Cristiano Ronaldo Tidak Menyesal Keluarkan Kenyataan Mahu Tinggalkan Real Madrid

Bintang sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo berkata beliau tidak menyesal keluarkan kenyataan mahu meninggalkan Real Madrid sejurus sahaja pasukan tersebut memenangi Liga Juara-Juara Eropah kelmarin.

Walaupun gagal menjaringkan sebarang gol dalam perlawanan akhir tersebut, Ronaldo memainkan peranan penting dalam memacu Real Madrid mara ke pentas akhir seterusnya memenangi Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke-3 berturut-turut, sesuatu yang belum pernah dilakukan mana-mana pasukan sebelum ini.

Ronaldo memilih masa yang kurang sesuai untuk bercakap mengenai masa depannya

Ketika ditemuramah BeIN Sport Spains sebaik sahaja menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah, Ronaldo berkata beliau akan mendedahkan rancangan masa depannya dalam masa beberapa hari yang akan datang.

Ronaldo turut bercakap mengenai pengalamannya bermain bersama Real Madrid dalam nada ‘past tense’ yang berbunyi:

“It was beautiful to be at Real Madrid.”

Jika diamati ayat yang dipertuturkan oleh Ronaldo, ia jelas menggambarkan masa depannya di Santiago Bernabeu akan berakhir tidak lama lagi. Untuk rekod, temu ramah terbabit dilakukan ketika pemain Real Madrid masih melakukan sambutang kemenangan di atas padang dan boleh jadi Ronaldo mungkin terlepas cakap.

Walaubagaimanapun, selepas segalanya kembali tenang, bekas pemain Manchester United itu berkata beliau tidak menyesal mengeluarkan kenyataan tersebut walaupun tahu beliau tidak sepatutnya berbicara mengenai masa depannya ketika pemain lain masih meraikan kemenangan.

Ini kalilah.. eh silap.. Ini kali ke-5 lah, menyamai jumlah trofi Liga Juara-Juara Eropah yang telah dimenangi Liverpool

“Saya bercakap mengenai sesuatu yang tidak sepatutnya saya lakukan tetapi sesuatu bakal berlaku. Mungkin ia bukan masa yang sesuai untuk bercakap mengenai masa depan saya, tetapi saya hanya bercakap secara jujur.”

“Dalam masa seminggu ini, saya akan mengeluarkan satu kenyataan kerana peminat sentiasa menyokong dan berada dalam hati saya. Saya selalunya tidak bercakap banyak, tetapi apabila saya bercakap, saya akan bercakap mengenai perkara yang betul.”

“Mungkin saya memilih masa yang kurang sesuai untuk bercakap mengenai masa depan saya. Saya tidak menyesal kerana saya berlaku jujur pada diri sendiri. Saya sudah tidak dapat mengawal diri sendiri dari bercakap mengenai perkara tersebut.”

Kapten Real Madrid, Sergio Ramos mahu Ronaldo menjelaskan kenyataan beliau

Selepas membantu Real Madrid menewaskan Liverpool dalam perlawanan akhir tersebut, kapten pasukan kebangsaan Portugal itu muncul pemain pertama dalam sejarah memenangi Liga Juara-Juara Eropah sebanyak 5 kali.

“Sudah lama saya ingin berbincang mengenai masa depan saya bersama Real Madrid. Duit bukan lagi satu masalah buat saya sekarang. Saya telah memenangi Liga Juara-Juara Eropah sebanyak 5 kali dan juga 5 Ballon d’Or.”

“Nama saya sudah terpahat dalam sejarah dan sekarang makin banyak rekod saya pecahkan. Saya tidak terkesan dengan perkara ini kerana saya tahu sumbangan saya terhadap kelab ini. Saya tidak mahu melupakan pengalaman unik bersama rakan sepasukan kerana saya tahu mereka adalah juara yang sebenar.”

BACA:  Video: Imbas Kembali Jaringan Tercantik Dari Cristiano Ronaldo