain berusia 37 tahun itu langsung tidak memberikan impak buat Portugal di Piala Dunia 2022 dengan prestasi yang teramat hambar walaupun mencatatkan rekod baharu.

Akhirnya Cristiano Ronaldo mengeluarkan kenyataan selepas tersingkirnya Portugal dan media sosial Instagramnya menjadi medan luahan rasanya.

“Memenangi Piala Dunia untuk Portugal adalah impian terbesar dan paling bercita-cita tinggi dalam karier saya,” tulis Ronaldo di Instagram rasminya.

“Nasib baik saya memenangi banyak gelaran berdimensi antarabangsa, termasuk Portugal, tetapi meletakkan nama negara tempat tertinggi di Dunia adalah impian terbesar saya.”

“Saya berjuang untuk itu. Saya berjuang keras untuk impian ini. Dalam lima penampilan yang saya jaringkan dalam Piala Dunia selama 16 tahun, sentiasa di sisi pemain hebat dan disokong oleh berjuta-juta Portugis, saya memberikan yang terbaik. ”

“Tinggalkan semuanya di padang. Saya tidak pernah memalingkan wajah saya kepada perjuangan dan saya tidak pernah berputus asa dengan impian itu.”

“Sedihnya semalam (Jumaat) impian itu berakhir. Ia tidak berbaloi untuk bertindak balas dalam keadaan panas.”

“Saya hanya mahu anda semua tahu bahawa banyak yang telah diperkatakan, banyak yang telah ditulis, banyak yang telah dibuat spekulasi, tetapi dedikasi saya kepada Portugal tidak berubah walaupun sesaat.”

“Saya sentiasa berjuang untuk objektif semua dan saya tidak akan membelakangkan rakan sepasukan dan negara saya.”

“Tidak banyak lagi yang perlu diperkatakan buat masa ini. Terima kasih Portugal. Terima kasih Qatar. Mimpi itu indah semasa ia berlangsung…”

“Sekarang, ia berharap masa akan menjadi penasihat yang baik dan membolehkan setiap orang membuat kesimpulan sendiri.”

Hantran Ronaldo di Instagramnya itu telah mendapat kata-kata semangat dan sokongan dari rakan taulan serta peminat termasuklah Pele, Kylian Mbappe, LeBron James dan The Sukan yang pasti tidak terkecuali Piers Morgan.

Ronaldo menyatakan bahawa dia tidak pernah membelakangkan negara atau rakan sepasukannya di Portugal dan impian menjadi juara Piala Dunia adalah impian terbesarnya.

Dengan kontroversi dan spekulasi yang melanda yang dicetuskan oleh media dedikasinya kepada Portugal tidak pernah berubah walau sesaat.

Cristiano Ronaldo yang kesedihan melewati terowong Stadium Al Thumama sambil menangis selepas Portugal tewas 1-0 kepada pasukan bawahan Maghribi dalam pertembungan suku akhir Piala Dunia yang mendebarkan.

Skuad kendalian Walid Regragui, yang hanya melepaskan satu gol pada kejohanan tahun ini, mencipta sejarah pada hari Sabtu dengan menjadi negara Afrika pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia.

Pada minit ke-43, Youssef En-Nesyri menanduk masuk hantaran lintang Yahia Attiyat Allah untuk membolehkan Maghribi mendahului dan menjadi gol kemenangan.

Sungguh menyayat hati melihat penyerang berusia 37 tahun meninggalkan penampilan terakhirnya di Piala Dunia. Lingangan air mata mengiringi.

Ronaldo, yang merupakan penjaring terbanyak lelaki sepanjang masa dalam bola sepak antarabangsa, boleh melihat kembali karier Portugalnya dengan bangga. Dia menjulang trofi Kejohanan Eropah pada 2016 selepas menewaskan Perancis.

BACA:  Video: Imbas Kembali Jaringan Tercantik Dari Cristiano Ronaldo