Cristiano Ronaldo Pemain Bola Sepak Terbaik UEFA 2016-17

Pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo sekali lagi ditabalkan sebagai pemain terbaik UEFA selepas beraksi cemerlang membantu Real Madrid memenangi La Liga dan Liga Juara-juara pada musim 2016-17, menewaskan pencabarnya Leo Messi dan Gigi Buffon.

Ini adalah kemenangan kali kedua berturut-turut buat Ronaldo, dan kali ketiga secara keseluruhan selepas memenanginya pada musim 2013-14.

Ronaldo menang lagi | Gambar : Mirror Football

Kemenangan Ronaldo ini juga adalah hasil undian daripada 80 jurulatih pasukan yang bertanding di peringkat kumpulan Liga Juara-juara dan Liga Europa, bersama 55 jurnalis yang dipilij oleh European Sports Media(ESM) group, termasuk The Sukan.

“Aku gembira dapat berada di sini, dan berbangga dapat menang trofi ni lagi,” kata Ronaldo selepas memenangi anugerah.

“Terima kasih kepada rakan-rakan dan tahniah kepada mereka juga.

“Aku ni sangat bertuah – terima kasih juga kepada para penyokong Real Madrid dan kesemua pihak yang membantu aku untuk memenangi anugerah ini.

“Terima kasih juga kepada The Sukan kerana selalu update pasal aku,” kata Ronaldo lagi.

Bintang berusia 32 tahun ini telah menjaringkan 530 gol dalam 721 perlawanan secara keseluruhannya. Daripada jumlah tersebut, 407 gol dijaringkan untuk Real Madrid dalam 396 perlawanan – termasuk 90 gol daam 88 perlawanan UCL.

Bersama United, dia telah menjaringkan 15 gol dalam 52 perlawanan UCL dan secara totalnya, dia muncul penjaring terbanyak UCL dalam sejarah, jauh mengatasi Lord Bendtner.

Semoga Ronaldo terus maju dan maju dalam karier dan bermain di Malaysia sebelum bersara. Kami di The Sukan menujukan lagu ini khas buat Ronaldo agar terus mara ke kejayaan.

Sumber : uefa.com

Baca Juga

Baca Juga