Dani Alves Jelaskan Situasi Sebenar Perebutan Sepakan Percuma Antara Cavani Dan Neymar

Dalam perlawanan antara Paris Saint Germain(PSG) menentang Lyon yang berkesudahan PSG menang 2-0 dan kedua-dua gol tersebut adalah hasil gol sendiri pemain Lyon. Pemain PSG hanya berebut untuk mengambil sepakan percuma dan penalti.

Insiden perebutan sepakan penalti antara Cavani dan Neymar terjadi lagi dalam perlawanan tersebut dan Cavani gagal menjaringkan penalti. Cavani dan Neymar juga dilihat berebut untuk mengambil sepakan percuma.

Semalam telah timbul cerita bahawa Dani Alves telah mengambil bola ketika sepakan percuma dan memberi kepada rakan baiknya Neymar ketika Neymar dan Cavani berebut mahu mengambil sepakan.

Alves telah tampil memberi penjelasan kepada Marca bagi menjelaskan situasi tersebut. Sebenarnya Alves mengambil bola kerana beliau sendiri mahu mengambil sepakan percuma tersebut, tetapi Neymar telah merampas bola dari beliau.

“Aku amek bola tu sebab aku nak sepak freekick tu tapi Neymar ni setan betul, boleh amek bola dari aku lepas tu sepak. Babi betei!” Luah Alves.

Rupanya itulah yang terjadi, Alves bukan memberi kepada Neymar tetapi dirampas bolanya. Perebut 3 penjuru Alves vs Cavani vs Neymar.

Baca Juga

Baca Juga