Ejen kepada Memphis Depay menafikan penyerang Atletico Madrid itu membantu Dani Alves membayar wang jaminan sebanyak €1 juta untuk dibebaskan dari penjara pada Isnin lalu.
Bekas pemain pertahanan berusia 40 tahun itu dipenjarakan di Barcelona sejak Januari 2023 selepas didakwa merogol seorang gadis muda di sebuah tandas kelab malam di bandar itu pada 31 Disember 2022.
Alves didapati bersalah pada bulan lalu dan dijatuhkan hukuman penjara empat tahun setengah. Bekas bintang antarabangsa Brazil itu kemudiannya membuat rayuan untuk dibebaskan secara jaminan, sebelum jaminan €1m juta ditetapkan mahkamah.
Alves bagaimanapun dilaporkan bergelut untuk membayar jumlah wang jaminan itu akibat krisis kewangan, namun akhirnya berjaya berbuat demikian sebelum dibebaskan pada Isnin.
Despite reports that Memphis Depay had contributed to Dani Alves' bail fee, these have been categorised as 'fake news' by his representation. (MD) pic.twitter.com/BPPuxGzjvA
— Football España (@footballespana_) March 26, 2024
Spekulasi di media sosial mengatakan Depay telah membantu menjelaskan wang jaminan bekas rakan sepasukannya itu.
Dakwaan tersebut bagaimanapun dinafikan oleh ejen pemain itu, Sebastian Ledure, yang mendakwa dakwaan sedemikian langsung tidak mempunyai asas dan tidak benar.
“Ini adalah berita palsu. Ia langsung tidak benar,” kata Ledure kepada Informativos Telecinco pada Selasa.
Penafian tersebut kemudian turut dilakukan secara rasmi oleh Ledure bagi pihak Depay.
‼️It was former Barcelona player Memphis Depay who made the €1m payment to get Dani Alves out of prison. @mfcbqtr https://t.co/Eqq0WLE0x5 pic.twitter.com/Dv9AAmOZeM
— Football Hub (@FootbalIhub) March 25, 2024
Depay dan Alves merupakan rakan sepasukan ketika bersama Barcelona di antara November 2021 sehingga Julai 2022.
Alves dianggap sebagai antara pemain paling berjaya sebagai pemain bola sepak profesional di Eropah, memiliki enam gelaran La Liga dan tiga kejuaraan Chanmpuons League di antara 2008 sehingga 2016.
Alves bagaimanapun gagal membantu Barcelona memenangi sebarang trofi ketika pulang buat kali kedua ke Nou Camp di mana dia bermain bersama Depay.
Pada bulan lalu turut tular perkhabaran keluarga Neymar yang juga bekas rakan sepasukan Alves membantu pemain itu membayar denda £128,000 kepada mangsa.