Dah Macam Kerusi Bas Jersi Setan Merah!

Share on facebook
Share on twitter

Telah terbocor beberapa gambar yang dikatakan merupakan gambar jersi pasukan Manchester United atau gelaran manjanya Setan Merah di media sosial sejak beberapa hari yang lalu.

Gambar jersi yang dikatakan sebagai jersi ‘home’ Setan Merah musim depan sebenarnya telah bocor pada pertengahan Mac dan April lalu dan telah pun menjadi bahan jenaka.

Dan kini telah tertular gambar terbaharu yang dipakaikan kepada patung dan manusia untuk diperagakan.

Ada yang menyamakan jersi ini dengan corak fabrik pada kerusi bas dan ternyata berita ini sangat menghiburkan diwaktu PKP ini.

Macam pembungkus gula-gula?

Ini pula gambar lakaran konsep jersi Setan Merah musim 2020/21 oleh Peric Bozidar yang merangkumi jersi home, away versi 1 dan 2 serta jersi ketiga.

Sebagai peminat nombor satu Setan Merah di The Sukan, penulis berasa ok je dengan jersi yang terbocor ini. Elok je, sedap memandang.

Setakat ini tiada lagi peminat Manchester United membuat petisyen atau membuat laporan kepada Manchester United kerana menyamakan jersi dengan kerusi bas.

Setan Merah sememangnya tenang dan cool sahaja disamping keluarga tersayang.

Tak macam penyokong satu pasukan tu, pantang disentuh. Jersi kena petik sikit buat laporan sana-sini macam orang bodo.

Ingat anjing dengan babi je tak boleh disentuh.

Share on facebook
Share on twitter
 

Baca Juga

Baca Juga