Impian emas rakyat Malaysia menerusi pelumba trek legenda, Datuk Azizulhasni Awang lebur apabila pelumba veteran itu disingkirkan daripada pertandingan kerana melakukan kesalahan pada garisan permulaan.
Berita itu benar benar mengecewakan rakyat Malaysia yang meletakkan harapan kepada Azizulhasni dalam acara Keirin – acara kegemaran beliau.
Pengulas acara tersebut turut tidak melepaskan peluang untuk menyindiri Datuk Azizulhasni dengan komen: “Dia berlatih 4 tahun untuk benda yang tidak ada makna”
"He had trained 4 years for this…all for nothing" – commentator on Azizulhasni Awang #Olympics2024Paris pic.twitter.com/E6SZVCGunI
— Friday Night Macaulayculkin' (@36angstroms) August 10, 2024
Datuk Azizulhasni tewas di tangan Jeffrey Hoogland dalam repechages 1/8. Sama seperti apa yang berlaku 4 tahun lalu di Tokyo, Datuk Azizulhasni juga di peringkat 1/8 repechages.
Namun kali ini atlet Malaysia itu tewas di tangan pelumba pecut no.1 dunia, Mateusz Rudyk dengan kemenangan mudah selepas kesilapan daripada Datuk Azizulhasni.
Pada awalnya, Datuk Azizulhasni menduduki tangga ke-10 dalam acara pecut dengan catatan rekod kebangsaan 9.402 saat.
Di peringkat 1/32, dia menewaskan Luca Spiegel dari Jerman. Dan di peringkat 1/16, dia mengalahkan pelumba Great Britain, Hamish Turnbull.
Malangnya, ketika harapan menyala di bahunya, The Pocket Rocketman yang pastinya sedar Paris 2024 adalah peluang terakhirnya untuk emas di Olimpik telah disingkirkan dengan cara yang tidak disangka sangka.
John Beasley membuat rayuan di atas penyingkiran tersebut. Namun keputusan rasmi dikeluarkan, menyatakan bahawa Datuk Azizulhasni rasmi disingkirkan kerana kesilapan teknikal.
Datuk Azizulhasni Awang DSQ Heat 1.@ASTROARENA pic.twitter.com/fHWlSr8Nrb
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) August 10, 2024
Dia dituduh memotong terlalu awal sebelum derny keluar sepenuhnya daripada trek.
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, dibatalkan penyertaan dalam pusingan pertama acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024 di Velodrom Nasional Perancis sebentar tadi.
Azizulhasni dilihat memotong terlalu awal sebelum derny keluar sepenuhnya daripada trek, sekali… pic.twitter.com/ZutLRz1g1r
— Astro AWANI (@501Awani) August 10, 2024
Datuk Azizulhasni meneruskan rayuannya, dan tidak dapat menerima penyingkiran tersebut.