Croatia Road To Final World Cup 2018

Croatia mencatatkan sejarah negara mereka di Piala Dunia apabila layak ke perlawanan akhir buat pertama kali sejak menyertai kejohanan paling berprestij di dunia ini. Paling cemerlang adalah layak ke separuh akhir pada Piala Dunia 98 di Perancis.

Croatia dinafikan tempat ke perlawanan akhir pada Piala Dunia 98 juga oleh Perancis yang merupakan juara pada edisi itu. Selepas dua puluh tahun Croatia bertemu Perancis di Final Piala Dunia 2018 dan inilah masa terbaik menebus kekecewaan lalu.

Sebagai pasukan bawah anjing sejati, Croatia memulakan kempen Piala Dunia 2018 dengan penuh bergaya dengan menewaskan Nigeria 2-0 pada perlawanan pembukaan sebelum mengejutkan Argentina dengan 3 gol tanpa belas.

Kemenangan ketiga ke atas Iceland dengan 2-1 memastikan Croatia menamatkan saingan kumpulan D sebagai juara kumpulan.

Pusingan 16 terbaik Croatia bertemu Denmark dan perlawanan di bawa ke masa tambahan dan kemenangan ditentukan melalui sepakan penalti selepas terikat 1-1. Croatia menang 3-2.

Croatia XI: Danijel Subasic, Vedran Corluka, Dejan Lovren, Domagoj Vida, Ivan Strinic, Ivan Rakitic, Ante Rebic, Andrej Kramarić, Luka Modric, Ivan Perisic, Mario Mandzukic

Di suku akhir Croatia sekali diikat Russia 2-2 dan sepakan penalti menjadi penentuan berpihak kepada Croatia 4-3 dan mara ke separuh akhir buat pertama kali sejak 1998.

Croatia ternyata unggul tenang dan gagah dari segi mental dan fizikal apabila berjaya menewaskan England di masa tambahan.

Group stage
Croatia 2-0 Nigeria
Croatia 3-0 Argentina
Croatia 2-1 Icelanf

Round of 16
Croatia 1-1 Denmark (Croatia menang penalti 3-2)

Quarter Final
Croatia 2-2 Russia (Croatia menang penalti 4-3)

Semi Final
Croatia 2-1 England

Croatia mempunyai 9 penjaring berbeza yang menjaringkan gol di Piala Dunia 2019. Hanya Belgium mempunyai penjaring berbeza terbanyak dengan 9 orang pemain.

Pada tahun 1991, Croatia, Macedonia dan Slovenia menyistiharkan kemerdekaan mereka dari Yugoslavia dan diikuti oleh Bosnia dan Herzegovina pada tahun 1992 dan sekaligus memulakan perang Balkan di mana askar Serbia dan Croatia menyerang Bosnia.

Croatia merupakan negara baru dalam dunia bola sepak selepas keluar dari Yugoslavia dan selepas 7 tahun mereka berjaya mara ke separuh akhir Piala Dunia 1998.

Dalam tempoh 27 tahun kewujudan, Croatia telah berjaya melahirkan pemain yang berstatus bintang dan bertaraf dunia yang sedang menempa nama sebagai negara kuasa bola sepak.

Negara kau dah berapa tahun wujud?

World Cup 2018 Semi Final : Croatia 2-1 England

England mula mengasak seawal minit pertama dan menggila untuk membawa Piala Dunia ke tanah air.

Pada minit ke-4, Deli Alli tidak memberi pilihan kepada Luca Modric dan terpaksa melakukan bentesan diluar kotak penalti.

Maka sepakan percuma diberikan oleh pengadil tanpa rasa melekit dan bergaya lagi yakin dan sudah tentu tanpa was-was.

Kieran Trippier mengambil tanggungjawab untuk melakukan sepakan. Sebagai lelaki yang amanah Trippier menunaikan tanggungjawab dengan sempurna.

Tanpa ragu-ragu Trippier cantik meletakkan bola ke gawang dengan sedikit lencongan yang berbaur it’s coming home.

Minit ke-6 England sudah dihadapan. Croatia mula melancarkan gerakan bagi mencari gol penyamaan.

England bukan Perancis yang suka bertahan lalu mengecewakan peminat berjaga sehingga dua pagi bagi menyaksikan perlawanan yang membosankan.

Harry Kane dua kali terperangkap offside satu bola ke jaring satu lagi membantai tiang. Mujur offside kalau tidak boleh dinobat sebagai ‘missed of the tournament’.

Jesse Lingard mensia-siakan peluang apabila merembat jauh dari gawang. Mabuk ketum.

Croatia terus mencari gol penyamaan, banyak rembatan luar kotak penalti dilepas. Peluang terbaik mereka banyak dinafikan Jordan Pickford.

Croatia masih gagal menyamakan kedudukan sehingga tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua bersambung, England mula memperlahankan sedikit permainan tadi tidak bermakna England tidak menyerang.

Croatia mula tenang dalam mengatur gerak dan tidak tergesa-gesa seperti Encik Jimie dalam merencanakan serangan namun matlamat tetap sama mahukan gol.

Memasuki minit ke-65 Croatia masih gagal memecahkan benteng England dan Tiga Singa sesekali menyerang bagi menambah gol namun kempunan.

Raheem Sterling masih bangang seperti separuh masa pertama dan seperti perlawanan-perlawanan lalu. Unlimited bangang.

Ketenangan dan kesabaran Croatia akhirnya terbalas apabila Ivan Perisic berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-68.

Sime Vrsaljko cantik menghantar bola ke kotak penalti lalu Ivan Perisic menyambar dengan tendangan ala kung fu persis Zlatan Ibrahimovic.

Kemudian Perisic berjaya lolos lagi melepaskan rembatan menewaskan Pickford namun bola menghentam tiang dan melantun ke Ante Rebic.

Rebic melepaskan rembatan namun kemas ke dakapan Pickford. Croatia terus menggila dan menekan.

Perlawanan kembali rancak dan sedap. Lingard mencuba namun bola sekadar lalu dihadapan gawang. England kembali menekan.

England hilang ketenangan maka entah apa-apa gerakan dan serangan yang cuba dilakukan. Merah di muka Pickford masih belum hilang.

Perlawnana berbaki 10 minit permainan kembali bosan. England mendapat sepakan percuma lagi namun tiada hasil.

Perlawanan dengan masa kecederaan telah tamat dengan jayanya makanya perlawanan di bawa ke masa tambahan. Maka tersadai lagi sejam di kedai mamak.

England dan Croatia gagal menamatkan perlawanan dalam tempoh 90 minit.

Peluang terbaik England hadir pada minit ke-98 apabila tandukan John Stones berjaya menewaskan penjaga gol Croatia namun berjaya ditanduk keluar Sime Vrsaljko.

Akhirnya gol yang dicari-cari gol yang ditunggu-tunggu gol yang dinanti-nanti hadir. Kalau jadi katakan jadi tidak aku ternanti-nanti.

Mario Mandzukic tenang meloloskan diri dan merembat menewaskan Jordan Pickford. Maka kembali merah muka penjaga gol England itu.

Berpunca dari tandukan Ivan Perisic berjaya dihidu Mandzukic yang membuat larian yang bijak dan meletakkan bola ke dalam gawang.

England mula tidak keruan tekanan jelas kelihatan di muka pemain Tiga Singa. Croatia tenang menanti wisel penamat.

England mendapat sepakan percuma di minit yang hampir mati namun sepakan percuma Rashford mudah dikeluarkan Croatia.

Maka masa dinanti Croatia telah tiba pengadil meniupkan wisel penamat dan sejarah telah tercipta pada jam 4.37 pagi waktu Malaysia.

Croatia mara ke perlawanan akhir buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak negara mereka.

England tidak pernah menewaskan dua negara Eropah dalam satu edisi Piala Dunia sejak 1982. Kali terakhir mereka lakukan dengan menewaskan Czechoslovakia dan Perancis.

Maka benarlah apa yang dinyanyikan oleh New Boyz sejarah mungkin berulang dan kini sejarah telah berulang buat England.

Croatia (4-3-3):
Danijel Subasic; Sime Vrsaljko, Dejan Lovren, Domagoj Vida, Ivan Strinic; Luka Modric (capt), Marcelo Brozovic, Ivan Rakitic; Ante Rebic, Mario Mandzukic, Ivan Perisic.

Coach:
Zlatko Dalic (CRO)

England (3-5-2):
Jordan Pickford; Kyle Walker, John Stones, Harry Maguire; Kieran Trippier, Jesse Lingard, Jordan Henderson, Dele Alli, Ashley Young; Raheem Sterling, Harry Kane (capt).

Coach:
Gareth Southgate (ENG)

Referee:
Cuneyt Cakir (TUR)

World Cup 2018 : Russia 2-2 Croatia*

Russia dan Croatia hanya pernah bertemu sebanyak 3 kali sebelum sahaja sebelum ini.

Dua perlawanan berakhir dengan seri tanpa jaringan pada kelayakan EURO 2008.

Satu lagi perlawanan dimenangi Croatia dengan jaringan 3-1 dalam perlawanan persahabatan November 2015.

Ini merupakan kali pertama Russia layak ke pusingan suku akhir selepas beepisah dengan Soviet Union(USSR).

USSR telah layak ke suku akhir 4 kali berturut-turut dari tahun 1958 hingga 1970.

Permainan bermula laju dan menghiburkan saat wisel ditiup pengadil menandakan perlawanan bermula.

Croatia dan Russia saling berbalas serangan dan mahu mencari gol awal.

Russia tampak lebih mengancam dan mengasak didukung oleh semangat dari penyokong ditempat sendiri.

Selepas 15 minit intensiti perlawanan mula berkurang tetapi masing-masing saling menyerang.

Denis Cheryshev menjaringkan gol padu lagi cantik dengan rembatan dari luar kotak penalti.

Cheryshev bermain 1-2 bersama Artem Dzyuba sebelum Cheryshev melepaskan rembatan menewaskan Subasic.

Sungguh padu dan menawan gol Cheryshev pada minit ke-31. Gol tercantik setakat ini?

Croatia terus menekan mencari gol penyamaan dan Russia masih mahu mencari gol tambahan.

Akhirnya Croatia berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Andrej Kramaric pada minit ke-39.

Hasil umpanan Mandzukic dengan tenang Kramaric menanduk kencang gol berparas dada itu.

Kedudukan seri satu sama ini terikat hingga wisel penamat separuh masa pertama.

Bersambung separuh masa kedua, Croatia dan Russia terus saling menyerang.

Pada minit ke-60 hasil kelam kabut depan gol Ivan Perisic yang tidak dikawal menerima bola.

Namun percubaan leret Perisic hinggap ditiang dan melantun keluar.

Kemudian Russia terus bertahan dengan penuh berdisiplin dan jarang-jarang melancarkan serangan.

Croatia berkampung di kawasan Russia mati kutu mahu memecahkan blok pertahanan Russia.

Masa perlawanan sebenar 90 minit berserta masa kecederaan tamat.

Oleh kerana kedudukan terikat maka perlawanan di bawa ke masa tambahan.

Russia meneruskan aksi bertahan mereka dan Croatia terus menyerang.

Akhirnya Datin Seri Vida berjaya meletakkan Croatia dihadapan pada minit ke-101.

Vida dengan okay menanduk bolo dari sepakan sudut dan sedikit sentuhan yang mengelirukan dari Corluka.

Maka jaringan tersebut diberikan kepada Corluka.

Russia tiada pilihan lain kecuali menyerang dan permainan kembali rancak dan terbuka.

Tindakan Joaic Pivaric menyiku bola membawa padah dan menjadi asbab gol penyamaan Russia.

Hasil sepakan percuma dari Alan Dzagoev yang menghantar bola ke kotak penalti Mario Fernandes sedap menyundul.

Masa tambahan masih berbaki 5 minit dan perlawanan seakan dibawa ke penentuan sepakan penalti.

Russia terus bersemangat menyerang dan seoalah mahu menamatkan permainan dalam tempoh 120 minit.

Akhirnya penalti menjadi penentu kemenangan perlawanan ini. Sengit dan mendebarkan.

Maka berakhirlah perlawanan peringkat suku akhir dan tempat terakhir ke separuh akhir menjadi milik Croatia.

1. Fedor Smolov 0 – 1 Marcelo Brozovic
2. Alan Dzagoev 1 – 1 Mateo Kovacic
3. Mario Fernandes 1 – 2 Luka Modric
4. Sergei Ignashevich 2 – 3 Domagoj Vida
5. Daler Kuzyaev 3 – 4 Ivan Rakitic

Croatia mengulangi pencapaian tahun 1998.

Russia: Igor Akinfeev (capt); Mario Fernandes, Ilya Kutepov, Sergei Ignashevich, Fedor Kudriashov; Denis Cheryshev, Daler Kuziaev, Roman Zobnin, Alexander Samedov; Aleksandr Golovin; Artem Dzyuba.

Jurulatih: Stanislav Cherchesov (RUS)

Croatia: Danijel Subasic; Sime Vrsaljko, Dejan Lovren, Domagoj Vida, Ivan Strinic; Ivan Rakitic, Luka Modric (capt); Ante Rebic, Andrej Kramaric, Ivan Perisic; Mario Mandzukic.

Jurulatih: Zlatko Dalic (CRO)

Pengadil: Sandro Ricci (BRA)

World Cup 2018 : Croatia* 1-1 Denmark

Perlawanan keempat pusingan kalah mati menemukan Denmark dan Croatia. Perlawanan dijangka mudah buat Croatia.

Namun tidak seperti di atas kertas, Denmark sangat liat dan menyebabkan Croatia bergelut mencari kemenangan.

Tanpa perlu menunggu lama Denmark dihadapan selepas situasi kelam kabut di depan gol Croatia.

Semua ini berpunca dari lontaran ke dalam penuh bertenaga pada minit ke-2 ditolak masuk Jorgensen.

Dua minit berselang Croatia menyamakan kedudukan pada minit ke-4.

Mandzukic menolak masuk bola ke gawang selepas rembatan Rebic tertampan kaki pemain Denmark.

Selepas jaringan dua jaringan awal ini tiada lagi jaringan terhasil sehingga 120 minit tidak termasuk masa tambahan.

Croatia mampu menang tanpa perlu ke penetuan sepakan penalti apabila mendapat sepakan penalti pada minit ke-116.

Mathias Joergensen menjatuhkan Ante Rebic ketika penyerang Croatia itu berjaya melepasi Kasper Schmeichel dalam situasi 1 lawan 1.

Namun tonggak utama mereka Luca Modrid gagal memanfaatkan penalti tersebut yang selesa di tangkap Kasper Schmeichel!

Akhirnya perlawana dibawa ke penentuan sepakan penalti yang agak dramatik. Milan Badelj dan Christian Eriksen gagal menjaringkan penalti pada sepakan pertama.

Pada sepakan ke-4 Josip Pivaric dan Lasse Schoene pula gagal menyempurnkan sebelum Rakitic meletakkan Croatia pada kedudukan 3-2.

Nicolai Joergensen juga gagal maka Croatia menang dan mara untuk bertemu Tuan Rumah, Russia.

Penentuan sepakan Penalti

1. Milan Badelj 0 – 0 Christian Eriksen

2. Andrej Kramaric 1 – 1 Simon Kjaer

3. Luka Modric 2 – 2 Michael Krohn-Dehli

4. Josip Pivaric 2 – 2 Lasse Schoene

5. Ivan Rakitic 3 – 2 Nicolai Joergensen

Croatia: Danijel Subasic, Sime Vrsaljko, Ivan Strinic, Dejan Lovren, Domagoj Vida; Ivan Rakitic, Luka Modric (capt), Marcelo Brozovic, Ivan Perisic; Ante Rebic, Mario Mandzukic

Denmark: Kasper Schmeichel, Jonas Knudsen, Simon Kjaer (capt), Andreas Christensen, Henrik Dalsgaard; Mathias Jorgensen, Thomas Delaney, Christian Eriksen; Yussuf Yurary Poulsen, Andreas

World Cup 2018 : Iceland 1-2 Croatia

Croatia menamat saingan peringkat kumpulan dengan keputusan seratus peratus kemenangan dan mengumpul 9 mata.

Permainan separuh masa pertama menyaksikan tiada jaringan terhasil.

Milan Badelj meletakkan Croatia dihadapan 8 minit selepas sepak mula separuh masa kedua.

Bola tertampan kaki pemain Iceland sedap dirembat Badelj.

Gylfi Sigurdsson menyamakan kedudukan pada minit ke-76 melalui sepakan penalti.

Ketika permainan tampak berakhir dengan keputusan seri Ivan Perisic menjaringkan gol kemenangan.

Padu rembatan Perisic.

Keputusan masa penuh Iceland 1-2 Croatia.

Iceland: Halldorsson 6; Saevarsson 7 , Ingason 7, R.Sigurdsson 6 (Sigurdarson 70, 6 ) , Magnusson 7 ; Gunnarsson 7, Hallfredsson 6 ; Gudmundsson 7, G.Sigurdsson 7, Bjarnason 6( Traustason 89mins, 5); Finnbogason 7( Gudmundsson 85 mins, 6) .

Croatia: L.Kalnic 7 ; Jedvaj 7, Corluka 7, Caleta-Car 7, Pivaric 7 ; Modric 7(Bradaric 65 mins, 6 ) , Badelj 8; Pjaca 6 (Lovren 70 mins, 5), Kovacic 6 (Ratikic 81mins, 6), Perisic 6 ; Kramaric 6.

Referee: Antonio Mateu (SPA) 7

Man of the Match: Milan Badelj

World Cup 2018 : Argentina 0-3 Croatia

Pertemuan Argentina dan Croatia di kumpulan D disajikan dengan aksi yang keras dengan keganasan fizikal yang bersepah-sepah di mana 22 pemain di padang bersenjatakan objek tumpul.

Pada separuh masa pertama kedudukan terikat tanpa jaringan. Argentina begitu leah dan lembik dan lebih teruk berbanding Arsenal.

Lionel entah main ke tidak untuk separuh masa pertama. Dua percubaan Argentina meyaksikan bola meniti palang dan percubaan Perez kelaut ketika gol sudah terkangkang luas.

Croatia tidak kurang menyengat dengan peluang terbaik hadir melalui Ante Rebic pada penghujung perlawanan namun bola ke langit ke-7 dan sundulan Mandzukic yang tersasar dijalanmu.

Alan Shearer menyifatkan permainan Argentina biasa-biasa saja. Lineker berkata inilah permainan paling teruk dari Argentina dengan pertahanan yang berterabur dan macam beruk.

Bersambung separuh masa kedua, permainan kasar, keras dan fizikal berbekalkan objel tumpul terus dimainkan. Croatia tampak lebih tenang, mengancam dan stabil.

Kurang 10 minit separuh masa kedua berlangsung, Croatia mendapat gol pendahuluan hasil jaringan Ante Rebic pada minit ke-53.

Hantaran kebelakang yang biasa-biasa menyaksikan Wilfredo Caballero melakukan kesilapan dengan cantik melambungkan bola kepada Rebic.

Ibarat tekong mendapat balingan cantik dari apit kiri, Rebic tanpa segan silu terus melakukan volley melepasi jangkauan Caballero.

Beberapa minit selepas jaringan tersebut, Rebic telah dikeluarkan kerana kecederaan. Kemudian Argentina memasukkan Gonzalo Higuan, Pavon dan Dybala namun tiada kesan.

Croatia semakin mengancam tetapi gagal menambah jaringan. Selepas beberapa kali cuba masuk tetapi gagal, akhirnya Luca Modric meminta bola.

Modric menunjukkan cara menjaringkan gol dari luar kotak penalti dengan melencongkan bola melepasi jangkauan penjaga gol.

Melihat gol Modric, Messi nak menangis, Jorge Sampaoli mengusap kepala, Mascherano terjelir lidah dan para penyokong mula menangis.

Argentina mula koyak dan Otamendi menyepak bola ke muka Rakitic yang terjatuh.

Lionel Messi yang digelar GOAT terus hilang dalam ramai. Ronaldo fanboy tersenyum sinis sambil mencari-cari adakah Messi bermain?

Masa permainan sebenar telah tamat dan dibawa ke masa tambahan. Rakitic menambah jaringan dengan mempermainkan barisan pertahanan Argentina dengan begitu hina sekali.

Terus menitik air mata penulis yang bangun mahu menyaksikan kemenangan Argentina atau kalah melawan atau sekurang-kurangnya aksi sedap dari Messi tapi.. Babi..Babi..Babi!

Rakitic lagi power dari Messi! Pasti Messi akan merajuk dan bersara lagi.

Croatia mudah layak ke pusingan kalah mati menang hidup.

Argentina XI: Caballero, Mercado, Otamendi, Tagliafico, Salvio, Mascherano, Perez, Acuna, Messi, Aguero, Meza

Croatia XI: Subasic, Vrsaljko, Lovren, Vida, Strinic, Rakitic, Brozovic, Rebic, Modric, Perisic, Mandzukic

World Cup 2018 : Croatia 2-0 Nigeria

Pasukan berjersi serba menawan dan menambat hati, Nigeria mudah dijinakkan Croatia.

Croatia dihadapan apabila Etebo tertampan bola ke gawang sendiri.

Kemudian Luca Modrid menjaringkan gol kedua Croatia hasil sepakan penalti.

Sungguh power pemain Real Madrid mengambil sepakan penalti.

Mario Manduzkic terlibat secara langsung dalam kedua-dua gol.

Baca Juga

Baca Juga