Daniel Sturridge Lengkapkan Perpindahan Ke West Brom Secara Pinjaman

Penyerang Liverpool, Daniel Sturridge akan menghabiskan musim ini bersama West Bromwich Albion selepas melengkapkan perpindahan secara pinjaman ke kelab tersebut.

Sturridge berjaya melepasi pemeriksaan perubatan untuk disahkan menjadi pemain baru The Baggies. Pemain berusia 28 tahun ini turut diintai Newcastle dan Inter Milan tetapi memilih untuk menyertai skuad Alan Pardew dalam usahanya untuk mendapat tempat dalam skuad Piala Dunia England.

Join them if you can’t beat them !

West Brom baru sahaja menyingkirkan Liverpool dalam saingan Piala FA musim ini selepas berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 di Anfield. Newcastle dilaporkan sangat hampir untuk mendapatkan tandatangan Sturridge tetapi pemain antarabangsa England ini mengubah fikiran pada saat terakhir untuk berpindah ke Hawthorns Stadium.

West Brom membayar £2 juta sebagai yuran pinjaman, disamping bakal menanggung keseluruhan gaji mingguan Sturridge yang berjumlah hampir £120,000.

Inter Milan sebenarnya merupakan kelab pertama yang berjaya mendapat kebenaran Liverpool untuk meminjama Sturridge, tetapi pemain tersebut memilih untuk menunggu kerana mahu melihat tawaran lain.

Kecederaan yang berterusan punca prestasi Sturridge mrudum

Sturridge dilaporkan menunggu Sevilla untuk melakukan tawaran rasmi terhadapnya tetapi ia tidak berlaku. West Ham turut berminat tetapi tidak melakukan sebarang tawaran.

Selepas Newcastle bersetuju dengan segala permintaan Liverpool, mereka menyangka Sturridge akan pergi ke Tyneside untuk melengkapkan perpindahan tetapi ia tidak berlaku kerana Sturridge menerima tawaran saat akhir daripada West Brom.

Sturridge yang dilahirkan di Birmingham lebih berminat untuk pulang ke West Midlands dan melepasi pemeriksaan perubatan bersama West Brom kelmarin.

Peluang Sturridge untuk berada dalam kesebelasan utama Liverpool musim ini semakin berkurang dengan Jurgen Klopp lebih gemar menurunkan Roberto Firmino di bahagian depan. Selain Firmino, Sturridge turut perlu bersaing dengan penyerang muda meningkat naik, Dominic Solanke yang semakin mendapat tempat dalam skuad utama The Reds.

Newcastle gigit jari dengan Sturridge

Beliau hanya diturunkan dalam 5 perlawanan sahaja setakat ini, satu jumlah yang tidak mencukupi jika Sturridge mahu beraksi di Russia musim panas nanti.

Bekas pemain Chelsea dan Manchester City ini bakal tamat kontrak pada tahun 2019 tetapi mungkin terpaksa mencari peluang lain di luar sekiranya situasi beliau gagal berubah.

BACA:  Mohamed Salah Tolak Tawaran Kontrak Baru Dari Liverpool