Bekas pemain Manchester United, Daniel James menyatakan bahawa dia sedia untuk meraikan golnya, jika dia berjaya mencetak gol ke atas Manchester United di hadapan penyokong Leeds United.
Daniel James sedar bahawa dia berdepan dengan pertahanan termahal di dunia Harry Maguire dalam aksi Manchester United berdepan dengan Leeds. Ini ditambah dengan kehadiran pemain pemenang UCL beberapa kali iaitu Raphael Varane serta Victor Lindelof.
Dikenali dengan gaya permainannya yang berasaskan kelajuan larian, Daniel James menyatakan, tiada sebab untuk dia tak meraikan golnya. Pada masa yang sama tetap menghormati Manchester United.
Daniel James masih ada ramai kawan di Manchester United. Tiada alasan untuk dia membenci Man United atau sakit hati sebab dijual. Ini kerana menurut James, dia pergi dengan cara baik. Dijual oleh kelab dengan cara sopan dan tiada konflik.
Daniel James berkata: “Adakah saya akan meraikan gol kalau saya menjaringkan gol? Dah tentu saya akan raikannya. Saya tiada rasa benci kepada Manchester United. Saya meninggalkan mereka dengan cara elok.”
“Saya masih ada ramai kawan di sana. Ianya perasaan yang indah kalau berjaya menjaringkan gol. Jadi, dah tentunya saya akan meraikannya.”
Daniel James: "Will I celebrate if I score? Of course I do. I have no hatred towards Man United. I left on good terms. I still have a lot of friends there. It's a great feeling to score a goal. So of course I'll celebrate." [@TimesSport] pic.twitter.com/G9DCu8JwCa
— United Zone (@ManUnitedZone_) February 18, 2022
Daniel James memang suka meraikan gol walaupun pernah membuatkan Rashford dan Martial bengang kerana meraikan keputusan 1-1 sebelum ini ketika bersama Man United. Rashford dan Martial mahukan perlawanan disambung segera untuk mencari kemenangan. Mereka adalah United bukannya pasukan pasar payang.
Namun akhirnya mereka tewas dalam perlawanan itu.
Sebab tu James saja lengahkan perlawanan untuk celebrate lama lama. Tapi diorang degil.
Daniel James dijangka akan turun beraksi berhadapan dengan United dalam pertembungan pada Ahad ini.
Berdasarkan prestasi semasa, James berpotensi menghantui bekas kelab lamanya itu dalam perlawanan pertamanya menentang United sejak meninggalkan mereka. Daniel James merupakan pemain penting Leeds pada ketika ini.
Daniel James beraksi cemerlang untuk Manchester United dalam kemenangan 5-1 United ke atas Leeds pada minggu pembukaan musim sebelum berpindah ke Elland Road 17 hari kemudian.
Semasa ketiadaan Patrick Bamford, Daniel James menjadi false 9 untuk pasukannya dan sudah menjaringkan 3 gol dalam 5 penampilan terakhirnya.
Daniel James averages 30 sprints per 90 minutes and has clocked a top speed of 35.1 km/h this season 🤯@adrianjclarke believes @LUFC's rapid forward can haunt his former side on Sunday
➡️ https://t.co/Ikj33f2eu5 pic.twitter.com/B6BBlI3lQe
— Premier League (@premierleague) February 17, 2022
Daniel James sebelum ini dicanang bakal menjadi Ryan Giggs baharu di Manchester United. Lebih lebih lagi kedua duanya berasal dari Wales, cuma James tak pernah terlalu mesra dengan adik ipar, tu je la.
James memulakan musim di United dengan baik. Namun kemudian sukar untuk menjadi pemain utama kerana seringkali berdepan dengan masalah di produk akhir yang tak bagus. Daniel James kemudian terbuka untuk meninggalkan Manchester United yang sarat dengan bintang handalan.
Kalau dia kekal di United sekarang, mustahil untuk dia mengatasi nama nama seperti Jadon Sancho, Rashford, Greenwood, Lingard dan Elanga untuk posisi bahagian sayap.
Jadi, perpindahan ke Leeds adalah realisitik. Lebih lebih lagi James merupakan pemain antarabangsa Wales.
Manchester United sebelum ini menang 2-0 ke atas Brighton dan merampas semula tempat keempat. Sudah tentunya United tidak mahu melepaskan tempat itu kepada pasukan lain.
Ralf Rangnick sebelum ini menyatakan bahawa mereka akan sangat gembira untuk menamatkan musim ini di tanggan keempat.
Kejayaan menewaskan Brighton pastinya menjadi motivasi berharga buat pasukan Manchester United yang masih kekal dengan sasaran untuk menjulang kejuaraan Liga Juara Juara Eropah musim ini.
Leeds United pula masih berusaha menjauhi zon penyingkiran. Ini kerana mereka cuma ada 6 mata sahaja di atas zon selamat.
Leeds United bergelut teruk musim ini kerana masalah kecederaan dan kecergasan pemain. Membuatkan mereka tidak mampu mengulangi prestasi cemerlang mereka pada musim lalu.
Leeds United akan melayan kunjungan Manchester United yang merupakan musuh tradisi mereka dalam Roses Derby.
Perlawanan di antara kedua dua pasukan sentiasa menjadi panas.