Dani Alves Hampir Sertai Liverpool Sebelum Memilih Barcelona

Pemain Paris Saint Germain, Dani Alves berkata beliau sangat hampir untuk menyertai Liverpool sebelum menyertai Barcelona dari Sevilla.

Pemain berusia 34 tahun ini menjadi sasaran utama The Kops ketika era Rafa Benitez di Anfield dan pada satu tahap segalanya sudah dipersetujui kecuali tandatangan Alves sahaja.

Walaupunbagaimanapun, atas sebab kewangan yang meruncing dihadapi Liverpool ketika itu, Ketua Pegawai Eksekutif Liverpool pada masa itu, Rick Parry telah menggunakan kuasanya untuk membatalkan perpindahan tersebut.

Alves akur dengan ketentuan tersebut dan bersyukur dengan perjalanan kariernya selepas itu dimana pelbagai kejayaan berjaya dikecapinya bersama Barcelona.

Alves telah mengecap 33 kejuaraan kerana bermain pasukan yang betul. Imej : Irish Mirror

Selepas menyertai Barcelona, Alves telah diangkat menjadi pemain bek kanan terbaik di dunia dan sering kali tersenarai dalam Pasukan Tahunan Terbaik Dunia FIFA saban tahun.

Beliau juga telah membuat lebih 100 penampilan bersama skuad kebangsaan Brazil dan angka tersebut bakal bertambah kerana Alves masih menjadi pilihan jurulatih Brazil untuk Piala Dunia tahun hadapan.

Berbalik kepada perpindahan ke Liverpool yang gagal, Benitez terpaksa akur dengan keputusan lembaga pengarah kelab dan menggunakan duit tersebut untuk mendapatkan pemain 2 pemain iaitu Jermaine Pennant dan Alvaro Arbeloa.

Diberitakan nilai yang diminta Sevilla ketika itu hanya sekitar £9 juta sahaja dan apabila dilihat pada persembahan Alves selepas itu, Liverpool pastinya menyesal kerana tidak membenarkan perpindahan itu berlaku.

Imej : Getty Images

Bercakap kepada majalah FourFoutTwo untuk edisi Disember 2017, beliau telah ditanya mengapa perpindahannya ke Liverpool tidak menjadi kenyataan.

“Segalanya telah dipersetujui untuk saya menyertai Liverpool. Tetapi atas sebab-sebab yang tidak diketahui, perpindahan tersebut tidak berlaku pada saat-saat akhir. Saya sendiri pon tidak mengetahui mengapa ia tidak berlaku kerana bukan saya yang melakukan perbincangan. Pada masa itu, saya menggunakan wakil untuk mewakili saya dalam sebarang perbincangan.”

“Perkara yang sama turut berlaku ketika Real Madrid dan Chelsea berminat untuk mendapatkan saya. Sudah tentu segalanya berlaku dengan baik sekali apabila saya menyertai Los Cules [Barcelona] kerana saya berjaya melakar karier yang menakjubkan di Nou Camp.”

Selepas berjaya membantu Sevilla menjuarai Piala UEFA buat kali kedua berturut-turut, Alves menyertai Barcelona pada tahun 2008 bagi menyertai revolusi Pep Guardiola di kelab Catalan tersebut. Perpindahan ke Barcelona menjadi titik paling penting dalam kariernya kerana di sana beliau telah berjaya memenangi 6 La Liga, 3 Liga Juara-Juara, dan 3 Kejuaraan Kelab Dunia.

“Saya mahu terus memenangi kejuaraan tetapi malangnya ia tidak akan berlaku jika saya kekal di Sevilla. Kami sangat hampir untuk menang tetapi saya tidak suka dengan hampir sahaja. 6 bulan sebelum pintu perpindahan dibuka, saya telah diberitahu mengenai minat Barcelona dan saya memberitahu kepada kelab untuk menyertai mereka kerana sejarah kelab tersebut dengan pemain Brazil, corak permainan mereka dan struktur kelab yang besar.”

“Karier saya di Barcelona berlangsung dengan jayanya dan saya akan sentiasa berterima kasih kepada Pep Guardiola, Txiki Begiristain dan presiden Barcelona ketika itu, Joan Laporta kerana mereka memberi peluang kepada saya untuk menjadi bintang dunia.”

Baca Juga

Baca Juga