Cristiano Ronaldo Mahu Tinggalkan United Kerana Takut Dengan Lionel Messi

Cristiano Ronaldo pada ketika ini sangat terdesak mahu meninggalkan Man United dan hal itu dikatakan kerana beliau bimbang Lionel Messi akan memecahkan rekodnya dalam saingan Champions League.

Beberapa hari terakhir ini peminat bola sepak dikejutkan dengan berita yang Cristiano Ronaldo mahu meninggalkan Old Trafford kerana merasakan Man Utd tidak bercita-cita tinggi.

Bintang Portugal itu dikatakan meminta pihak kelab melepaskan beliau andai ada tawaran menarik dari mana-mana kelab pada jendela perpindahan musim panas ini.

Ronaldo masih mempunyai baki kontrak selama satu tahun dari dua tahun kontrak asalnya bersama Manchester United sejak ketibaanya dari Juventus pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Selain penambahan Cristiano Ronaldo, Manchester United sebenarnya telah melalui musim yang sangat mengecewakan dalam saingan musim lalu.

Man United bukan hanya tak layak ke saingan Champions League dengan mereka juga turut mengakhiri saingan liga dengan kutipan mata paling rendah dalam sejarah kelab.

Dan kini, Ronaldo sedang mempertimbangkan soal masa depan beliau bersama Man United.

Menurut bekas bintang Chelsea dan Celtic, Tony Cascarino, Ronaldo hanya mahu meninggalkan kelab kerana bimbang rekod beliau dalam saingan Champions League.

Legenda Portugal itu pada ketika ini merupakan penjaring terbanyak dalam sejarah saingan Champions League dengan menjaringkan 141 gol.

Seteru utama beliau, Lionel Messi berada di kedudukan kedua dengan menjaringkan 125 gol, dan Messi bakal beraksi dalam saingan Champions League musim hadapan.

Ronaldo pula pada musim baharu ini beliau hanya akan beraksi dalam saingan Europa League andai beliau kekal bersama Manchester United.

Cascarino memberitahu talkSPORT bahawa:

“Ronaldo merupakan seorang pemain, seperti biasa dia ada ego dia. banyak yang ada dalam diri dia yang membantu pasukan dia sertai untuk berjaya, jadi kamu akan ingat benda itu yang dia sebagai seorang team player.”

“Hebat, dia menjaringkan gol, dia berhak dapat pujian, dia antara pemain terhebat sepanjang zaman. Kamu boleh nampak semua itu ada pada dia dan itu tak ada masalah, asalkan kelab menang. Ketika kamu tak menang, sekarang kamu bermasalah.”

Cascarino kemudiannya turut menambah bahawa:

“Saya katakan kepada kamu ketika off-air, saya sedikit sangsi kerana dia berjaya jaringkan 141 gol dalam saingan Champions League. Messi berjaya jaringkan 125 gol. Dia mahu tetap bermain dalam saingan Champions League kerana dia mahu kekal sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam saingan Champions League. Itulah siapa Cristiano Ronaldo.”

Menurut sumber laporan dari The Athletic, Chelsea dan Bayern Munich sedang memantau perkembangan terkini Cristiano Ronaldo.

Walau bagaimanapun, Fabrizio Romano telah tampil menjelaskan tentang hal tersebut dengan kedua-dua kelab itu sebenarnya tiada perancangan untuk mendapatkan khidmat Ronaldo.

Napoli juga pada ketika ini sedang mengintai kesempatan untuk mendapatkan bintang Portugal itu dari Manchester United.

Manchester United sendiri sementara itu berkeras tidak mahu menjual Cristiano Ronaldo dengan Erik Ten Hag sudah ada perancangan tersendiri untuk bekas bintang Juventus itu.

Skuad setan merah mengelak untuk meletakkan status untuk dijual kepada Cristiano Ronaldo dan mereka sememangnya masih terdesak memerlukan khidmat legenda kelab itu.

Cristiano Ronaldo juga dikatakan sekadar memberi amaran kepada Man Utd supaya lebih aktif dalam pasaran pemain dan beliau sebenarnya tiada maksud untuk meninggalkan kelab.

Ketika artikel ini ditulis, Ronaldo bersama wakilnya masih belum melakukan rundingan secara lebih serious bersama mana-mana pasukan lain lagi.

Sumber: SPORTbible

Baca Juga

Baca Juga