David Abraham Jatuhkan Pengurus Freiburg Dengan Jurus WWE

Pemain Eintracht Frankfurt, David Abraham telah hilang akal apabila telah melakukan satu aksi yang tidak masuk akal apabila telah menjatuhkan pengurus Freiburg, Christian Streich dengan satu sikuan ke dada.

Jurus yang hampir sama digunakan oleh petarung World Wrestling Entertainment(WWE) ketika bertarung untuk menjatuhkan lawan itu telah menyebabka kekecohan antara pemain dan staff kedua-dua pasukan.

Kejadian yang tidak masuk akal dan tidak mempamerkan semangat kesukanan itu berlaku dalam perlawanan Bundesliga melibatkan pasukan Eintracht Frankfurt menentang Freiburg.

https://twitter.com/En24Newsy/status/1194528462377299969

Kekecohan tercetus ketika perlawanan memasuki masa lanjutan selepas Eintracht Frankfurt ketinggalan satu gol kepada Freiburg.

Perlawanan menjadi tegang dan panas kerana kemenangan akan meletakkan pasukan yang menang di tangga ke-4 Bundesliga sebelum bercuti rehat.

David Abraham yang merupakan ketua pasukan Eintracht Frankfurt tidak menunjukkan tauladan yang baik selepas lambungan bolanya ke kotak penalti pasukan Freiburg dikeluarkan.

Bola keluar menuju ke arah pengurus Freiburg, Christian Streich dan David Abraham mengejar untuk lontaran ke dalam kerana masa sangat mencemburui.

https://twitter.com/En24Newsy/status/1194384688300908544

Ketika sampai ditepi padang David Abraham telah melakukan satu tindakan bodoh apabila tidak menghentikan larian malah melepaskan satu sikuan ke dada Christian Streich.

Christian Streich terus terjatuh di technical area dengan muka terkejut tapi tak sampai tahap muka Phil Jones lagi.

Melihat situasi itu pemain dan staff Freiburg yang berada dibangku simpanan telah mengejar David Abraham lalu kekecohan terjadi.

Kericuhan antara pemain dan staff kedua-dua pasukan memaksa pegawai perlawanan yang bertugas untuk perlawanan itu mencuba sedaya-upaya mengawal keadaan.

Akhirnya ketegangan kedua-dua pasukan berjaya diredakan selepas 5 minit. David Abraham dilayangkan kad merah dan membuat protes kerana merasakan beliau tidak bersalah.

Kekecohan ini hanya berlangsung 5 minit melibatkan pemain dan bukannya penonton seperti selalu terjadi dalam perlawanan di liga negara jiran korang.

Tiada rusuhan penonton dan aksi bakar-bakar.

Baca Juga

Baca Juga