“Dah Ludah Jilat Balik!” – Dulu Benci Kini Keane Menyanjungi Fred

Roy Keane kena nganjing dengan Sky Sports selepas beliau memberikan pujian yang menggunung kepada pemain midfield Manchester United, Fred atas aksi hebat yang dipamerkan olehnya ketika aksi kemenangan 4-2 setan merah menewaskan Leeds United.

Fred masuk menggantikan Paul Pogba pada minit ke-67 permainan dengan perlawanan pada ketika itu berkedudukan seri 2-2.

Ramai pihak yang mempersoalkan keputusan pengurus interim kelab, Ralf Rangnick tentang mengapa beliau memilih untuk memasukkan bintang Brazil itu.

Walau bagaimanapun, tiga minit selepas itu, Fred berjaya meledak gol ketiga untuk Man Utd dengan bola rembatan padu beliau berjaya menewaskan Illan Meslier.

Jaringan Fred itu juga secara tak langsung menghidupkan kesempatan untuk Manchester United mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan ini.

Keane sebelum ini sememangnya sering menghentam para pemain Man Utd terutama Harry Maguire dan Fred.

Beliau kerap tibai bintang berusia 28 tahun itu dan yang paling teruk adalah ketika aksi kekalahan bertemu Manchester City pada November lalu.

Walau bagaimanapun, selepas melihat bintang Brazil itu meledak gol kemarin, beliau dengan tiba-tiba terlupa yang dirinya merupakan pembenci tegar Fred dan turut memberikan pujian menggunung kepada pemain midfield itu.

“Itulah sekecil-kecil data yang datang dengan sedikit keyakinan untuk mendapatkan semula keangkuhan dia.”

“Dan sangat hebat untuk melihat itu kerana dia sebelum ini teruk dikritik. Dan sejujurnya Fred sudah menunjukkan peningkatan sejak beberapa bulan terakhir ini.”

“Sekali lagi, dia berjaya menambah koleksi gol untuk peribadinya dan beberapa assists juga… Sudah tiba masa untuk dia.”

Akaun twitter Sky Sports kemudiannya memuat naik semula video Keane mengamuk memaki hamun Fred dengan menulis:

“Memang banyak yang boleh berubah dalam tempoh tiga bulan. Adakah Roy Keane akhirnya berjaya dimenangi?”

Fred menyertai Manchester United dari Shakhtar Donetsk dengan yuran perpindahan bernilai £50 juta pada tahun 2018 yang lalu dan beliau turut berjaya menjadi pemain terpenting dalam sistem kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Pengurus dari Norway itu sememangnya gemar menggandingkan Fred dan Scott McTominay di posisi midfield dan keputusan beliau untuk sentiasa menurunkan bintang Brazil itu sebenarnya telah mencetuskan rasa tidak senang ramai pihak.

Ketika aksi kekalahan Man Utd dalam aksi Manchester derby pada penghujung tahun lalu, Keane tampil membantai Fred di studio Sky Sports.

“Sesiapa yang beritahu saya yang Fred cukup bagus untuk Manchester United… Saya dah beritahu sebelum ini yang dia bermain di posisi paling gila, dan itu adalah bahagian paling penting di atas padang bola sepak.”

“Jika Ole berjalan ke sini sekarang, saya akan cekik dia dan tanya dia, ‘Mengapa kamu mainkan Fred!!”

Selepas itu, sejak ketibaan Ralf Rangnick khidmat pemain berusia 28 tahun itu masih tetap diguna pakai, namun selepas Pogba pulih dari kecederaan beliau lebih kerap diturunkan dalam kesebelasan utama berbanding Fred.

Ketika Ralf Rangnick ditanya tentang keputusan beliau memasukkan Fred untuk menggantikan Paul Pogba, beliau menjelaskan ia kerana masalah kepenatan.

“Dia (Pogba) sudah melakukan yang terbaik selama 60 minit, tapi dia nampak sedikit penat, yang mana ia perkara biasa untuk seorang pemain yang baru pulih dari kecederaan, dan sangat menarik untuk membawa masuk dua pemain bertenaga seperti Fred dan Anthony Elanga.”

Jelas Ralf Rangnick kepada Manchester Evening News.

“Kedua-dua mereka turut menjaringkan gol dalam perlawanan ini.”

“Ini adalah babak paling menarik, saya tak masukkan mereka untuk menjaringkan gol, saya mahu mereka gunakan tenaga mereka dan kekalkan permainan seperti yang kita mainkan pada aksi babak pertama.”

Fred tidak dinafikan lagi sememangnya telah menunjukkan peningkatan yang mendadak dari segi prestasi beliau ketika beraksi di bawah kendalian Ralf Rangnick.

Kehebatan beliau itu terbukti hingga Roy Keane sendiri terpaksa jilat ludah sendiri dengan dulu tidak henti-henti mengecam, kini memuji dan menuduh orang lain yang mengecam Fred sebelum ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Bukan Ke Man Utd Tandatangani Ronaldo Untuk Menang FA Cup?