Cuti Musim Sejuk Akan Dilaksanakan Di Premier League Musim 2019/20

Cuti musim sejuk atau kebisaannya kita panggil ‘winter break’ akan dilaksanakan buat pertama kalinya di Premier League pada musim 2019/20 di mana Football Association(FA)percaya cuti ini akan membantu England berjaya di Piala Dunia dan Kejohanan Eropah yang akan datang.

Pihak badan pentadbiran telah bersetuju untuk menganjak Pusingan Kelima Piala FA ke pertengahan minggu dan tiada lagi perlawanan ulangan. Perlawanan akan berehat selama dua minggu. Perubahan ini akan menjadikan cuti selama 10 hari di bulan Februari.

Cuti Sonata Musim Salju ini juga akan meletakkan perjalanan Premier League sebaris dan sama dengan liga lain di Eropah. Bundesliga, Serie A dan La Liga sudah lama mengamalkan cuti rehat di musim sejuk. Selepas lama dirancang akhirnya Premier League melaksanakan jua akhirnya.

Football Association(FA) telah lama berjuang untuk mendapatkan cuti ini untuk memberi rehat kepada pemain. Walaupun bagaimanapun kesibukan dan kepadatan jadual perlawanan semasa Krismas dan Tahun tidak akan diusik dan terjejas. Perlawanan pada waktu ini sangat menarik minat penyiar.

“Perkara ini telah dibincangkan untuk bertahun-tahun dan tiada keputusan sehingga sekarang.” Ujar Martin Glenn, the FA chief executive.

“Kekuatan FA amat diperlukan untuk hadapi semua ini, FA dari segi kewangan berada pada kedudukan yang baik dan yakin dengan keuntungan yang mengalir pada masa depan.”

“Aku fikir kita akan melihat pemain England memperoleh rehat yang lebih baik pada EURO 2020 dan Pakatan Harapannya kita akan melihat prestasi pemain dari kelab Inggeris meningkat secara berterusan di Champions League.”

“Harapan tu semoga tak kena kencing sampai basah.”

Glenn berjanji bahawa Perlawanan ulangan pusingan ketiga-keempat Piala FA tidak akan dimansuhkan kerana perlawanan ulangan ini merupakan sumber kewangan yang besar bagi kelab bawahan melalui kutipan tiket.

“Kami amat yakin bahawa tidak akan menukar pusingan ketiga dan keempat. Salah satu tunjang Piala FA adalah pembunuhan gergasi (kelab bawah menewaskan kelab besar). Satu faktor menyebabkan Piala FA popular. Ini tidak akan diubah.”

“Sepanjang sejarah Piala FA perubahan sering berlaku. Dulu perlawanan akhir dimainkan secara timbal balik dan kini tiada lagi. Banyak evolusi berlaku seiring peredaran masa.”

Terdapat bukti kukuh mencadangkan kepada winter break di mana telah dijalankan di Jerman, Italy, Perancis dan Sepanyol bukannya sekadar cuti suka-suka joget di tengah jalan.

Satu kajian dari UEFA yang diterbitkan pada 2013, menunjukkan pemain Premier League 4 kali lebih mudah tercedera dalam tempoh 3 bulan terakhir liga berbanding tempoh sama di liga yang lain.

Natang cuti inilah yang akan mengurangakan keletihan yang dialami pemain pasukan England di kejohanan besar. Pemain England pula jenis tidak reti main liga luar mungkin kerana tak power.

Sumber : The Guardian

Baca Juga

Baca Juga