Dato Seri Vida Penyelamat Bola Sepak Perak?

Dato Seri Vida (DSV) nama yang tidak asing lagi dalam dunia bola sepak Malaysia dilaporkan sedang berbincang untuk menjadi pemilik pasukan Perak yang kini berdepan dengan masalah kewangan.

Adakah Dato Seri Vida atau nama penuhnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman akan menjadi penyelamat bola sepak perak?.

Sudah beberapa hari kedengaran berita bahawa Dato Seri Vida berminat untuk menjadi pemilik pasukan Perak dan menimbulkan reaksi yang pelbagai dari peminat bola sepak.

Dato Seri Vida melalui laman Instagram rasmi beliau telah memuat naik video lawatan beliau ke Stadium Perak di IGTV.

Video ini mengesahkan berita bahawa Dato Seri Vida berminat untuk menjadi pemilik Perak dan membawa ke landasan yang betul.

Diawal video itu, Dato Seri Vida berkata beliau dalam perjalanan ke stadium dan banyak perkara perlu perlu diambil kira berdasarkan pengalaman lalu.

“Saya ni kan dah ada pengalaman, sebelum buat apa-apa saya kena tengok dulu, kaji. Kali ni tak boleh silap lagi.”

“Dulu pun bukan silap tapi disebabkan oleh senario perbolasepakan negara yang banyak dia punya… hanky-panky.”

Selepas dirujuk kepada Google makna hanky-panky banyak dan berbeza mengikut situasi seperti funny business (perniagaan kelakar), misconduct (salah laku), dishonesty (tidak jujur) dan trickery (tipu muslihat).

Macam kena sangat pula kan?

Pengusaha kosmetik yang terkenal dengan produk Pamoga ini bukanlah baru dalam kancah bola sepak Malaysia dan sebelum membuat pelaburan ada beberapa perkara yang perlu diperhalusi.

“Sebelum saya ambil alih ataupun sebelum saya terlibat dengan Bos Gaurus, saya kena buat post-mortem, kajian, penyelenggaraan dia macam mana? gaji pemain macam mana?”

“Senario sekarang macam mana dan bagaimana pulangan saya? Ini pelaburan. Takkan keluar, keluar, masuknya kat mana? Jika ada sokongan kepada produk saya, sekarang juga cop gedegang untuk memiliki dan mengembalikan kegemilangan.”

Dihujung video itu, Dato Seri Vida telah meminta para follower dan mereka yang menonton video untuk melontarkan pandangan sama perlu atau tidak beliau membeli pasukan Perak?

Menurut laporan Stadium Astro, Dato Seri Vida bersedia menjadi pemilik Perak FC sekiranya beberapa syarat yang akan beliau berikan dapat dipersetujui.

Kalau bab syarat ni teringat zaman Dato Seri Vida taja Kelantan.

Pada musim 2016, Dato Seri Vida telah menyatakan hasrat untuk menaja pasukan Kelantan The Red Warriors dan telah meletakkan dua syarat kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Dua syarat berkenaan ialah:

1. Stadium Sultan Muhammad IV ditukar kepada merah jambu
2. Nama baharu skuad Kelantan seharusnya didahului dengan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW).

“Soal tajaan, saya tidak kisah… Jika mereka tidak cukup perbelanjaan, saya boleh salurkan. Mereka memerlukan dana secepat mungkin dan saya bersedia membantu tetapi bersyarat.”

“Syarat pertama, Stadium Sultan Muhammad IV dicat dengan warna merah jambu kerana ia dapat menghasilkan satu kelainan kepada penyokong bola sepak Kelantan.’

“Kedua, nama pasukan seharusnya ditukar kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors seperti Negeri Sembilan yang menukar nama pasukan itu kepada NS Matrix.”

“Biarlah kita sama-sama membangunkan pasukan Kelantan yang dulunya amat disegani oleh pasukan lain,” katanya.

Penajaan Dato Seri Vida hanya bertahan selama semusim sahaja sebelum menarik diri dan Stadium Sultan Muhammad IV masih kekal pink atau merah jambu sehingga ke hari ini.

Sempena Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Rusia, Dato Seri Vida telah menambahkan kemeriahan piala dunia dengan mengeluarkan satu lagu yang sangat menarik.

Lagu Lavida Go Bola ciptaan Cat Farish,IIIegal dan Mimi Fly serta liriknya ditulis oleh Cat Farish, Mimi Fly dan Mohd Hilmi sangat dekat dihati peminat bola sepak dunia.

Layan la, lirik ada kat bawah.

Oga Oga eyy Oga Oga ooo
Lavida Go Bola
Oga Oga eyy Oga Oga ooo
Lavida Go Russia

So beautiful
So colourfull ( aaaaaa )
Together gather
To the fiesta
Feel the heat
Like it on fire
Im on fire
Everybody’s on fire

Around the world
Hear the out.
Let’s get loud
And feel the fever (feva)

Oga Oga eyy Oga Oga ooo
La vida Go Bola
Oga Oga eyy Oga Oga ooo
La vida Pa Mo Ga

Oga Oga eyy Oga Oga ooo
La vida Go Bola
Oga Oga eyy Oga Oga ooo
La vida Go Russia

La vida Go Bola

La vida Go Russia

Russia on fire
Germany Arabia
Sweden Costa Rica
Panama Korea
England Colombia
Portugal on fire
Brasil Argentina
Egypt Tunisia
Spain Mexico
Uruguay Moroco
Iran Serbia
France n Croatia
Switzerland on fire
Iceland on fire
Denmark on fire
Peru Poland Nigeria
The World on fire

Around the world
Hear the out.
Let’s get loud
And feel the fever

Oga Oga eyy Oga Oga ooo
La vida Go Bola
Oga Oga eyy Oga Oga ooo
La vida Pa Mo Ga

Oga Oga eyy Oga Oga ooo
La vida Go Bola
Oga Oga eyy Oga Oga ooo
La vida Go Russia

La vida Go Bola

La vida Go Russia

Fire fire we on fire fire (ow)
Feel the heat feel the fever (ow)
Blow the horn. Get your freak on. Freak on
Wave the flag. Cuz its game on. Game on

Fire fire we on fire fire (ow)
Cik B on fire fire
Oga oga pamoga oga
Lavida go bola la la la la

Yeah its showtime u know it u can feel the heat
Ain’t nobody gonna miss out we b losing sleep
We b blazing. We b losing it.
Oga oga ey pamoga we lit lit

Oga Oga eyy Oga Oga ooo
La vida Go Bola
Oga Oga eyy Oga Oga ooo
La vida Pa Mo Ga

Oga Oga eyy Oga Oga ooo
La vida Go Bola
Oga Oga eyy Oga Oga ooo
La vida Go Russia

Oga Oga eyy Oga Oga ooo
La vida Go Bola
Oga Oga eyy Oga Oga ooo
La vida Pa Mo Ga

Oga Oga eyy Oga Oga ooo
La vida Go Bola
Oga Oga eyy Oga Oga ooo
La vida Go Russia

BACA:  Pemain Liga Super Didakwa Pukul Teman Wanita Di Hotel