Dakwaan Owen Menganggap Van Dijk Terhebat Cetus Perdebatan Di Kalangan Peminat

Michael Owen dengan sensasinya telah melabel Virgil Van Dijk sebagai pemain centre-back terhebat sepanjang zaman dan dakwaan beliau itu telah menimbulkan perdebatan hangat di kalangan peminat.

Legenda England itu mendedahkan hal tersebut ketika bercakap menjelang aksi sepak mula pertemuan Liverpool bertemu Villarreal dalam aksi leg kedua di Sepanyol.

Owen turut menegaskan yang beliau tak pernah melihat ada pemain pertahanan sehebat Van Dijk yang telah menjadi nadi utama Liverpool sejak ditandatangani pada 2017 yang lalu.

Bercakap menjelang aksi Villarreal bertemu Liverpool malam semalam, Owen telah bercakap di studio BT Sport dengan menyatakan:

“Virgil Van Dijk merupakan centre-back terhebat sepanjang zaman. Saya tak pernah lihat ada sesiapa seperti dia.”

Rio Ferdinand kemudiannya mencelah dengan menyatakan:

“Virgil Van Dijk merupakan pemain centre-back terhebat di bumi pada ketika ini.”

Beliau sememangnya sentiasa dianggap sebagai pemain centre-back terhebat dalam dunia bola sepak hari ini atas kecemerlangan yang beliau persembahkan.

Walau bagaimanapun, para penyokong merasakan yang dakwaan Owen menganggap Van Dijk sebagai yang terhebat sepanjang zaman agak keterlaluan.

Selain perdebatan tentang dakwaan yang dibuat oleh Michael Owen, para peminat jelas sekali terhibur dengan aksi cemerlang Liverpool melakukan comeback menewaskan Villarreal awal pagi tadi.

Champions League: Villarreal 2:3 Liverpool

Skuad kendalian Jurgen Klopp berkunjung ke Estadio de la Ceremica untuk beraksi bertemu Villarreal dalam aksi leg kedua peringkat separuh akhir saingan Champions League.

Liverpool sebelum ini berjaya menewaskan Villarreal 2-0 ketika aksi leg pertama yang dilangsungkan di Anfield dengan gol sendiri jaringan Pervis Estupinan dan Sadio Mane beri The Reds bekalan 2 gol ke Sepanyol.

Villarreal ketika beraksi di Anfield mereka jelas sekali bermain dengan corak permainan ultra defensive namun sayangnya gawang mereka tetap dua kali dibolosi.

Unai Emery berjanji yang mereka akan membuat Liverpool menderita ketika aksi timbal balik di Villarreal dan jelas sekali ia merupakan satu amaran darinya.

Liverpool turun dalam perlawanan ini dengan rekod yang sangat baik dengan anak-anak buah Jurgen Klopp itu tak terkalahkan dalam semua 13 perlawanan terakhir mereka dari semua pertandingan.

Villarreal dalam perlawanan hari ini mereka tak lagi bermain dengan taktikal terlalu bertahan dan jelas sekali Unai Emery benar-benar mahu buktikan sesuatu.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan walau tak ada serangan merbahaya yang berjaya dilancarkan.

Pasukan tuan rumah berjaya menjaringkan gol awal dalam perlawanan ini selepas Boulaye Dia cemerlang merobek gawang Alisson Becker seawal minit ke-3 permainan.

Pervis Estupinan menghantar bola masuk ke kotak penalti Liverpool dan bola tersebut tiba di depan Etienne Capoue yang kemudiannya terus melakukan slide menghantar semula bola ke tengah.

Bola hantaran dari Capoue itu berjaya dimanfaatkan oleh Dia yang kemudiannya menolak bola masuk ke gawang gol Liverpool.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu kemudiannya terus menerus melancarkan serangan dalam usaha mereka mahu mencari gol penyamaan.

Mendahului perlawanan dengan keputusan 1-0, Villarreal juga tak mahu mengubah taktikal mereka dalam perlawanan ini dengan mereka juga turut mengatur gerak melancarkan serangan ke kubu lawan.

30 minit perlawanan berlangsung keputusan masih kekal Villarreal mendahului 1-0 dengan Liverpool turut memiliki beberapa kesempatan untuk menjaringkan gol.

The Reds jelas sekali tidak bermain seperti kebiasaannya mereka bermain dengan Villarreal masih mampu melancarkan beberapa serangan merbahaya ke kubu The Reds.

Pasukan tuan rumah kemudiannya berjaya menjaringkan gol kedua mereka dalam perlawanan ini, seterusnya mengikat Liverpool 2-2 menerusi keputusan aggregate.

Etienne Capoue cemerlang memperdaya Robertson sebelum melambungkan bola cantik masuk ke dalam kotak penalti Liverpool.

Francis Coquelin kemudiannya berjaya memenangi duel lalu melepaskan tandukan padu untuk menewaskan Alisson Becker, seterusnya membantu Villarreal untuk mendahului 2-0.

Aksi babak pertama berakhir dengan pasukan tuan rumah mendahului 2-0 dan secara tak langsung mengikat Liverpool menerusi aggregate 2-2.

Masuk aksi babak kedua, Liverpool telah mengeluarkan Diogo Jota dan memasukkan Luiz Diaz dalam usaha mereka mahu menghidupkan lagi jentera serangan.

Kemasukkan Diaz jelas sekali membuahkan hasil dengan bintang Colombia itu tak henti-henti melancarkan serangan menguji gawang gol pasukan tuan rumah.

Hasil serangan tanpa henti dari kem Liverpool, pasukan pelawat berjaya merapatkan jurang gol dalam perlawanan ini pada minit ke-62 permainan menerusi Fabinho.

Fabinho bijak mencari ruang terbaik dengan beliau menunggu Mo Salah menghantar bola dan membawa masuk bola ke dalam kotak penalti Villarreal.

Ketika berdepan penjaga gol, Fabinho awalnya cuba memerhati rakan sepasukannya namun sedar beliau lebih berpotensi untuk meledak gol, bintang Brazil itu segera melepaskan rembatan padu untuk menewaskan Geronimo Rulli.

Beberapa minit sahaja selepas itu, Liverpool berjaya menyamakan kedudukan (dalam perlawanan ini) hasil gol yang dijaringkan oleh Luiz Diaz.

Trent Alexander Arnold menghantar bola cantik ke dalam kotak penalti dengan Diaz kemudiannya menanduk padu bola tersebut untuk gol kedua Liverpool dalam perlawanan ini.

Pada minit ke-74, Liverpool sepertinya membunuh harapan Villarreal untuk cuba mengejar dengan mereka meledak gol ketiga mereka dalam perlawanan ini hasil gol yang dijaringkan oleh Sadio Mane.

Mane menerima bola dari tengah padang dengan beliau kemudiannya bijak menewaskan Rulli dan seorang pemain pertahanan, seterusnya melepaskan rembatan leret menerjah jaring gawang gol yang sudah terhidang untuknya itu.

Kedua-dua pasukan kemudiannya saling berbalas serangan namun tak ada tambahan jaringan yang berjaya dihasilkan.

Ketika Villarreal sedang mahu berusaha melakukan comeback, mereka terpaksa akur bermain dengan 10 orang pemain selepas Etienne Capoue dilayangkan kad merah pada minit ke-85 permainan.

Liverpool beberapa kali mempunyai kesempatan untuk menambah gol jaringan mereka namun mereka gagal untuk melakukan hal tersebut.

Harapan Villarreal mahu bangkit dan menyingkirkan Liverpool turut terkubur selepas wisel penamat dibunyikan oleh pengadil perlawanan.

Liverpool berjaya menewaskan Villarreal dengan keputusan 3-2 dan layak ke perlawanan akhir dengan kemenangan aggregate 5-2.

Harapan untuk Liverpool menjulang gelaran quadruple masih lagi hidup dengan mereka kini sudah memiliki dua perlawanan akhir yang bakal dihadapi.

Satu lagi pasukan yang akan beraksi di pentas perlawanan akhir adalah antara Real Madrid dan Man City dengan kedua-dua mereka akan turun bertemu awal pagi esok.

VILLARREAL (4-4-2): Rulli 4; Foyth 7, Albiol 7 (Aurier 79min), Torres 6, Estupinan 6 (Trigueros 79); Lo Celso 7, Parejo 7, Capoue 7, Coquelin 7 (Pedraza 68, 6); Moreno 7 (Chukwueze 68, 6), Dia 7 (Alcacer 80).

Penjaring: Dia 3, Coquelin 41.

Kad Kuning: Capoue, Lo Celso, Torres.

Kad Merah: Capoue 86.

Pengurus: Unai Emery 6.5.

LIVERPOOL (4-3-3): Alisson 7; Alexander- Arnold 7, Konate 6, Van Dijk 7, Robertson 6 (Tsimikas 80); Keita 6 (Henderson 79), Fabinho 8 (Milner 84), Thiago 6 (Jones 80); Salah 7, Jota 4 (Dia z 46, 8.5) Mane 8.

Penjaring: Fabinho 62, Diaz 67, Mane 74.

Kad Kuning: Alexander-Arnold.

Pengurus: Jurgen Klopp 7.

Pengadil: Danny Makkelie (Hol) 7.

Kehadiran penonton: 21,872.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Virgil van Dijk Dedah Pemain Yang Menerima Undiannya Bagi Anugerah 'PFA POTY'