Cristiano Ronaldo Raih Ballon d’Or Buat Kali Ke-4

Cristiano Ronaldo telah meraih anugerah Ballon d’Or buat kali ke-4 dalam kariernya dengan mengetepikan dua lagi calon iaitu Antoine Griezmann dan pencabar terhebatnya Lionel Messi.

Lionel Messi pemenang Ballon d’Or sebanyak 5 kali berada ditempat kedua manakala penyerang Perancis Antoine Griezmann berada di tempat ketiga bagi anugerah majalah France Football itu.

Ronaldo yang tidak hadir ke majlis tersebut kerana menyertai Piala Dunia Kelab di Jepun telah dijangka bakal meraih gelaran itu selepas dilihat mewarnakan rambut kepada warna emas pada minggu lalu.

“Bagi saya ini adalah penghormatan yang besar menerima Ballon d’Or buat kali keempat. Emosinya adalah seperti mana saya rasakan ketika memperoleh kali pertama.

“Seperti mimpi jadi kenyataan sekali lagi, tidak pernah terfikir di fikiran bahawa saya akan menang Ballon d’Or buat kali keempat. Saya berbesar hati dan sangat gembira.

“Saya perlu mengucapkan terima kasih kepada semua rakan sepasukan, pasukan kebangsaan, Real Madrid, semua orang, pemain yang banyak membantu saya memenangi trofi individu ini.

“Saya mahu menikmati setiap saat kerana ia bukanlah mudah untuk memenanginya.” kata Ronaldo kepada L’Equipe TV.

Cristiano Ronaldo

Tahun yang penuh gemilang buat Ronaldo bersama kelab dan negara. Merangkul kejuaraan Champion League kedua bersama Real Madrid dan dalam perjalanan ke final Ronaldo muncul penjaring terbanyak kejohanan dengan 16 gol.

Bersama Portugal, Ronaldo mengetuai pasukan negaranya untuk muncul sebagai juara EURO 2016 sekaligus membawa trofi utama ke bumi Portugal walaupun tidak diberikan harapan untuk menjadi Juara.

Lione Messi

Tahun yang agak baik buat Messi selepas membantu Barcelona meraih gelaran liga dengan menjaringkan 26 gol dalam perebutan takhta liga yang agak sengit. Messi juga telah menjadi Kapten Argentina untuk mara ke final Copa Amerika Centenario sekali lagi.

Dan sekali Argentina tewas kepada Chile dalam penentuan sepakan penalti di mana Messi gagal menyempurnakan sepakannya. Lantaran itu Messi mengambil keputusan untuk bersara sebelum menarik balik keputusannya itu.

Semasa kejohanan Copa Amerika Centenario, Messi telah memintas Gabriel Batitusta sebagai penjaring terbanyak Argentina.

Antoine Griezmann

Sejak beberapa tahun lepas Griezmann telah menunjukkan peningkatan yang baik dan tahun ini beliau telah meletakkan dirinya sebagai 3 terbaik dunia. Tahun yang agak cemerlang untuk Griezmann bersama Perancis dan Atletico Madrid.

Bersama Perancis, Griezmann telah membantu Perancis untuk mara ke final EURO 2016 sebelum tewas kepada Portugal. Di Atletico Madrid pula, Griezmann telah memacu kelab berkenaan ke final Champion League dan muncul naib juara.

Griezmann telah menamatkan musim 2015/16 sebagai penjaring terbanyak kelab dan membantu Atletico berada di tempat ke-3 La Liga. Griezmann telah dinobatkan sebagai pemain terbaik La Liga musim lalu dengan menyingkirkan Messi dan Ronaldo.

Baca Juga

Baca Juga