Dani Alves: Barcelona Bergembira Setiap Kali Bertemu Arsenal

Bekas pemain Barcelona, Dani Alves mengakui Barcelona gembira setiap kali diundi bertemu Arsenal dalam saingan kalah mati Liga Juara-Juara kerana mereka boleh menguasai Arsenal dengan mudah.

Pemain berusia 34 tahun ini berkata Barcelona mengawal sepenuhnya perlawanan apabila bertemu Arsenal terutamanya ketika skuad Catalan itu di bawah kendalian Pep Guardiola.

Barcelona berjaya menyingkirkan pasukan Liga Perdana Inggeris tersebut dalam peringkat kalah mati untuk dua musim berturut-turut ketika era Pep Guardiola dan terbaru pada musim 2015/16 dimana Arsenal tewas secara aggregate 5-1 di tangan gergasi Sepanyol tersebut.

Pasukan Arsenal di bawah kendalian Arsene Wenger hanya mampu menewaskan Barcelona sekali dalam 90 minit perlawanan, iaitu dalam perlawanan pertama pusingan kalah mati di Emirates, dimana Andrey Arshavin menjaringkan gol kemenangan bagi memberi kemenangan 2-1 kepada The Gunnners.

Andrey Arshavin menjaringkan gol kemenangan.

Walaubagaimanapun, kad merah diterima Robin Van Persie pada perlawanan timbal balik di Nou Camp mengubah segala-galanya, dan Barcelona berjaya menyingkirkan Arsenal dari Liga Juara-Juara pada musim tersebut.

Dani Alves memberikan temuramah kepada majalah FourFoutTwo dan telah ditanya kelab manakah dari Liga Perdana Inggeris yang beliau paling gemari untuk bertemu.

“Ketika di Barcelona, kelab yang paling kami gemari untuk diundi bertemu adalah Arsenal. Mereka mempunyai bolasepak yang hamper serupa dengan Barcelona dan ianya banyak membantu corak bolasepak yang dimainkan kami ketika itu.”

“Kami diundi bertemu Arsenal beberapa kali ketika itu dan kami berjaya mencatatkan keputusan yang positif setiap kali bertemu mereka. Mereka adalah pasukan yang kami mampu kuasai dan kawal. Setiap kali bertemu Arsenal, pasti kami akan mencatatkan keputusan yang positif dan pasukan beraksi dengan sangat cemerlang.”

Imej : Getty Images

Barcelona ketika di bawah kendalian Pep Guardiola mempunyai beberapa nama besar seperti Lionel Messi, Xavi, Andres Iniesta dan Dani Alves sendiri.

Pasukan Barcelona ketika itu dianggap sebagai pasukan bolasepak paling bagus pernah dilihat dalam sejarah bolasepak moden dan Alves sendiri mengakui pasukan yang dianggotainya ketika itu amat menakjubkan sebagai sebuah pasukan.

“Ketika saya bercakap dengan beberapa penganalisa bolasepak, mereka sering berkata tidak pernah melihat sebuah pasukan mampu beraksi seperti pasukan Barcelona ketika itu. Mereka ini adalah bekas pemain yang sudah mengenali bolasepak agak lama dan mereka berkata tidak pernah melihat pasukan bermain seperti itu.”

“Kami mewakili bolasepak yang dimainkan secara berpasukan. Kami makan, minum dan bernafas dengan bolasepak, jadi apabila kami berjaya memenangi Liga Juara-Juara ketika itu, ia adalah hasil dari segala usaha yang telah kami lakukan.”

Alves ketika bersama Juventus

Kini beraksi di Ligue 1 bersama Paris Saint Germain, Alves sudah berjaya memenangi 3 medal Liga Juara-Juara disamping 6 kejuaraan La Liga. Beliau pernah bermain di Sevilla dan Juventus sebelum menyertai PSG.

Alves sedang menikmati bolasepak di Perancis selepas kembali bergandingan dengan rakan baiknya, Neymar dimana kedua-dua pemain ini menjadi tonggak penting kepada pasukan PSG di bawah kendalian Unai Emery.

Baca Juga

Baca Juga