Cristiano Ronaldo Tak Kuasa Nak Pergi Ke Arah Penyokong Manchester United Seperti Diarahkan McLaren

Cristiano Ronaldo didakwa berbalas balas kata dengan penolong pengurus Manchester United, Steve McClaren selepas enggan pergi ke arah seksyen penyokong susulan kekalahan 4-0 mereka kepada Brentford. Rakaman video menunjukkan Ronaldo terus menuju ke terowong berbanding rakan rakannya yang lain.

Manchester United dibelasah oleh Brentford di stadium Komuniti Brentford. Dengan beberapa pemain pergi ke seksyen penyokong untuk memohon maaf atas persembahan itu.

Ronaldo kelihatan berang dan mahu terus masuk ke bilik persalinan tanpa berinteraksi dengan sesiapa pun. Maguire ada di belakang Ronaldo dan menunjukkan interaksinya dari jarak selamat.

Maguire turut dikecam kerana dituduh pengecut untuk pergi ke wawancara dengan wartawan selepas tamat perlawanan.

Samuel Luckhurst dari Manchester Evening News mendakwa McClaren meminta Ronaldo pergi kepada penyokong di tempat lawan untuk menunjukkan rasa hormatnya.

Dalam rakaman yang disiarkan ke media sosial oleh James Robson, pemenang Ballon d’Or lima kali itu boleh dilihat bertikam lidah dengan seseorang  sebelum menuju ke tepi padang.

Ronaldo kemudian melewati pengurus Erik ten Hag tanpa berjabat tangan dengannya.

Sebelum ini Ronaldo pernah pergi balik awal sebelum tamat perlawanan ketika pra musim. Dan ada peminat membuat teori bahawa dia pergi awal atas arahan Ten Hag untuk mengelak kesesakan lalu lintas.

Ten Hag menafikan perkara itu dan menyatakan dia tak gembira dengan sikap Ronaldo yang balik awal. Begitu juga dengan beberapa pemain lain yang bertindak sedemikian.

Mana ada kelab pernah bagi arahan suruh pemain keluar awal untuk elak jam?

Masa depan pemain berusia 37 tahun itu menjadi topik hangat sepanjang musim panas dan dia berminat untuk meninggalkan Old Trafford buat kali kedua.

Kegagalan United untuk layak ke Liga Juara-Juara menyaksikan Ronaldo berhasrat untuk meninggalkan kelab itu dengan jelas kerana dia mahu bermain dalam pertandingan itu.

Walau bagaimanapun, tiada kelab besar Eropah telah membuat bidaan ke atas Ronaldo. Dengan satu-satunya minat konkrit datang dari Arab Saudi.

Ronaldo menjaringkan 18 gol dalam Liga Perdana musim lalu selepas menandatangani kontrak dari Juventus.

United berada di tangga terbawah liga buat kali pertama sejak Ogos 1992 selepas tewas dua perlawanan pembukaan.

Mereka telah membeli Tyrell Malacia, menandatangani secara percuma Christian Eriksen dan pembelian termahal mereka setakat ini, Lisandro Martinez yang diserap ke dalam skuad mereka pada musim panas ini tetapi masih memerlukan beberapa lagi pemain baharu menurut Ten Hag.

Martinez telah mengalami permulaan yang ibarat mimpi ngeri untuk kariernya di England dan digantikan pada separuh masa oleh Raphael Varane.

Eriksen, kemudian terlepas bola kepada lawan, kerana hantaran De Gea kepadanya, pada ketika dia ditekan.  Dan itu mencetuska gol kedua Brentford selepas bola dirampas dalam kotak sendiri oleh Mathias Jensen.

Ten Hag memberitahu Sky Sports dalam wawancara selepas perlawanan: “Kami memerlukan pemain baharu dan pemain berkualiti.”

“Kami akan cuba meyakinkan mereka untuk menyertai kami.”

United kini sedang berunding untuk menandatangani pemain tengah Juventus, Adrien Rabiot dan mereka terus berunding dengan Barcelona untuk mendapatkan Frenkie de Jong.

Ten Hag Pertahankan Taktikalnya Dan Salahkan Pemain Punca Mereka Dibantai 4-0 Oleh Brentford

Erik ten Hag menyalahkan pemain pemainnya yang menjadi punca kenapa mereka dibelasah Brentford dalam aksi kedua Liga Perdana Inggeris, dan bukannya kerana rancangan taktikalnya.

Pengurus asal Belanda itu menyatakan perkara itu selepas tamat perlawanan. Ten Hag menegaskan bahawa, orang ramai tidak boleh menyalahkan taktikalnya sebaliknya yang bersalah adalah pemain pemain yang segak berbaju hijau pada aksi semalam.

Dia kecewa para pemain Man United membuatkannya kini memulakan kehidupan di Liga Perdana Inggeris dengan 2 kekalahan berturut turut.

Antara pemain yang dikritik oleh Ten Hag ialah David De Gea. Ini selepas penjaga gol itu melakukan 2 kesilapan bodoh yang tidak sepatutnya, terutam sekali pada gol kedua pasukan Brentford. Di mana De Gea dengan hilang akal menghantar bola kepada rakannya, Christian Eriksen yang ditekan pemain lawan.

Walaupun sudah meninggalkan Brentford, nampaknya Eriksen masih lagi mencipta ‘assist’ kepada rakannya.

Bercakap kepada wartawan, Ten Hag berkata: “Dia [De Gea] tidak perlu melepaskan bola di sana kerana pemain pemain kami ada memberikan pilihan [option untuk menerima bola] dan pemain perlu memilih [pemain yang betul],” kata Ten Hag yang dianggap pakar taktikal yang mampu menamatkan era Guardiola dan Klopp.

Ten Hag merujuk kepada adanya Lisandro Martinez berada berdekatan dengan De Gea, yang merupakan opsyen yang lebih baik.

“Kami solah olah berkata ‘jemput mereka dan bermain lama sikit [dengan bola]’,” jelas Ten Hag lagi yang tak suka dengan De Gea melengahkan masa menghantar bola. Penjaga gol itu gagal bertindak cepat seperti mana dia lakukan ketika mereka menjadi juara aksi Piala Bangkok Century beberapa minggu lalu. Di mana mereka memenangi piala dengan ada teknologi kipas RGB.

Walaupun De Gea beraksi sengal dalam aksi ini, namun Ten Hag masih percaya bahawa pemain itu akan dapat melakukannya, merujuk kepada keupayaan pemain itu bermain dengan bola ketika binaan daripada bawah.

“Saya yakin dia boleh melakukannya. Dia sudah menunjukkannya dalam latihan dan dalam perlawanan pertama dia boleh melakukannya.

“Saya tidak mahu pemain bermain dari belakang apabila keadaan adalah tidak mungkin [seperti mana situasi gol kedua]. Sungguh naif cara kami bermain hari ini. Anda perlu bermain lebih langsung. Jelas pada tahap ini, itu bukan standard yang kami mahu pamerkan.”

Cristiano Ronaldo memulakan perlawanan dan menamatkan perlawanan pada hari ini. Tetapi Ten Hag mengeluarkan tiga pemain, Luke Shaw, Fred dan pembelian musim panas Lisandro Martinez, serta merta pada permulaan separuh masa kedua.

“Saya menggantikan tiga sahaja, kalau boleh mahu sahaja saya menukar semua pemain,” kata Ten Hag yang merasakan bukan 3 pemain itu sahaja bergelut, tetapi kesemua pemainnya.

“Kami mahu membawa sedikit tenaga segar dalam permainan kami, bukan kerana sebab tertentu untuk mereka yang dikeluarkan, kerana saya rasa itu tidak jujur ​​kepada mereka.”

Pengurus Brentford, Thomas Frank gembira dengan prestasi pasukannya. Dia berkata: “Ia adalah persembahan yang sangat baik secara keseluruhan, saya tidak fikir pasukan di EPL ni selalu menang 4-0 dalam Liga Perdana Inggeris, dan pastinya bukan ketika menentang Manchester United.”

“Kumpulan pemain ini terus menunjukkan kepada saya betapa baiknya mereka bersama. Saya tidak fikir ia adalah ‘kemenangan 4-0’ semata mata, tetapi ia adalah kemenangan yang jelas dan wajar.

“Kami berhak mendapat sejumlah besar kredit pada hari ini kerana persembahan kami. Ia pastinya salah satu persembahan terbaik kami di dalam Liga Perdan Inggeris.

BACA:  Carragher Dan Keane Berdebat Tentang Keputusan United Menandatangani Cristiano Ronaldo