Dalam Tempoh 18 Bulan, Cristiano Ronaldo Bakal Ganti Ole

Dalam tempoh 18 bulan, Cristiano Ronaldo bakal ganti Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus Manchester United.

Tim Sherwood telah membuat dakwaan jelas yang menyatakan bahawa Ronaldo sudah bersedia untuk menggalas tugas penting di Old Trafford itu dan ia tidak perlu menunggu waktu yang lama untuk hal tersebut menjadi kenyataan.

Beliau percaya yang pemain berusia 36 tahun itu bakal masuk ke dunia pengurusan sebalik kariernya sebagai pemain berakhir.

Dengan insiden yang berlaku ketika aksi kemenangan 2-1 United menewaskan West Ham pada minggu lalu, ia semakin jelas membuktikan yang Ronaldo benar-benar sudah bersedia untuk masuk ke dunia pengurusan.

“Saya rasa tak ada masalah untuk Ronaldo berada di tepi padang dan Ole juga akan terima hal itu. Jika dia bawa masuk Ronaldo ke dalam skuad dia, dia tentu sudah tahu semuanya apa yang akan berlaku.”

Jelas Sherwood kepada Ladbrokes.

“Ia jelas merupakan Ronaldo yang berbeza berbanding siapa diri dia yang dulu di Old Trafford waktu karier pertama dia.”

“Dia tahu bagaimana dia diperlukan dan jika dia rasa dia perlu untuk berdiri di sebelah pengurus dan beri arahan, maka kamu perlu biarkan dia untuk lakukan hal itu.”

“Saya tak pasti sama ada dia akan lakukan hal itu bersama Jose Mourinho, ia tentu berbeza jika beliau masih mengurus, tapi kamu juga perlu tanya Ronaldo mengapa dia rasa wajar untuk dia berdiri dan beri arahan kepada pemain lain terlebih dahulu.”

“Kita dah lihat dia lakukan di pentas antarabangsa, paling terkini ketika saingan Euro, tidak syak lagi, 100 peratus dia akan jadi pengurus.”

“Saya berani bertaruh yang dia bakal jadi pengurus Manchester United dalam tempoh 18 bulan. Bila-bila Ronaldo habis bermain, saya rasa dia akan jadi pengurus, ia akan jadi pilihan semula jadi dan tentu akan berlaku.”

Bekas pengurus Tottenham Hotspur, Sherwood kemudian menyatakan yang Ole Gunnar Solskjaer akan selamat andai beliau berjaya memenangi satu Piala pada musim ini.

Walau bagaimanapun, jika mereka gagal untuk memenangi Piala pertama pada musim ini, Ronaldo sudah bersedia menanti.

“Jika mereka memenangi Premier League, Champions League, FA Cup atau apa saja Piala, maka Solskjaer bakal selamat, tapi jika mereka gagal memenangi apa-apa, saya rasa mereka sudah ada pengurus baru yang bakal menggantikan tempat Ole.”

“Dia bakal bawa jurulatih berpengalaman bersama dia, seseorang seperti Carlos Queiroz, dengan dia kenal ramai antara mereka dan saya boleh nampak dia menjadi pengurus United di masa hadapan.”

Ronaldo dilihat sempat bercakap dengan dua pemain centre-back United, Raphael Varane dan Harry Maguire menjelang sepak mula aksi bertemu West Ham dalam saingan Premier League minggu lalu.

Beliau berjaya menjaringkan gol penyamaan selepas Said Benrahma meledak gol pendahuluan untuk West Ham United.

United walau bagaimanapun berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-89 permainan, ketika Jesse Lingard meledak gol keduanya dari tiga perlawanan, seterusnya membantu setan merah membawa pulang tiga mata.

Walau bagaimanapun, ketika kedua-dua pasukan sekali lagi dipertemukan dalam aksi saingan Carabao Cup awal pagi tadi, The Hammers berjaya menewaskan United untuk mara ke pusingan 16 terbaik.

Gol jaringan Lanzini sudah cukup untuk membantu West Ham menewaskan United, seterusnya menendang mereka keluar dari saingan Carabao Cup musim ini.

Ole sudah terlepas satu Piala pada musim ini, namun beliau sedang dalam rentak terbaik untuk bantu United mencabar kejuaraan Premier League.

Piala FA dan Champions League juga masih terbuka untuk United dengan mereka berpeluang untuk memenanginya pada musim ini.

Mungkin dengan adanya pemain merangkap pengurus di atas padang, ia bakal membantu United untuk beraksi lebih cemerlang, serta lebih komited untuk memenangi Piala pertama mereka pada musim ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Premier League 2021/22: Norwich City 0-1 Manchester United